Aku duduk di sudut kelas tidak bermaya untuk apa apa. Wana perasan kelakuan aku dia berjalan ke arah aku lalu duduk di sebelah ku "Kau ok tak?" Dia bertanya kepadaku, aku tidak menjawab aku hanya memandang ke arah lantai wana mengeluh dia perlahan memeluk tubuh ku "Shhh...ni semua bukan salah kau.." Wana berkata dengan lembut "Senyum lah..." Aku mula rasa seperti hendak menangis dan buat kali pertamanya dalam masa sejam aku bercakap "Aku nak balik.." Wana mengetap bibirnya "Aku pun.."Dia memeluk ku dengan erat takut jika dia lepas kan aku dia akan kehilangan kawan baik dia.
BANG, BANG, BANG!!
Aku dan yang lain terkejut apabila mendengar pintu masuk kelas diketuk dengan kuat "GRUAH..GRUAH.." Aku tersentak mendengar bunyi zombie, wana masih memeluk aku tetapi aku dapat merasa tubuhnya menggigil. "apa kita nak buat?!" Ashraf bertanya dengan penuh ketakutan, kharul menarik lengan Ashraf lalu membawa dia ke sebelah wana diikuti mereka yang lain "A-Aku takut.." Saedah memegang tangan ku dengan erat, wani mengangguk tanda setuju.
BANG BANG BANG CRASH
Pintu itu pecah kerana tidak dapat menahan kekasaran zombie "AHHH" Wafa mula menjerit tetapi Zalikha menekup mulut dia "Diam lah!!" Siti dan ziera menangis teresak esak kerana takut manakala Danish dan munzir bediri di hadapan mereka yang lain untuk melindungi kawan kawan nya. Aku berasa takut apabila melihat zombie itu hampir berjaya memasuki kelas.
BANG,BANG !
Bunyi tembakan didengari kesemua zombie itu jatuh ke lantai. Zalikha tersenyum melihat seseorang yang dikenali nya "HAZIQ!!" Aku mengely mendengar nama itu, wana dab wani menepuk belakang ku tanda kesian "Korang selamat..allhahamdullilah.." Dia tersenyum dan melihat ke arah tentera lain." 9 Mangsa terselamat ."
Pada hari itu kesemua Zombie ditembak dengan peluru penyembuhan . Membuat mereka pengsan dan bertukar kembali menjadi manusia.Aku wana, wani berasa lega kerana semuanya telah selesai tetapi aku masih bersalah membunuh Zombie yang lain tetapi ini kerana darurat aku hanya mampu berdoa bagi mereka yang terkorban.
-Tamat-
Share this novel
sambung plisss...cerita ni best