BAB 2

Romance Completed 27205

Sungguh pantas waktu berlalu hingga 5 tahun seakan baru berlaku semalam. Percaya atau tidak aku sudah berada di bumi UTM(Universiti Teknologi Malaysia) sebagai mahasiswi jurusan kejuruteraan kimia.Hebat tak bunyinya.Gara-gara aku hendak melarikan diri daripada Akashah a.k.a sepupu aku yang separa sewel atau bahasa saintifiknya obsess tahap dewa sama Zara Alisa,aku telah mengambil keputusan paling genius dan terbaik dari kilang untuk menolak tawaran melanjutkan pelajaran ke Russia .

Hampir sebulan mama dan papa merajuk tapi sorry to say Zara Alisa tak mungkin berjaya untuk ditumbangkan.Oh ya,untuk pengetahuan am keluarga aku merupakan keturunan yang tidak henti-henti melahirkan doktor.Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab terhadap negaranya aku telah mevariasikan keturunan aku agar lebih ampuh terhadap serangan bacteria dengan melahirkan bakal jurutera.Moral of the story jangan mimpilah aku nak kahwin dengan Mr.Doc.Seterusnya,sahabat dunia akhirat aku:Alia Azween Iskandar Shah.Manusia yang paling sabar di planet Bumi ini.Waktu susah dialah manusia pertama yang akan aku cari.Kejikan.

Back to the story.Tahun pertama aku cukup bahagia kerana tidak ada seorang senior pun yang berani buli aku gara-gara kes aku membelasah seorang senior lelaki yang sangat kurang cuka.Akan tetapi hidup aku diselubungi misteri tatkala anak pak cik Jijan tiba-tiba muncul kembali . Oh my Prada. Mengimbau kembali saat pertama aku bertemu denganmu engkau tidaklah sekacak sekarang.Memang tidak disangkal lagi sesiapa saja yang bersilih dengan jejaka yang mengelarkan dirinya sebagai anak Pak Jijan ini mampu mengigit jari hingga tidak sedar yang jari mereka hampir putus .Termasuklah aku.(Dengan reaksi muka yang sangat mulia).Aku bukanlah tertawan dengan kekacakan dia tetapi kerana Aqil selalu akan muncul disaat aku berhadap dengan saat genting.Satu kebetulan yang seolah dirancang tetapi benar.Mungkin itulah asset yang menjadi senjata rahsia untuk Aqil menumbangkan Zara Alisa.Dalam masa yang sama(muka berlagak cun),aku juga merupakan rebutan ramai dikalangan pria-pria di sini.Bukan hendak berbangga tetapi kenyataan ini turut diakui sendiri oleh sahabat baikku,Alia.Berdarah kacukan Ciyu(Cina+Melayu),berlesung pipit dan bermata hazel.Tiga asset terpenting Zara Alisa yang sentiasa dicemburui oleh semua Jantayu(jantan ayu).Dalam kegembiraan yang sentiasa memenuhi ruang hidupku,segalanya berubah menjadi satu epilog citra hidup yang tak mungkin akan kulupai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience