Rate

Bab 4

Family Series 2246

SG berjalan menuju ke arah Ena. Mereka duduk dalam bulatan bersama Ena. Mereka sedang rancak berborak tentang sekolah lama Ena.

"Ena, awak nak tak ikut kitaorang lepak kat taman petang ni?" tanya Rabbit. Rakannya Yang lain hanya mengangguk tanda setuju dengan idea Rabbit mengajak Ena bersiar-siar bersama.

"Hurmm boleh juga. Lagipun saya free petang ni" jawabnya sedikit teruja dengan ajakan tersebut.

"Bawaklah adik awak sekali. Boleh saya cubit² lagi pipi dia.He he he.." Nura seakan-akan tidak sabar nak cubit pipi Firdaus yang tembam itu.Eee geramnya. Dah lah putih pulak Tu.

"Okay.Terima kasih sebab ajak saya sekali" dia tersenyum kepada SG.

"Haih manisnya senyuman dia" kata Naim apabila melihat senyuman Ena. Sememangnya Ena memiliki senyuman yang sangat manis seperti gula.

"Ha pandai kau menggatal eh sekarang. Mentang² Nura Tu cantik kau nak menggedik dekat dia. Dulu semua ahli SG kau nak. Katanya sebab Nura Tu cantik macam Tzuyu dalam Twice and pandai masak, Qiela pulak suka budak², Sya tu baik and penyayang pastu Rabbit pulak comel. Haih tamak betullah kau ni. PLAYBOY!" bebel Zhafran. Betul katanya. Dah nak UPSR pun masih menggatal. Sedangkan pelajar perempuan tidak sukakan dia kerana Playboy.

"Eleh aku tahu lah kau jeles en? Yelah kau tak sefemes aku. Mana² budak perempuan yang lalu depan aku mesti puji aku hensem seperti Cristiano Ronaldo" kata Naim cuba pertahanlan dirinya. Penat juga dengar bebelan Dari si Zhafran ni.

"Huh! Tak de mase aku nak jeles. Baik aku ulangkaji daripada layan ko!" kata Zhafran dan terus pergi ke mejanya.

Petang itu Ena dan Firdaus menunggang basikal ke taman permainan berdekatan rumah mereka. Disitulah tempat SG selalu berkumpul. Pertama kali Ena dan adiknya menjejakkan kaki di taman itu.

"Hai Ena!" sapa Sya apabila melihat Ena telah sampai di taman.

"Hai! Awak semua dah lama sampai?" Tanya Ena dengan teruja.

"Kitaorang baru je sampai. Eh Firdaus! Hai" Nura terus mencubit pipi Firdaus apabila terlihat dia berdiri bersebelahan dengan kakaknya.

"Hai kakak Nura. Kakak Nura cantik Hari ni" ujar Firdaus. Sempat lagi dia memuji Nura. Nura pula tersenyum malu dengan pujian itu.

"Kak Nura je ke cantik. Kak Qiela tak cantik ke? Haih penat ² je pakai bedak sampai habis." rengek Qiela yang cemburu dengan Ena apabila dipuji oleh Firdaus.

"Hehe patutlah muka akak putih sangat. Kalau boleh bedak Tu tebal lagi daripada kek lapis!" gurau Firdaus. Sehinggalah gelak semua orang di situ meletus. Mereka gelak sakan sampai bunyi seperti hantu Kak Limah!

"Ish malas lah layan Firdaus lepas nih! Nak merajuk lah!" Qiela marajuk sehingga bibir nya mula memuncung.

"Alah kak Qiela ni pun. Firdaus gurau je kot! Janganlah merajuk. Nanti bibir Tu kalau betul² muncung baru tahu. Tak de sape nak kt akak!" ujar Firdaus. Sebenarnya dia geram melihat muka comel Qiela Tu semasa merajuk.

"Firdaus!" jerit Qiela marah. Mulutnya makin memuncung.

"Yelah yelah. Maafkan saya kak Qiela. Janganlah merajuk lagi. Mianhae" kata Firdaus dengan lembut Cuba memujuk Qiela Yang kuat merajuk itu.

"Hurmm ye lah. Akak maafkan. Jangan nak ejek ejek lagi tau. Tak baik".

Tiba-tiba.....

"Hai awak semua. Buat apa kat taman ni?" sapa Zhafran dengan senyuman yang manis. Terkejut mereka berenam dibuatnya. Entah dari mana datangnya si Zhafran ni. Kemudian Firdaus terus menuju kee arah Zhafran dan bersalaman dengannya.

"Waalaikumussalam" jawab Rabbit. Mereka semua gelak terbahak-bahak melihat reaksi Rabbit.

"Sejak bila saya bagi salam pula?" tanya Firdaus sambil tersenyum sinis kepada Rabbit.

"Kitaorang saje je lepak kat taman ni. Bosan lah kalau asyik terperap dalam bilik je" terang Nura.

"Bosan bacalah Al-Quran" kemudian Zhafran berkata kepada Nura. Sentap dowh!! Tergelak mereka berenam bila melihat Ena sudah menarik muncung.

"Aauzubillahiminasyaitoni rajjim. Bissmillahi rahmanirahim" saja Sya mengusik mereka semua. Mereka semua ketawa bersama- bersama sampai ada Yang ketawa sehingga tergolek- golek atas tanah. Siapa lagi kalau bukan Firdaus.

"Dah..... stop gelak. Rahang saya dah penat gelak Dari tadi. Jomlah kite sambung borak" cadang Nura.

"Firdaus nak ikut abang tak? Kita pergi pusing² satu taman ni? Bosanlah kalau dengar budak perempuan sembang. Asyik membawang je kejenye. Sikit² layan kpop. Baik main mobile legend. Ha betul tak Firdaus" kata Zhafran sambil memperlekehkan budak perempuan.

"Haah betul Tu abang. Sikit² Twice, BTS lah Blackpink lah. Macam macam" Firdaus menyokong kata² Zhafran.

"Eleh walaupun kitaorang minat K-pop tapi kitaorang stay lagi jaga solat!" kata Ena. Budak perempuan yang lain mengangguk tanda setuju.

"Haih yelah Cik Ena Yang cantik lagi manis. Awak menang" kata Zhafran mengalah.

"Akak boleh Firdaus ikut abang Zhafran?" soalnya meminta kebenaran dengan kakaknya.

"Okay tapi jangan nakal² tau. Ermm Zhafran tolong jaga adik saya elok² ya".

"Baik boss!!". Haih Zhafran ni. Sentiasa nak bergurau tidak kira tempat.

Tepat pukul 6: 35 petang Ena meminta kebenaran untuk pulang ke rumah.Zhafran Dan Firdaus pun dah selesai pusing² satu taman.

"Ermm korang. Saya pulang dulu ya. Kalau balik lambat nanti mak saya marah pula.Bye, Assalamualaikum" ucap Ena.

"Saya pun nak balik. Nanti habis kene bebel dengan mama. K lah. Wa Chau lu. Pape Roger . Assalamualaikum" kata Qiela dan terus pulang ke rumahnya.

" Waalaikumussalam" jawab mereka serentak.

Mereka sampai di rumah dan memberi salam kepada ibu bapanya.

"Waalaikumussalam. Seronok main tadi?"soal Puan Lia Yang sedang duduk di atas sofa bersebelahan dengan suaminya.

"Seronok! Abang Zhafran ajak pusing satu taman tadi" kata Firdaus kepada mama dan papanya.

"Zhafran?!" kata Puan Lia dan Encik Yusoff serentak.

"Kenapa mama papa. Ada benda yang tak kena ker dengan Zhafran?" Tanya Ena pelik melihat mama dan papanya terkejut apabila nama Zhafran disebut.

"Tak ade apa-apa. Dia sekolah dengan Ena ke?" Tanya Puan Lia cuba menyembunyikan perkara itu.

"Haah. Satu kelas pula Tu" kata Ena.

"Mama papa Firdaus nak naik dulu. Badan ni busuk sangat dah. Uekkkkkkk!!!" Firdaus terus masuk ke dalam biliknya selepas dia menghidu bau ketiaknya Yang busuk.

" Yelah mama papa. Ena pun nak naik atas dulu lah. Nak siap² untuk solat Maghrib" kata Ena dan terus mendaki tangga menuju ke biliknya.

"Haih entah kenapa saya rasa lain macam pulak bila dengar nama Zhafran tadi. Saya rindu lah Zhafran anak kita Tu bang" kata Puan Lia kepada suaminya.

Encik Yusoff hanya diam Dan memandang wajah isterinya.Terlalu berat untuk mengingati perkara Yang amat pahit itu. Kemudian dia mengeluh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience