Rate

2

Romance Series 4148

10 tahun kemudian..

'Mummy sudah 10 tahun kepergian mummy menghadap Ilahi. Kami di sini semua baik-baik saja. Abang dan Daddy Mine jaga dengan baik seperti mana mummy jaga kami ketika dahulu. Mine masih pegang janji terakhir Mine pada Mummy. Mine akan jaga keluarga kita sampai hujung nyawa Mine. Mummy disana doakan Mine ya agar Mine boleh jadi macam Mummy yang penuh kasih dalam diri dan tabah sama macam mummy. Mine sayang Mummy, Mine sayang keluarga kita.' Auni Jasmine merenung pusaka ibunya Puan Hazirah yang telah 10 tahun menghadap Ilahi akibat kemalangan jalan raya. Sesungguhnya sejarah hitam itulah yang banyak mengajar Auni menjadi seorang insan yang tabah dalam membesar tanpa kasih sayang seorang ibu disisi. Encik Adem daddy kepada Auni dan Aimi satu-satunya tempat untuk mereka meluah perasaan suka duka tangis dan tawa semenjak kepermergian Puan Hazirah. Encik Adem berusaha untuk bahagiakan anak-anaknya seperti mana arwah Puan Hazirah pernah lakukan waktu ketika dahulu.

"Mine usah diingatkan lagi perkara yang dah lalu. Sekarang fokus untuk masa depan Mine. Mummy di sana juga ingin lihat Mine berjaya. Kalau Mine berjaya,Mummy disana sudah tentu bahagia. Ingat Mine kejayaan bagi anak-anak adalah kebahagian untuk ibu bapa. Mine hadiahkan lah kejayaan Mine dan buktikan pada Mummy bahawa Mine juga pandai, berakhlak mulia dan cantik macam mummy. " kata Encik Adem kepada anak perempuannya Auni Jasmine. Auni segera mengelap air mata nya lantas tersenyum memandang ayahnya Encik Adem yang selama ini menjadi tempat mengantikan ibu meluahkan segala kasih sayang.

" sudahlah Mine jangan diingat lagi. Sekarang Daddy nak tanya Mine jadi ke nak beli barang untuk masuk hostel esok. Dah pukul berapa ni jangan lambat pula."

"okey Daddy, kejap tunggu Mine kemas barang-barang ni dulu."

"kalau macam itu Daddy tunggu dalam kereta dahulu lah. "

"baik lah Daddy. "

'Mummy lain kali Mine jenguk mummy lagi. Sayang Mummy sangat-sangat. ' kata Auni dalam hati lantas mula melangkah meninggalkan pusara ibunya arwah Puan Hazirah.

***********************************

"Mine!! Cepatlah turun, Daddy dh lama tunggu tu. Nanti susah nak cari tempat daftar kalau dah ramai orang kat sana. Mine dengar tak ni abang panggil!. " Aimi Jafizul mula membebel memanggil adiknya Auni Jasmine.

" Okey Mine turun lah ni. Abang Izul masuk lah kereta temankan Daddy dulu. "

" Abang bagi masa 2 minit, kalau adik tak juga turun, abang dan Daddy tak nak hantar adik."

" Ishh! " Auni mula sakit hati dengan abangnya yang tak boleh sabar tu.

Auni mula menuruni anak tangga sambil membawa bagasi besar miliknya. Aimi Jafizul hanya memandang senyap adiknya lalu berlalu keluar menuju kereta meninggalkan adiknya dibelakang.
Bonet kereta dibuka dan bagasi yang dibawa oleh Auni diberikan kepada abangnya Aimi untuk disimpan.

" Tak ada apa-apa barang yang tinggal lagi Mine. Cuba check balik takut ada yang tertinggal. " kata Encik Adem setelah anak bongsunya memasuki kereta.

"Mine dah check tak ada apa-apa lagi Daddy. Jom lah kita pergi, ada orang tu tadi marah-marah nak suruh cepat. Sekarang cepat lah drive terhegeh-hegeh pula. " Auni menyindir Abang nya Aimi yang ketika itu baru mula menghidupkan enjin kereta.

