Rate

Bab 2

Family Series 2246

12 tahun berlalu kini Haina membesar dengan baik. Dia juga telah dikurniakan seorang adik lelaki bernama Muhammad Firdaus Ar-Ryan yang kini berumur 10 tahun.

"HAH?!! Pindah Sekolah?" jawab mereka serentak.

"Tapi mama kawan² Ena macam mana? UPSR dah nak dekat.Kalau tak dapat 6A dalam UPSR sbb tak selesa dengan sekolah tu macam mana? Mama and papa juga Yang sedih" betubi tubi soalan Yang ditanya oleh Ena.

Mana tidak terkejut tiba tiba sahaja kena pindah sekolah.

"Mama tahu perasaan kamu sekarang tapi nak buat macam mana. Tiba-tiba sahaja papa dinaikkan pangkat dan perlu bertugas di luar negeri. Lagipun tak kan nak tinggal papa sorang² kat sana." Puan Lia menerangkan hal Yang sebenar kepada anaknya itu. Dia pun terkejut apabila mendengar berita bahawa mereka perlu berpindah ke negeri Pahang.

"Papa akan pastikan Ena dan Firdaus dapat kawan Yang lagi baik, ya.Lagi satu kat Pahang tu ada banyak tempat menarik jadi bolehlah kite jalan² kat Sana time cuti hujung minggu" Encik Yusoff cuba memujuk anak² nya dan menghadiahkan sekuntum senyuman.
"Baiklah papa, mama" jawab mereka akur dengan keputusan tersebut.
____TIME SKIP____

KRING!!!!!!!!!!!!

Loceng berbunyi menandakan sesi persekolahan akan bermula tidak lama lagi.Semua pelajar SK Mahmud bergegas masuk ke dalam kelas masing².

Pelajar kelas 6 Aman sedang mengulangkaji pelajaran sementara menunggu guru mereka masuk ke dalam kelas. Yelah UPSR kan dah nak dekat, jadi mereka perlu bersedia untuk mengambil ujian tersebut.

"Susahlah soalan nih.Nura tolong ajarkan boleh? Pleashhhhhhh?" Qiela membuat muka seperti anak kucing untuk membodek Nura mengajarnya.

"Tak perlu pun ko buat mimik muka macam tu.Sudah terang lagi bersuluh aku lagi comel daripada kau!" Alissa atau nama panggilannya Sya ketawa terbahak- bahak melihat reaksi Qiela yang tidak berpuas hati.Makin lama mulut Qiela makin memuncung.

"Ceh aku mintak tolong dengan Nura. Bukan dengan ko! Perasan tahap badak." sindir Qiela.

"Ko kate aku badak! Hey cermin sikit muka kau tu.Kalah lembu lawan wajah dengan ko!" Sya membalas balik namun kini lebih bercili.

"Haish dah² lah Tu bergaduhnya. Exam dah nak dekat pun bergaduh lagi. Cuba kawal sikit emosi Tu." Nura menegur rakan baiknya itu. Dia tidak mahu persahabatan mereka terjejas hanya kerana ejek- mengejek.

"Okay fine.Kiteorang Yang salah .Mianhae" jawab mereka dengan nada sedikit terasa.

"Marahkan aku ke. Okay I'm sorry. Aku cuma nak perbaiki keadaan je bukan buat korang terasa. I'm sorry again okay? Okay qiela soalan mana Yang awak tak faham?" balas Nura dengan lembut. Dia tahu kawannya itu cepat terasa bila ditegur.

"It's okay Nura .Awak tak buat salah pun.Awak just nak tegur kitaorang je cuma kami Yang cepat sangat terasa" kata Qiela.Sya turut mengangguk kepalanya.

Sedang mereka ralit berbincang tentang soalan tersebut, Rabbit berlari menuju ke arah mereka.

Oh ya lupa nak beri tahu kepada readers semua. Ini ialah geng Squad Girlz (SG) Yang sangat terkenal di sekolah. Kumpulan ini terdiri daripada 4 orang ahli iaitu Nura, Qiela, Sya Dan Rabbit atau nama sebenar ya Adawiyah.Mereka terkenal dengan sikap Yang perihatin, baik, bijak rajin. Geng ini juga terkenal dengan kejelitaan mereka Yang membuatkan ramai pelajar lelaki suka kepada mereka berempat. Okay bersambung kepada cerita.

Rabbit datang kemudian duduk di kerusinya sambil tercungap- cungap akibat belari.Katanya tidak cukup oksigen.

"Ko ni dah kenapa berlari macam kene kejar dengan kucing sewel dah aku tengok".

"Aku baru balik dari bilik guru. Aku dengar kan kelas kite ade pelajar baru.

"Lelaki ke perempuan" Tanya Nura.

"Perempuan"

"Cantikka orangnya?" Tanya Sya.

"Entah"jawab rabbit.

"Tinggi ke pendek" Tanya Qiela pula.Rabbit menjeling ke arah Qiela.Qiela ketawa terbahak-bahak melihat reaksi Rabbit kerana rabbit merupakan pelajar paling pendek dalam kelasnya.

"Entah!" jawabnya dengan kasar.
Sya baru sahaja ingin bertanya soalan kepada rabbit namun dia memotong kata² Sya.

"Nanti korang tahulah".

"Alah!" Jawab SG serentak.

Guru kelas mereka iaitu Puan Hani masuk ke dalam kelas. Kemudian pandangan pelajar 6 Aman tertumpu kepada seorang pelajar perempuan yang berdiri bersebelahan dengan Puan Hani.

"Bangun! Assalamualaikum cikgu." ucap ketua kelas 6 Aman kepada Puan Hani.Selepas semua pelajar tahun 6 Aman memberi salam kepada Puan Hani, dia menyuruh anak muridnya duduk.

Semua pelajar mula berbisik sambil memandang pelajar baru itu."Baiklah pelajar. Untuk pengetahuan kamu semua, kelas kita ada pelajar baru. Baiklah kamu boleh perkenalkan diri." senyumannya terukir dibibir.

"Hai Assalamualaikum. Nama saya Haina Nur-Aisyah binti Muhammad Yusoff.Kawan² boleh panggil saya Ena. Saya berasal dari Terengganu dan mempunyai seorang adik lelaki. Saya harap kawan² sudi menjadi kawan saya" ucapnya dengan senyuman yang manis.

Semua pelajar tersenyum melihat dia.

Baiklah Ena. Kamu boleh duduk bersebelahan dengan Qiela.

Ena meliau-liau mencari siapakah Qiela yang disebut oleh Puan Hani.Qiela yang nampak perkara tersebut cepat cepat mengangkat tangan"saya Qiela". Tanpa melengahkan masa, Ena cepat² duduk di sebelah Qiela Dan tersenyum kepadanya.

____TIME SKIP____

KRING!!!!!!!!!!!!

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat sekarang.Semua pelajar bergegas ke kantin bagi mengisi perut Yang lapar.Nura berjalan menuju ke kantin tanpa peneman.Tiba tiba......

"Hai Ena. Nak rehat dengan kitaorang? " Tanya Nura sopan.

"Ouh tidak mengapalah. Susahkan kamu je. Lagipun saya boleh rehat dengan adik saya" balas Ena dengan senyuman terukir dibibirnya.
"Alah tak menyusahkan pon.Lagipun kite kan kawan" balas Rabbit.

"Betul kata Rabbit Tu. Bukan kami suapkan nasi pun untuk awk" kata Sya lalu mereka berlima ketawa bersama- Sama.

"Kakak, saya nak rehat kawan² ni. Kakak ok je kan?" Tanya Firdaus tatkala melihat kakaknya ketawa bersama empat orang pelajar perempuan yang sememangnya cantik.

"Ni adik awak ke, Ena? Comelnya dia! Sama macam kakak dia!" Lalu Nura memicit pipi Firdaus Yang gebu itu.

"Ooh adik rupanya. Pergilah rehat dengan kawan². Kakak okay je. Lagipun kakak² Yang cantik belaka ni nk temankan kakak!" kata Ena. Sempat lagi dia memuji ahli SG.

"Eh takde lah" Kata Rabbit malu malu. Sebenarnya dia tengah bangga Tu.Hehehe....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience