Rate

Bab 3

Family Series 2246

"Assalamualaikum mama!" ucap Firdaus selepas melangkah masuk ke dalam rumah lalu dia Dan Ena menyalami ibu mereka.

"Waalaikumussalam. Macam mana sekolah tadi, okay?"

"Best! Ramai kawan baru. Baik² belaka!" kata Ena dengan gembira.

"Iya?! Firdaus pula? Okay?" gembira hatinya mendengar cerita Ena .Kini dia menunggu jawapan daripada Firdaus pula.

"Macam biasa je. Kawan² okay, cikgu okay tandas pon okay. Lebih kurangje dengan sekolah lama." Firdaus menceritakan persaannya pula.

"ibu masak apa? Lapar lah. Rehat tadi makan roti mentega dengan air milo ais je" .

"Alololo cian Nye anak mama ni. Mama masak makanan favourite Firdaus. Makan lah puas² ye".

Malam itu Ena sedang ralit menyiapkan kerja sekolahnya. Selepas selesai menyiapakan tugasan tersebut, dia baring diatas katilnya Yang empuk. Tiba-tiba dia teringat akan seorang pelajar lelaki Yang menegurnya disekolah tadi.

___Flash back___

Ketika Ena sedang mengulangkaji di dalam kelas, datang seorang pelajar lelaki menegurnya.

"Hai Ena. Saya Zhafran. Selamat bekenalan" ucapnya dengan senyuman terukir dibibirnya.

"Hai, selamat berkenalan" itu sahaja jawapan yang keluar dari mulutnya.Tidak tahu mahu membicarakan apa dia melihat kembali buku teks nya.

"Maaflah kalau saya ganggu awak sedang mengulangkaji.Saya cuma mahu berkenalan dengan awak".

"Eh awak tak ganggu saya pun. Ermm mana kawan² awk?" tanya Ena pelik sebab jarang budak lelaki nk ajak sembang dengan budak perempuan.

"Ouh diorang tengah sembang pasal aktiviti petang ni" terang Zhafran.

"Ooo" itu sahaja jawapannya.

"Zhafran boleh saya nk minta tolong?" Tanya Ena.

"Apadia?"

"Boleh tak kalau saya nak minta tolong awak untuk jauh sikit dari saya. Saya takut nanti budak lain kata apa pulak dekat kite berdua" Ena segan Zhafran rapat sangat dengannya. Zhafran juga terkejut apabila melihat jaraknya dengan Ena agak rapat lalu dia berkata" Eh! Maaf Ena sebab buat awak kurang selesa. Saya pergi dulu, ya? Assalamualaikum" ucapnya Dan berlalu pergi ke arah geng nya.

_____________________

Ena tergelak kecil mengenangkan kisah tadi. Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia gelak melihat reaksi Zhafran apabila mengetahui jarak diantara dirinya dan Ena agak rapat. Nasib baiklah pelajar lain sibuk bersembang dan tidak nampak kejadian tadi.

"Haih dah pukul 10 malam. Huaaaaa mengantuknya!" lalu dia terlelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience