Bab 7

Other Completed 3002

Bab 7

Jumaat.

Aku paling tak sangka bila minggu ini menjadi minggu yang paling aku taknak pergi kerja dan paling taknak balik rumah. Sebab balik dan pergi, aku kena naik LRT. Dan bila naik LRT, mestilah akan terserempak dengan Nana. Dan setiap kali itulah

Nana akan pandang aku dengan pandangan seolah tengah pandang tahi.

Dan jugak setiap kali itu lah, aku maki Zam dalam hati.

Zam? Dia pagi-pagi lagi dah gerak menuju ke Langkawi. Misi Langkawi.

Dengan duduk rumah sorang, dengan serabut kerja, dengan isu Nana. Minggu

paling celaka.

Sebab tu bila Jumaat sampai, aku rasa lega sikit. Sebab aku ada masa dua hari untuk aku tenangkan fikiran. Tak mahu fikir kejadian yang mega memalukan tu. Nana pun hari ni aku tak nampak. Cuti kot. Tak pun, tengah praktis depan cermin macamana nak pandang orang dengan lebih hina lagi. Nanti hari Isnin minggu depan, boleh juga

pandangan tu digunakan pada aku. Hm.

Ada juga dua tiga orang yang pandang aku lain macam. Aku syak, mesti

diorang pun ada masa hari kejadian. Sambil bisik-bisik pulak tu lepas pandang aku atas bawah. Hm, semoga anak makcik yang perempuan tu tak pernah buat silap dengan

pakwe dia setiap kali balik sekolah. Aku dah habis pasrah dah ni. Benda celaka apa lagi yang takdir nak bagi ke aku ni? Benda baik-baik taknak masuk panggung tayang cerita dia ke?

Nak.

Pintu LRT terbuka. Aku masih lagi pandang-pandang orang sekeliling walaupun pengalaman lampau mengajar aku untuk tidak lagi berbuat sedemikian. Selain dari penyegan, aku juga seorang yang degil. Masuk seorang gadis yang bagi aku gadis

paling comel yang aku jumpa pada hari ini.

Putih. Tinggi kurang sikit dari aku. Pakai T- Shirt putih berkolar. Mungkin baju kerja. Make-up nipis. Melayu. Kurus. Dan putih. Biasanya melayu mesti kulit sawo matang. Tapi dia ni putih. Bertudung pulak lagi. Dan sudah termaktub dalam kitab definisi gadis cun aku, dia haruslah putih dan kurus. Maka, aku klasifikasikan gadis di depan aku sekarang ini adalah Bidadari Syurga.

Ya, sekarang dia duduk betul-betul depan aku. Berdepan. Ya.

Adakah kisah hidup aku akan bermula seronok selepas ini?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience