Completed
3408
Dari awal aku berbohong dan dari awal juga aku menipu. Aku sebenarnya menipu diriku sendiri. Bagaimana harus aku memulakannya. Elyna! Aku tidak dapat meluahkannya pada kau!
Maafkan aku Elyna dan tolong jangan paksa aku lagi. Mohonku di hati.
“Ely, aku balik dulu, bye,” ucapku dan terus meluru pantas balik ke rumah sewa.
Berat sungguh rahsia ini. Terlalu kusut untuk aku huraikan satu persatu. Sakitnya dari dalam. Sekiranya Danish tahu hakikatnya pasti hancur diriku. Pasti aku dibunuhnya.
AKU termanggu sendiri. Otakku kusut. Aku tinggal sendiri di bilik. Danish berpindah ke bilik sebelah. Tidak mahu bersama denganku di dalam bilik ini. Akhirnya malam-malamku tidur sendirian tidak berteman. Sedih sungguh. Sampai begitu sekali. Aku pasti Hafizan punca dia jadi begitu. Hafizan memang cemburukan keakraban aku dengan Danish selama ini. Jahanam!
Aku tidak henti-henti menyalahkan Hafizan. Lelaki itu tidak kurang tampannya. Tapi semenjak dia rapat dengan Danish, aku lihat perubahan sikap Danish terhadapku sungguh drastik sekali. Entah apa Hafizan telah katakan pada Danish. Ah! Emosiku terganggu.
Aku harus memberitahu Danish tentang perasaanku ini namun adakah aku perlu berbincnag terlebih dahulu dengan Elyna? Rasa tidak adil buat diriku kerana segala hal tentang Elyna itu aku mengetahuinya. Rasa aku perlu berjumpa dengan Elyna. Lantas aku menghubungi Elyna.
“Aku perlu jumpa kau,” kataku.
“Bila dan di mana?” soalnya.
“Sekarang, di restoran Mamak Corner,” balasku.
“Okey,” Elyna bersetuju.
Tidak berapa lama kemudian aku pun tiba di tempat yang dijanjikan. Aku lihat Elyna setia menugguku. Elyna yang berjaket biru dan bertopi serta memakai kasut jenama converst itu terus menoleh ke arahku. Dia lebih dulu sampai ke situ sebelum aku. Laju sungguh dia bergerak.
Share this novel