BAB 11

Other Completed 3391

“Aku…aku…” kenapa lidahku berat sangat untuk menceritakan perkara yang sebenarnya.

Elyna menanti lagi dan saat ini dia mengangkat keningnya menunggu dengan penuh debaran. Jantungku berdetak kencang. Semakin lama semakin deras. Kenapa aku tiba-tiba resah di saat ingin aku suarakan hakikatnya.

“Teruskan Harith. Aku menunggu cerita kau,” Elyna meminta aku menyambungnya.

Aku menundukkan wajah. Aku pasti garis-garis gusar pada wajahku ini jelas terlihat oleh Elyna. Aku mahu dia fahamkan sesuatu. Aku kurang yakin sama ada Elyna mempercayainya atau pun tidak tapi ini adalah realiti bukan rekaan aku sendiri.

“Ely, berjanji dengan aku bahawa kau tidak akan menceritakannya pada sesiapa sekalipun termasuk Danish sendiri,”

“Untuk apa aku menceritakan hal kau pada orang lain. Aku sudah berjanji dengan kau bahawa rahsia kau adalah rahsiaku juga.” ungkap Elyna.

Aku merenung ke dalam mata Elyna dalam-dalam selepas aku menghela nafas dan melepaskannya perlahan-lahan.

“Sebenarnya… apa yang aku dapat sekarang ni adalah hasil pemberian dari papa Danish,”

“Apa?!” Elyna terkejut besar.

“Papa Danish perhubungan dengan aku,” akhirnya aku jujur dengan Elyna tapi tidak pada Danish.

Elyna tergamam. Mulutnya melompong. Aku sudah agak bahawa perkara ini pasti mengejutkan Elyna. Aku harap ia tidak diceritakan pada Danish. Aku berharap sangat. Bukan aku mahu buka mulut tapi aku sebenarnya lebih sukakan Danish dari papanya itu. Ya Ampun! Apa yang telah aku lakukan ini.

“Kenapa kau boleh berhubungan dengan papa dia?” soal Elyna setelah terdiam dalam seminti dua tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience