BAB 2

Other Completed 3389

Maka aku memberikan alasan untuk melindunginya. Berselindung disebalik kebenaran. Kala ini dia merenung tajam ke dalam mataku.

Sungguh berbisa sekali pandangan itu. Tidak dapat aku mengalihkannya. Matanya yang bersinar itu membuatkan aku terpaku.

“Aku kumpul duit, kau pun tahu aku suka sangat dengan telefon ni, ada kamera video lagi, jadi bolehlah aku rakam gambar kau buat kenangan,” aku memberi alasan yang nampak tidak kukuh.

“Kenangan? Macam kau akan pergi jauh aje,” ujarnya.

Danish memaut bahu aku. Dia membisikkan sesuatu di telingaku.

“Kau curi ya?” Danish menduga aku sebegitu rupa.

Lantas aku menolak tangannya dengan deras sekali. Perasaanku benar-benar tersentap. Sampai hati dia mengatakan aku mencuri. Kenapa kata-kata itu tega terpacul dari mulutnya? Danish! Aku tak curi! Mahu saja aku menjerit seperti itu.

“Aku beli! Kenapa perlu mencuri pula?!” Aku mula naik angin sambil mengecilkan mataku bagi merenung sedalam yang boleh ke arah mata Danish yang berwarna coklat itu.

Keadaan itu mungkin akan bertambah buruk kalau Danish masih terus menerus menekankan perkataan ‘curi’. Sekali lagi perkataan itu meniti dibibirnya maka aku menghidari diriku darinya. Aku tidak mahu dituduh sebagai pencuri. Aku sedar aku seorang yang miskin harta. Aku berasal dari keluarga yang susah.

Dapat menyambung pelajaran di kolej ini dan ditakdir pula berkawan dengan Danish adalah satu anugerah yang tidak ternilai harganya yang diberikan Tuhan tapi itu pula ucapan Danish terhadapku.

Salahkah aku memiliki sebuah telefon yang canggih? Aku teringin juga untuk menggunakan telefon serupa Danish. Cantik sungguh. Aku berkenan jadi aku kumpul duit dan sanggup mengikat perut sendiri semata-mata untuk memiliki sebuah telefon bimbit. Orang lain semua ada telefon melainkan aku seorang sahaja. Malulah aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience