Rate

1

Romance Series 4148

Auni Jasmine kelihatan begitu mengantuk di tempat duduk penumpang belakang setelah menempuhi perjalananan tiga jam menuju ke kampungnya. Puan Hazirah kekal fokus terhadap pemanduannya yang menempuhi hujan lebat pada petang itu.

"Mine?" panggil Puan Hazirah kepada anak bongsunya itu yang sedang leka memandang ke luar tingkap melihat titisan air hujan membasahi cermin kereta masa itu.

"Ya Mummy. " Jawab Auni menyedari namanya dipanggil.

" Mine temenungkan apa tu?" Tanya Puan Hazirah.

"Mine ingatkan Abang Aimi kenapa tak ikut kita balik kampung?" tanya Auni Jasmine kembali kepada ibunya Puan Hazirah.

" Abang Aimi Mine pergi ikut kem motivasi kat sekolah, kan tak lama lagi nak UPSR. " Jelas Puan Hazirah. Auni hanya mengganguk faham.

" Mine boleh tak janji dengan mummy satu perkara? " Tanya Puan Hazirah memecahkan lagi kesunyian di dalam kereta.

" Boleh, apa yang mummy nak Mine janji? " Tanya Auni pula sambil matanya memandang Puan Hazirah dengan pandangan ingin tahu apakah janji yang ingin diperkatakan oleh Puan Hazirah sebentar lagi.

" Mummy nak Mine janji yang Mine akan jaga diri Mine, jaga Abang dan Daddy. Biarlah kebahagian sekarang menjadi kebahagian untuk selamanya. Mine janji dengan Mummy okey." Terang Puan Hazirah bersungguh-sungguh.

" Lahh ingatkan janji apa tadi. Ya Mummy Mine janji sampai hujung nyawa Mine akan jaga Mummy, Daddy dan Abang sebab Mine kan permata keluarga kita. " jawab Auni riang lantas tangannya lembut menyentuh bahu Puan Hazirah.

" Okey lah kalau Mine dah kata macam itu. Hilang sedikit rasa risau Mummy dengar. Hurmm kalau Mine nak tidur Mine tidurlah. Lambat lagi kita nak sampai kampung ni. " Kata Puan Hazirah.

" Baik Mummy, Mine tidur dulu lah. " Sahut Mine lalu baring di sofa tempat duduk penumpang belakang dan perlahan-lahan melelapkan mata.

Puan Hazirah masih kekal fokus terhadap pemanduannya dalam keadaan hujan lebat dengan bunyi guntur dan kilat yang tak berhenti-henti. Dalam keadaan hujan lebat, tiba-tiba kelihatan seekor landak cuba untuk menyeberangi jalan raya dan Puan Hazirah cuba untuk mengelak daripada terlanggar landak tersebut.
Namun tidak semena-mena tayar kereta yang dipandu oleh Puan Hazirah tergelincir dan berpusing ke arah laluan bertentangan manakala kereta pada arah laluan bertentangan terus melanggar kereta Puan Hazirah.
Keadaan hadapan kereta Puan Hazirah hancur teruk sehingga memyebabkan cermin hadapan kereta pecah. Puan Hazirah pada ketika itu terus tidak sedarkan diri dan darah pekat mengalir dari kepala Puan Hazirah membasahi stereng kereta yang dipandunya.
Auni yang ketika itu berada di tempat duduk belakang memanggil lembut serta mengoncang bahu ibunya supaya sedar.
Namun hampa, Puan Hazirah tetap tiada reaksi dan terus kaku dibasahi darah. Orang ramai mula berkumpul cuba untuk membantu mengeluarkan Auni dan Puan Hazirah dari dalam kereta. Auni menangis melihat keadaan ibunya Puan Hazirah dan terus pengsan sejurus sahaja melihat keadaan ibunya parah dibawa keluar dari dalam kereta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience