Berapa lama agaknya kita orang kat sini terperangkap dalam bilik darjah dikelilingi oleh mayat hidup? Bekalan makanan kami hampir habis, kewarasan kami semakin menurun.
Aku memandang wana dan wani yang senyap di penjuru kelas "a-aku nak pergi tandas.." khairul berkata, "kau gila nanti benda tu makan kau macam mana?" Azrul berkata risau akan keselamatan rakan baiknya "bekalan makanan kita dekat nak habis!" Siti menyampuk, aku mengeluh sambil bangun dari tempat duduk ku. "Shyqal kau nak gi mana tu?" Tanya saedah membuatkan mereka memandang aku. "Khairul kau nak gi tandas kan, siti bekalan makanan kita dekat nak habis kan korang ikut aku, kita pergi tandas dengan koperasi" aku berkata mengeluarkan pistol aku untuk memeriksa peluru '10 butir peluru.' Kata ku di dalam hati. "A-aku tak nak ikut!" Bantah siti "tandas punya pasal aku sanggup." Khairul setuju "aku pun ikut" azrul berkata sambil bangun "ok, ikut aku" aku mengalihkan meja dari pintu masuk melihat mayat hidup yang berkeliaran apabila aku pasti tiada satu pun aku memberi isyarat kepada azrul dan khairul. Kami bertiga berjalan keluar dari kelas dengan senyap. Beberapa minit berlalu kami berjaya sampai ke tandas lelaki "apa lagi masuk lah" aku berkata kepada khairul "kau tak nak ikut ke?" Aku menampar perlahan muka ku "aku perempuan lembab!" Khairul berasa malu "sorry!" Dia segera masuk ke dalam meninggalkan aku dan azrul di luar memerhatikan mayat hidup yang berkeliaran. Setelah beberapa minit khairul keluar kami meneruskan misi ke koperasi.
Aku memecahkan mangga kunci yang berada di pintu,kami masuk ke dalam dan mengambil minuman dan makanan ringan yang berada di dalam koperasi "ok, aku rasa ni cukup untuk dua minggu." Kami keluar dari koperasi dan pergi ke kelas. Semasa kami naik ke tangga kaki azrul diterkam oleh Zombie "uwaahh!!" Zombie itu mengigit kaki azrul aku segera menembak kepala zombie itu "sembilan!" Azrul memegang kaki nya "t-tolong aku!" Dia memandang kami berdua, mukanya pucat, dia jatuh ke tanah tidak bergerak ".. khai.. lari" aku berkata kepada khairul yang tidak bergerak "khairul!!" Aku menolak dia ke tepi mengelak dari diterkam oleh azrul "lari, lari, lari!!" Jeritan aku membuatkan kesemua zombie yang berada di situ mengejar kami aku menembak zombie-zombie itu "8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, click. 'Kesemua peluru aku telah habis digunakan, hanya tinggal azrul saja kami dapat melihat pintu kelas yang wani berada" WANI MASUK! "aku menolak khairul ke wani dan berhenti" Shyqal? "Aku mencekam muka azrul dan menghentak kepala nya di simen dengan penuh tenaga membuat kepala dia pecah berderai. Aku hampir muntah melihat otak dia. Aku berlari masuk ke kelas sementara yang lain menghalang pintu masuk dengan meja kembali.aku baru je bunuh kawan aku dengan tangan sendiri air mata ku mengalir, kawan-kawan ku yang lain cuba menenangkan aku. Tapi diorang tak tau yang azrul sempat berkata" terima kasih... "
Share this novel