Bab 8

Other Completed 3002

Bab 8

Aku curi-curi pandang muka dia. Aku nak amati baik-baik adakah betul awek ni comel, atau aku yang angau tak tentu pasal. Dia perasan aku pandang dia. Aku kalih anak mata konon-konon yang aku pandang cuma papan iklan di belakang dia. Oh, PTPTN boleh dibayar balik dengan menggunakan Maybank2U rupanya. Baru aku tahu. Terima kasih awek comel sebab duduk depan iklan tu. Sebabkan awak, saya berjaya

tahu. Eh?

Aku jadi tak tentu arah. Ah, kau ni Amir. Dengan semua gadis comel pun kau nak jadi tak tentu arah. Aku berhenti pandang dia. Buat apa kalau pandang je. Bukan

dapat pegang pun.

Berlalu 2 minit, mata aku tiba-tiba tergerak nak pandang dia. Aku terkejut bila aku tangkap dia tengah pandang aku balik. Kali ni, dia pulak kalih pandangan. Tapi dia ni lagi teruk. Kalih sekali dengan kepala-kepala dia terus. Tak pandai cover betul.

Nakal.

Tiba-tiba hati ada sedikit rasa happy. Sedikit ada rasa itu gembira dalam dada. Macam nampak itu peluang dalam genggaman. Sekarang cakap pun serupa itu mamak

pasal itu angau sudah mari.

Aku mula experiment kecil.

Aku pandang, dia kalih.

Aku kalih, dari pantulan cermin aku nampak yang dia pandang aku balik.

Aku tersenyum. Tapi mata tak bertentang. Gugup.

Aku jeling sikit muka dia. Dia senyum jugak. Ah, ini sudah cantik. Ada respon yang memberangsangkan lagi mengghairahkan.

Aku genggam tangan kuat-kuat. Aku nak cakap hai. Aku nak cakap dari mana? Aku nak cakap baru balik dari hospital ke? Aku nak cakap kenapa tak pergi hospital?

Aku nak cakap yelah saya tak nampak pun awak luka teruk, mungkin luka dalaman. Aku nak cakap yela tak sakit ke jatuh dari syurga? Sebab awak cantik macam bidadari

dari sana. Aku nak cakap semua tu. Aku nak cakap.

Dari stesen Chan Seow Lin, sekarang dah nak sampai stesen Sungai Besi. Lagi satu stesen, aku dah boleh ucap bye-bye(dalam hati je la) dekat dia. Masih lagi di posisi yang sama. Tak bergerak. Tak berganjak. Tiada sebarang tindakan susulan diambil oleh

aku. Hati aku dah mula mainkan peranan memaki diri sendiri kerana terlalu pondan.

Aku nekad.

Kali ni pasti.

Kalau dia turun sama stesen dengan aku, aku akan tegur. Aku janji!

“Bukit Jalil. Bukit Jalil.” suara umum kedengaran. Tanda stesen aku sudah hampir tiba. Maka, aku mungkin dah boleh mula ucap selamat tinggal bidadari hati. Aku ketawa kecil. Aku berkemas sedikit beg aku tanda aku mahu turun di stesen seterusnya. Aku curi pandang untuk kali terakhir. Ok, kali ni jantung aku memang betul punya macam nak gugur. Macam nak jadi satu kisah dongeng fairy tail paling

indah.

Dia berkemas barang seolah mahu turun jugak. Eleh, nak uji aku la konon tu.

Nak bagi aku harapan palsu la tu.

Aku janjiiiiiii.

Aku nekaaaaaaad.

Kau turun stesen ni, aku tegur. Aku dah habis nekad dah ni. Tahap nekad dia

kalau ditaipkan pada phone, sampai boleh tertypo la jadi naked.

Pintu terbuka.

Aku bangun.

Dia pun bangun.

Aku tak faham, tapi aku pulak yang berpeluh teruk.

Berpeluh sungguh.

Aku keluar pintu. Melangkah.

Dia pun.

Aku jalan lambat sikit.

Dia potong depan aku.

Ok. Ini mungkin takdirnya.

Aku tarik nafas.

Hembus.

Tarik nafas lagi.

Dalam-dalam.

Hembus.

Tiba-tiba, dia pusing arah. Masuk kedai buku. Mungkin nak beli something.

Atau mungkin dia nak tunggu aku untuk buka langkah!

Aku pun buka langkah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience