CERITA 4 : BILIK MESYUARAT KHAS MURID

Horror & Thriller Series 12247

KAMAL berjalan laju, menuju ke kelas 5 Sains Tulen. Matanya meliar mencari seseorang. Dia menuju kepada beberapa orang pengawas lelaki yang sedang berdiri bercerita sambil ketawa. “Ikhmal mana?” soal Kamal serius. Wajahnya yang kebiasaannya ceria bertukar masam sejak 2-3 hari lepas. “Entah,” jawab ringkas Safiz. Jawapan Safiz membuatkan Kamal bengang. Dia menjerut kolar baju Safiz membuatkan pengawas lain takut. “Dia… dia ada kat bilik MKM.” Kamal melepaskan tangannya dan segera menuju ke tempat yang dikatakan. Perbuatan Kamal membuatkan ketiga-tiga pengawas tersebut mengejar Kamal dari belakang, khuatiri Kamal akan menyakiti ketua mereka. “Ada benda aku nak bincang, Muhd Ikhmal Aiman,” tegur Kamal ...

— Locked Chapter —


NovelPlus Premium

The best ads free experience