Aimi Jafizul hanya menjeling tajam adiknya sambil membuat isyarat mata melawan. Encik Adem hanya tersenyum kecil melihat gelagat anak-anaknya itu.

***********************************

Sesudah sampai di perkarangan Universiti, kelihatan sudah banyak orang memenuhi beberapa tempat pendaftaran kursus. Selesai sahaja parking kereta Aimi, Auni dan Encik Adem segera mencari tempat bagi mendaftarkan kursus Auni. Nasib menyebelahi mereka. Tidak berapa jauh dari tempat parking, kelihatan satu banner besar yang menyatakan tempat mendaftar bagi kursus Fashion terletak disitu. Mereka bertiga segera pergi ke situ dan mengambil beberapa borang berkaitan pendaftaran dalam bidang tersebut dan borang kemasukkan ke hostel. Setelah diberi kunci bilik dan diberi pertunjuk arah daripada Kakak-kakak fasi yang terlibat di tempat pendaftaran, mereka segera menuju ke lokasi hostel berkenaan.

" Wahh boleh tahan juga bilik ni. Nampak gayanya Mine kena berkongsi bilik dengan tiga orang lagi pelajar. Harap Mine selesa lah disini. " kata Encik Adem kepada Auni.

"Daddy jangan lah risau, Mine boleh je selesakan diri kat sini. Lagipun rumah kita bukanya jauh pun. Kalau ada apa-apa Mine call je Daddy atau abang Izul. "

" Lega hati Daddy dengar. Hmm Daddy tak boleh lama kat sini. Daddy kena jumpa Uncle Hamzi kamu, dia minta tolong Daddy temankan dia pergi meminang untuk sepupu kamu Ammar. Mine kat sini belajar betul-betul, jangan banyak main-main tau. "

" Ya Daddy. "

" Kalau macam tu Daddy pergi dulu. Ingat pesan Daddy. "

"Ok Mine ingat. Bye Daddy." kata Mine sambil memeluk Encik Adem. Aimi yang dari tadi melihat-lihat sekitar bilik dipeluk dari belakang oleh Auni. Terkejut Aimi terus berpaling.

" Abang jaga Daddy baik-baik tau. Abang pun jaga diri. Kalau sakit pergi klinik ok. " kata Auni berat ditinggalkan oleh kedua abang dan Daddynya. Ini adalah kali pertama Auni berjauhan dari keluarganya itu.

" Mine jangan risau sangat. Mine tu yang patut jaga diri. Duduk kat sini jangan menyusahkan orang, kalau menyusahkan abang boleh tapi jangan orang lain. " nasihat Aimi kepada adik manja nya itu.

"ok Mine janji jaga diri dan tak susahkan orang. "

"kalau macam tu abang dan Daddy balik dulu. Ingat jaga diri. Bye. "kata Aimi sebelum meninggalkan Auni di bilik hostel. Encik Adem menghadiahkan satu ciuman di dahi Auni sebelum mengekori Aimi ke kereta.

***********************************
Auni mula menyusun barang-barangnya ke dalam locker di tepi katil dan memasang cadar tilam serta bantal di atas katil sementara menanti teman sebiliknya sampai.

Beberapa minit selepas itu muncul dua orang perempuan bersama seorang wanita barangkali ibu kepada dua orang perempuan tersebut masuk ke dalam bilik Auni.

"Adik tinggal kat bilik ini juga ke. Pekenalkan nama Mak cik Sarah, panggil je mak cik Sarah. Ini anak-anak mak cik. Diorang baru je daftar ambik kursus Fashion. "kata mak cik tersebut kepada Auni.

" Hai nama saya Lanna Nabila, panggil je Anna. Ini kembar saya Lynna Nadia, panggil je Lyn. " Gadis yang bertudung putih itu memperkenalan diri dan kembarnya.

" Hai nama saya Auni Jasmine, boleh panggil Mine je. Saya pun baru daftar hari ni dalam kursus Fashion. Nampaknya boleh lah saya pergi kelas dengan awak berdua. " kata Auni teruja.

"Wahh sama lah kursus kita. Harap kita boleh jadi kawan baik lah kan. " kata gadis yang bertudung biru yang dipekenalkan sebagai Lyn sebentar tadi.

" Baguslah kalau macam itu. Kalau berkawan baik-baik ya nak. Ibu tak boleh lama kat sini, nenek kamu tak sihat sangat kat rumah. Ibu minta diri dulu ok. Mak cik pergi dulu Mine. " kata Mak cik Sarah lantas pergi meninggalkan mereka di bilik itu.

" Mine asal dari mana. " tanya Anna memecahkan kesunyian.

" Mine lahir dekat England sebab ayah Mine orang sana. Mak Mine orang Sabah. Jadi Mine pun confeus nak jawab asal Mine kat mana hahahaha. " jawab Mine malu-malu.

" Ohh jadi Mine ni kira ada mix orang
Putih lah ni. Patutlah cantik kan Lyn. " puji Anna pada Auni. Sememangnya Auni Jasmine memang cantik. Auni mirip dengan keluarga ayahnya yang mempunyai warna kulit yang putih gebu, rambut lurus berwarna sedikit perang dan bentuk mata yang menunjukkan dia adalah keturunan Inggeris.

" Ya lah kak, Lyn tengok dari tadi memang cantik. Untung Mine ada rupa paras yang cantik. " puji Lyn pulak.

" Janganlah puji sangat. Mine ni biasa-biasa saja. Ada jugak kelebihan yang korang ada Mine tak ada. " jawab Auni merendah diri.

" Mine janganlah merendah diri sangat. Kalau Anna ada butik satu hari nanti, Anna nak Mine jadi model dalam butik Anna. Lepas tu kita bolehlah promote baju yang kita reka." Anna sudah memikir masa depannya pula. Seiisi ruang bilik tersebut dipenuhi gelak ketawa mereka bertiga selepas Anna berkata sedemikian. Tidak sampai satu jam keakraban mereka terlihat.

" Hmm nampak gayanya seorang lagi yang akan sama bilik dengan kita. Bila lah dia nak sampai. " kata Lyn sambil matanya melihat katil kosong sebelah katilnya.

" Kalau tak ada orang datang, jadi katil kosong lah kan. Jaga-jaga Lyn. " gurau Mine.

"Hahahaha Anna harap-haraplah tak ada orang. Biar je kosong. Biar Lyn tidur sebelah katil kosong. " sambung Anna bergurau.

" Janganlah takutkan Lyn. Lyn ni dah lah penakut sangat. " Lyn mula merasa tidak sedap hati. Ruang bilik tersebut dipenuhi gelak ketawa sekali lagi.

Beberapa minit selepas itu muncul seorang gadis yang kelihatan berbangsa cina memasuki bilik tersebut. Tiada sesiapa menemani dia masuk ke bilik tersebut.

"Hai ini bilik 302  kah? " tanya gadis tersebut.

"Ya ini bilik 302." jawab Anna.

"Ohh kalau macam itu betul lah. Hmm nama saya Sue Lee, saya baru je daftar kursus Account. " kata gadis tersebut memperkenakan diri sebagai Sue Lee.

"Hai saya Mine, sebelah saya ini Anna dan yang ini pula Lyn. Kitorang ambik kursus Fashion. " Mine mempekenalkan diri dan kawan-kawan barunya.

" Kat sebelah sini ada lagi katil kosong. Awak boleh pakai katil ni. " kata Lyn lega sebab sudah ada orang dekat katil tersebut.

" Ok terima kasih. Boleh tak saya ikut sama dengan korang pergi dewan nanti. Sebab lepas ni semua pelajar baru berkumpul di dewan untuk orientasi pertama. Saya tak ada kawan." kata Sue lagi.

" Boleh boleh. " jawab Mine, Anna dan    Lyn serentak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience