Rate

Episode 1

Zombie Completed 3523

"Shyqal, teman aku gi tandas?"

Shyqal memandang saedah dengan pelik "kau kan baru balik dari tandas?" Saedah hanya tergelak, dia menarik Shyqal ke arah tandas membuat kan gadis itu terkejut. "Woi, nak gi mana?" Tanya wani dan wana kepada mereka berdua. "TANDAS~!!"

Shyqal menunggu di luar sementara saedah menyelesaikan apa yang hendak dibuat dalam tandas. Dia melihat pelajar-pelajar 5 sain tulen membuat eksperimen mencampur bahan. Dia melihat pelajar lelaki yang sedang sibuk bermain terlanggar seorang pelajar lelaki yang hendak mencampurkan cecair membuatkan kesemua cecair itu tertumpah. Membuatkan satu letupan berlaku, Shyqal terkejut dengan letupan itu. Nasib baik letupan itu hanya membuat asap, kesemua pelajar 5 st mengeluarkan batuk yang kuat, tetapi satu pelajar lelaki tidak bergerak langsung membuatkan guru itu risau "hairi, kamu ok t-" sebelum sempat guru itu menghabiskan ayatnya dia telah digigit oleh 'hairi' "ARRGGHH" Shyqal yang dari tadi memandang terkejut ketakutan. Saedah yang baru keluar dari tandas terkejut dia hendak menjerit tetapi dihalang oleh Shyqal. "Shh, diam jangan buat buny-" kesemua pelajar 5 st yang terselamat dari digigit menjerit membuatkan kesemua sekolah tahu apa yang terjadi.

Shyqal yang sedang berlari ke arah kelasnya iaitu 5 sk bersama saedah. Di sekeliling mereka berdua pelajar berlari ketakutan , zombie mencari mangsa untuk di makan. Shyqal mengeluarkan telefon bimbit dia lalu menelefon polis "RED CODE, SMK DATO SAMSUDIN NAIN TELAH DISERANG, MINTA BANTUAN KURUNGAN. JANGAN BIAR SESIAPA KELUAR!!" arah Shyqal. Saedah memandang Shyqal dengan takut "KAU GILA, KALAU KAU BUAT KURUNGAN APA YANG JADI DENGAN KITA?" Jerit Saedah, di hadapan mereka seorang Zombie menghalang "BANG" Shyqal mengeluarkan pistol nya dan menembak zombie itu. "Lindungi mereka yang terselamat." Shyqal memberikan Saedah pistol nya. Saedah ragu ragu mengambil pistol itu, "GRAHH" satu Zombie cuba menyerang saedah dari belakang Shyqal, saedah dengan segera mengambil pistol itu lalu menembak ia di kepala. ".. Operasi Zombie cure bermula" Shyqal tersenyum sambil menembak zombie di belakang saedah.

-bersambung-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience