BAB 7

Romance Completed 27205

Masih segar di ingatanku,peristiwa yang menjadi titik tolak kemalangan ngeri ini.Walaupun perkhabaran itu hanyalah digambarkan oleh Helmi ia cukup meninggalkan impak terhadap aku.Pada malam itu,sepatutnya aku berada bersama Alia sambil memujuknya agar terus tabah apabila mama dan papanya telah disahkan bercerai.Tetapi aku berada jauh dan terlalu jayuh untuk mendengar rasa hatinya.Alia yang terlalu tertekan telah berjumpa Aqil untuk meluahkan rasanya,namun hanya perkhabaran yang lebih perit diterimanya.Sehelai daun kering yang tertera dua nama yang cukup menghancurkan perasaan Alia .Alia maafkan aku.Zara dan Aqil.Aku benci mendengarnya walaupun itu yang aku inginkan.Alia memandu dengan meluru dan terlibat dalam kemalangan.Aqil yang sempat sampai cuba menyelamatkan Alia yang sudah berlumuran darah.Malang tidak berbau.Kereta tersebut terbakar.Aku kehilangan kedua-duanya.Yang terselamat hanya sebuah diari lusuh’Hak Milik ZAZA’.

…………………………………………

“Helmi.Zara mana?”usul Aqil yang terpinga-pinga semenjak seminggu Zara tidak muncul ke kuliah.

“Aku pun tak tahu Bro.Sorry banyak-banyak”,ujar Helmi membohongi Aqil

“Aku merayu Helmi.Please tell me”

Satu helaan nafas yang berat dilepaskan oleh Helmi.

*****************************

Aqil berlari sekuat hati mengejar penerbangan Zara.Aku harus terangkan segalanya.Helmi terima kasih kerana sudi berkongsi rahsia hati Zara kepadanya.Aqil berlari sekuat hatinya sambil memegang sebuah diari.Ya sebuah diari yang harus sampai ke tangan Zara.

“Zara Alisa Zainal Abidin!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”

…………………………………………

‘Dengarkan aku.Aku merinduimu Aqil Zarwan Ahmad Zizan’.Sebuah perahu kecil yang tertulis bait kata rindu itu aku lepaskan bersama sehelai daun kering yang sangat berharga kepada aku suatu ketika dahulu.Aqil awak sihat ka,omel hatiku sambil memandang langit Melbourne.

“Hah,ibu berangan ya”,omel anak perempuanku,Cahaya Batrisya.

“Ibu teringat boyfriend la tu,”sahut suamiku Adib Melvin.

“Nak kena papa nie.Mana ada ibu teringat bila papa nak bawa kita pergi shopping”,ujar Zara sambil mengenyit mata ke arah Cahaya.

“Botakla papa”

Aqil saya harap awak bahagia di sana.Terima kasih untuk segalanya.Saya bahagia bersama Ketua Nates.Terima kasih merestui kami.Awak adalah sekeping puzzle yang tak mungkin saya lupakan.Selamat tinggal Aqil Zarwan Ahmad Zizan.Terima kasih.

Alia,engkau adalah kenangan terbaik untuk aku.Terima kasih kerana menjadi sahabatku.Moga rohmu dan Aqil dicucuri rahmat.

Helmi terima kasih untuk segala bantuanmu.Selamat pengantin baru dan maaf kerana tidak sempat pulang ke Malaysia untuk perkahwinanmu.

Adib Melvin a.k.a Adib Bajet.Terima kasih kerana sanggup bersabar dengan kerenahku dan sanggup menjadi ayah,abang dan suami yang baik ketika aku memerlukan.

Tiada lafaz kata indah dapat ku ucapkan melainkan ucapan terima kasih kepada semua. Tidakku punya harta untuk diberi sebagai galang ganti kepada semua kebaikan, hanya aku bersumpah yang aku akan abadikan segalanya sehingga ke akhir nafasku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience