BAB 3

Romance Completed 27205

“Zara ko tolong jap jumpa Aqil minta tandatangan dia “,pinta Helmi.

“Asal plak aku?”

“Sayang buah hati abang boleh tak adinda ketemu dengan abang Aqil.Kanda Helmi perlukan tandatangan dia untuk program Festival Makanan persatuan kita”

“Stop calling me your sayang.Jijik aku dengar.Bak la sini”,omel Zara dengan muka separuh mencuka.

Helmi a.k.a merangkap kawan baik kedua Zara Alisa.Dia sudah masak benar dengan perangai Zara yang memang pantang andai ada mana-mana lelaki yang berani menggunakan panggilan seperti sayang dan seangkatan dengannya.Tetapi bagi Helmi inilah asset utama untuk memperkenakan Zara.Kena memperkena sudah menjadi asam garam persahabatan mereka.Hingga ke satu tahap ada pihak yang menyangka mereka merupakan musuh ketat.

Berbalik kepada cerita kita.Zara dengan hati gugupnya pun melangkah masuk ke dalam bilik gerakan di mana Aqil selalu menghabiskan masa meneliti kertas-kertas kerja.Almaklumlah orang penting.Ops sebelum terlupa,Alia juga merupakan salah satu ahli sidang wakil pelajar di universiti kami.Oleh itu bertemankan akal fikiran aku yang sangat genius gila ini,aku pun mengambil tindakan bijak dengan meminta pertolongan Alia untuk mendapatkan tandatangan Aqil.Bukannya aku hendak melepaskan peluang tetapi lakonan aku untuk berlagak cool sentiasa terkantoi di hadapan Aqil.Setiap kali mataku bertentang dengan matanya,aku dapat merasai jantungku bergerak 1200km/j.Satu keajaiban sains yang tak dapat dirungkai.Pelik tapi benar bagi insan bernama Zara Alisa.Dalam keasyikan aku meneliti setiap inci wajah Aqil .Sayup-sayup dari belakangku kedengaran suara Ketua Nates a.k.a Adib Bajet meluru ke arahku.

“Hai cik adik manis.Boleh kita keluar bersama??Apa macam?Abang Adib sudah lama angau sama adik manis,”luah Adib berslangkan bunyi seorang Bangla.

“Em,boleh”

“Dia kata boleh babe”

“Boleh blah”,balasku sambil berlalu meninggalkan mamat nates separa tiga suku itu.Potong line ja,omel Zara di dalam hati.

“Zara akan kutunggumu”,sahut Adib sambil tersenyuman kambing menemani pemergian Zara.

Sewel satu istilah yang cukup sepadan untuk mamat tidak sedar diri atau nama famousnya Encik Adib Melvin Bin Iskandar Melvin.Satu lagi watak yang tak penting dalam plot cerita aku ini tetapi buat pengetahuan am Adib merupakan mamat paling sengal dan budak nakal di kampusku ini atau lebih tepat klon Dolah Cantik a.k.a sahabat lamaku.OK cukup,cukup,cukup.

Dengan hati yang riang aku pun membonceng skuterku pulang ke rumah sewa.Habis lenyap segala perasaan sengal terhadap Adib,yang tinggal hanyalah sebaldi perasaan aneh terhadap Aqil.Indah dan cukup sukar untuk aku luahkan kepada pembaca sekalian. Namun sedang asyik aku dibuai mimpi dalam jaga tiba-tiba aku hilang kawal apabila dihon oleh seorang amoi yang cukup kurang asam.Habis bercalar-balar badn aku dibuatnya.Seperti biasa Aqil pun muncul menghulurkan bantuan untuk kesekian kalinya.Macam ala-ala filem Spiderman,setiap kali Mary Jane dilanda masalah Peter akan muncul untuk menyelamatkan.Cuma yang berbeza dalam cerita ini,akulah Mary Jane dan Aqil sebagai Peter Parker dan mungkin Adib Bajet sebagai Harry.Wink~

“Awak tak apa-apa,”ujar Aqil sambil menghulurkan tangan untuk membantu aku yang tergolek di bahu jalan.

“Tak apa-apa.Terima kasih ya”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience