Rate

3

Romance Series 4148

Suasana di dalam dewan tersebut kelihatan sangat sesak dengan pelajar-pelajar baru. Mine, Anna, Lyn dan Sue berusaha mencari tempat duduk dan akhirnya berjaya. Kelihatan beberapa orang pelajar lelaki dan perempuan di hadapan barangkali fasi. Setelah semua pelajar mengambil tempat duduk seorang daripada fasi di hadapan berdiri.

" Selamat petang kepada semua mahasiswa dan siswi baru yang telah berjaya menjadi sebahagian daripada Universiti ini. Taniah diucapkan sekali lagi. Nama saya Nazarul Azam ketua fasi anda semua dan di tepi saya ini ialah Haikal Iman penolong fasi anda. Sebelum kita memulakan program orientasi petang ini, saya dan fasi-fasi yang lain akan membahagikan anda semua mengikut beberapa kumpulan. Dan ini adalah senarai nama kumpulan bagi anda yang telah ditetapkan. Sila bergerak mencari kumpulan-kumpulan anda dan duduk dalam bulatan di tempat yang luas." arah ketua fasi tersebut yang bernama Nazarul Azam.

" Lyn kita berdua satu kumpulan lah. Anna dan Sue pun satu kumpulan. " kata Mine setelah melihat senarai nama yang diedarkan.

"Nasib baik lah ada kawan satu kumpulan. "luah Lyn lega.

"Mari lah kita berdua cari ahli kumpulan kita yang lain. "ajak Mine.

"Mari. "

***********************************

" Anda semua tentu sudah mengenali saya kan. Saya ketua fasi awak semua dan ketua bagi kumpulan kita ini. Nama kumpulan kita adalah kumpulan Neon. Saya harap kamu semua dapat memberi kerjasama sepanjang minggu orientasi ini dijalankan. Jadi saya nak sorang-sorang daripada kamu semua memperkenalkan diri"  Kata Nazarul Azam dalam kumpulan.

Jadi bermulalah sesi memperkenalkan diri di dalam kumpulan tersebut. Di dalam kumpulan tersebut mempunyai ahli seramai 15 orang termasuk Mine dan Lyn. Selesai sahaja sesi memperkenalkan diri. Satu sesi yang agak sedikit mencabar harus dilakukan iaitu membina sebuah rumah daripada penyedup minuman. Setiap ahli dalam kumpulan Neon tersebut bersama-sama membina rumah dari penyedup minuman tersebut. Ada yang tolong susun penyedup, ada yang tolong guntingkan pelekat dan ada juga yang tolong mewarnakan penyedup minuman tersebut dengan water colour. Mine dan Lyn mewarna penyedup minuman tersebut dengan warna yang telah ditetapkan oleh ketua kumpulan mereka Nazarul Azam. Manakala Nazarul Azam hanya memerhatikan semua anak buahnya berkerjasama dalam aktiviti kali ini.

"Taniah kepada semua kerana berjaya mengasilkan sebuah rumah daripada penyedup minuman. Keputusan pertandingan daripada aktiviti ini akan diumumkan pada hari terakhir orientasi kamu semua. Saya lepaskan kamu semua petang ini lebih awal untuk berehat dan esok kita jumpa lagi dekat sini. Saya tak mahu ada diantara kamu semua datang lambat. Saya akan beri hukuman kalau yang lambat datang tu. Faham! " kata Nazarul Azam tegas.

"Faham!" jawab semua ahli kumpulan Neon lantas beredar balik ke hostel dan rumah masing-masing.

***********************************
" Ehh Zarul cantik betul lah anak buah dalam kumpulan kau tu. Teringin pulak nak usha tapi aku tengok dia macam tak layan sangat lah sebab tadi masa tea break ada dua orang pelajar lelaki ni minta nombor fon dia, alih-alih dia pergi macam tu je. Sombong siot minah tu. Tapi cantik. " kata Naim sahabat kepada Nazarul Azam.

"Ohh minah yang kau cakap tu nama nya Auni Jasmine. Budak Fashion. Kau ni tak baik cakap dia sombong. Dalam kumpulan tadi ok je dia sembang dengan budak lelaki, siap dah buat whasapp group lagi. Dia malu lah tu. Jadi perempuan jangan jual murah sangat. Mahal takpe asal tip top. " Nazarul cuba mempertahankan anak buah nya Auni Jasmine.

" Eh eleh kau ni dah kenapa, tiba-tiba je pertahankan Si Auni tu. Entah-entah kau pun syok dengan dia. Tapi jangan haraplah sebab aku masih ada. Langkah mayat aku dulu baru kau boleh dapat dia hahahahahaha. " gelak Naim bernada bergurau.

"Kau ambik lah Naim, aku ni bukan macam kau pencinta wanita. Semua perempuan kau nak tapi sebulan dua bertukar ganti pulak. Aku kenal sangat dengan kau, dari sekolah menengah lagi kerja sambilan kau sapu campak hati orang. " sindir Nazarul kepada sahabat baiknya itu.

"Amboi mulut baru beli Insurans ke?  Maklumlah aku ni kira hansem lah juga walaupun tak sehensem kau. So bukan salah aku, diaorang yang suka kat aku jadi aku ambik je lah. " Naim tetap tidak mahu mengalah dengan Nazarul. Seperti di dalam pertandingan pembahasan pulak mereka berdua apabila isu pasal perempuan dibangkitkan.

"Mana-mana lah Naim. Dah aku nak tidur. Esok awal pagi perlu bangun, dan kau jangan jeles pulak kalau nampak or dengar si Auni tu tegur gurau-gurau dengan aku hahahaha. " sakat Nazarul lantas badannya dibaringkan di atas tilam. Pappp!  Muka Nazarul ditampar lembut oleh Naim dengan matanya menjeling dengan penuh perasaan cemburu.

" tak payah nak jeles sangat lah, aku gurau je pun. Ape lahh hahahahaha. " Nazarul suka sangat sakat si Naim sampai merah mukanya menahan ketawa.

" Mana ada jeles, saja je aku tadi tampar kau. Nak tengok kau marah ke tak. " sahut Naim sambil menahan ketawa juga.

" sebelum kau kena tendang, lebih baik kau tutup lampu. Aku nak tidur pun silau. " arah Nazarul yang sedang menahan mengantuk. Kalau dilayan sangat si Naim tu memang sampai pagi lah tak tidur.

" Baik tuanku Zarul, hamba menurut perintah. " jawab Naim lantas menutup suis lampu di tepi meja belajar.

Suasana gelap di dalam bilik dibayangi wajah seorang gadis putih gebu di ruang mata Nazarul Azam. Ya Nazarul Azam teringatkan wajah putih mulus milik Auni Jasmine tetapi dia tetap menidakkan perasaannya terhadap gadis tersebut. Biarlah perasaannya menjadi rahsia dia dengan Maha Esa. Sebenarnya pertemuan dia dengan Auni Jasmine pada hari itu bukalah pertemuan pertama baginya. Dia pernah bertemu 1 kali sebelum ini semasa dia masih berada di tingkatan 5 dan Auni Jasmine pula tingkatan 3. Sekolah Nazarul menyertai pertandingan pidato masa itu di sekolah Auni Jasmine. Auni Jasmine memenangi tempat pertama manakala dia pula memenangi tempat kedua. Kekalahan dia terhadap pelajar tingkatan 3 membuatkan dia tidak pernah lupa siapakah saingannya ketika itu.

Nama Auni Jasmine binti Adem Watson tetap di dalam ingatannya. Nazarul kagum akan kecantikan dan kebijaksanaan yang dimiliki oleh Auni Jasmine membuatkan dia tidak pernah lupa akan gadis manis itu. Nazarul mula terlelap mengingati saat pertama dia mengenali Auni Jasmine.

***********************************

"Kringgg!! " alarm telefon bimbit Anna berbunyi. Dengan malas Anna cuba bangun dan mematikan alarm tersebut. Kelihatan Auni sudah pun siap dengan memakai blaus berwarna pink pastel digayakan dengan seluar jean putih. Rambutnya diikat satu dan wajahnya diletakkan sedikit bedak serta lipstik agar tidak kelihatan pucat.

" Awalnya kau bangun Mine. Tak sabar nak jumpa abang fasi ke? "usik Anna sambil mengambil tuala untuk mandi.

" Ehh mana tahu ni hahahaha. Takde lah aku memang selalu bangun awal. Aku nak video call dengan Mak cik aku kat England. Kau tahu lah kan, jam kita kat sini lain daripada kat sana. Semalam aku dah janji dengan dia nak call pukul 11 macam tu tapi aku lupa. " terang Auni sambil tangannya mencapai telefon bimbit di tepi bantal.

"Ohh macam tu. Ingatkan kau rindu nak jumpa abang fasi hensem tu. Kalau macam tu aku mandi dulu. Nanti tak sempat pulak siap. "

Auni Jasmine hanya tersenyum simpul mendengar usikkan Anna. Sememangnya dia tidak pernah lupa pada saingan pidato nya dahulu iaitu Nazarul Azam.

'Adakah dia juga ingat akan Mine?' fikir Auni dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience