CERITA 3: PERPUSTAKAAN

Horror & Thriller Series 12390

JUE terasa mukanya panas sekali, begitulah keadaannya apabila dia naik marah. Dia sangat tidak puas hati dengan jadual bertugas baharu yang diaturkan oleh ketua pustakawan, Nuha.

“Weh, Nuha! Aku dah cakap aku tak nak bertugas petang! Kau apa hal letak aku siak! Dah tu, kau nak aku bertugas dengan Fakihah tu? Memang taklah!” Hembus Jue kepada Nuha yang sedang sibuk menyampul buku. Keadaan di dalam bilik pustakawan tersebut menjadi tegang apabila Nuha mula memandang Jue dengan pandangan tajam.

“Cukup baik dari aku lucutkan jawatan kau, kau tu kena bagi peluang terakhir, tak tahu ke? Cukup baik aku dah rayukan kat cikgu bagi peluang untuk kau,” perli Nuha sinis. Senyumannya penuh makna, walaupun dia seorang yang kejam dalam kalangan pustakawan yang lain.

Tapi sebenarnya dia seorang yang baik. Saja dia tunjukkan sikap buruknya agak pustakawan lain tidak berani pijak kepala.
“Yalah!” bentak Jue. Namun dia akur, dia tahu dia banyak melakukan kesilapan selama dia menjadi seorang pustakawan. Demi mendapatkan markah kokurikulum, dia terpaksa merayu agar jawatannya tidak dilucutkan.

Jue melangkah keluar dari bilik pustakawan dan menghempas kuat pintu. Ya semua pustakawan disitu tahu Jue sedang memberontak. Semua murid di dalam perpustakaan melihat Jue, ada yang meletakkan jari di bibir tanda suruh senyap. Jue hanya menjeling tajam.

Kamal melihat Jue dari jauh, dia mengekori Jue ke mana Jue pergi. Dia sangat menyayangi gadis itu. Dari darjah 1 mereka berkawan, namun perasaan itu disimpan kerana dia mahu fokus kepada pelajarannya dahulu. Dia tidak mahu Jue ada masalah. “Jue! Jue! Juelina! Tunggu aku!” jerit Kamal.

Langkah Jue yang semakin laju membuatkan Kamal terpaksa berlari anak. Kamal memegang pergelangan tangan Jue. Jue terhenti dan berpaling kebelakang.

“Kamal, please aku nak sendiri,” rayu Jue. Mata Jue hanya memandang ke lantai. Kamal tersenyum nipis dan melepaskan tangan Jue. “Jue, cakaplah. Ada apa ni? Siapa buli kau? Sini aku hentam dia.” Pujukan dan gurauan Kamal membuatkan Jue tersenyum tawar. Jue tahu sikap ambil berat Kamal, Jue telah menganggap Kamal seperti abangnya. Jue mengajak Kamal duduk di sebuah bangku yang disediakan di laluan itu. Jue menceritakan masalahnya kepada Kamal, Kamal setia mendengar.

“Bila Jue jaga library tu? Petang ni?” soal Kamal. Jue hanya mengangguk lemah. “Tak apa, nanti Kamal teman. Jue tunggu kat sana, lepas habis kelas kimia Kamal ke sana. Balik nanti Kamal hantar Jue, tak perlulah Jue nak naik teksi lagi,” sambung Kamal. Jue mengangguk gembira. Dia mengucapkan terima kasih dan mengajak Kamal kembali ke kelas. Disebabkan Kamal dan Jue berlainan kelas, Jue pergi mendahului Kamal menaiki anak tangga.

“PENING duk pikir kunci kira-kira ni, bila dok nak imbang,” rungut Jue. Dia tidak dapat fokus membuat latihan akaun yang diberi kerana dia asyik memikirkan dia akan bertugas di perpustakaan pada petang itu.

Dia baru mahu menonton wayang bersama Ikhmal, ketua pengawas sekolah mereka. Jue masih terbayang muka Ikhmal pasrah apabila dia menyatakan bahawa mereka tidak jadi date kerana terpaksa bertugas. Namun jawapan Ikhmal membuatkan hati Jue lega.

“Tak apa. Hari lain kan boleh sayang.” Ikhmal terpaksa bertolak ansur kerana kebiasaannya Jue akan mengalah apabila dia terpaksa bekerjasama dengan peminat-peminatnya yang mana akan membuatkan Jue cemburu. Ikhmal sangat menyayangi Jue walaupun hubungan mereka dirahsiakan , namun telah terjalan selama 5 bulan.

Jue meruskan kerjanya. Loceng tamat waktu persekolahan berdering. Jue perlahan-lahan mengemas beg. Perpustakaan yang terletak di hujung bangunannya dituju. Pintu perpustakaan ditolak, ada seorang guru sedang membuat kerja. Jue memberi salam, dan melangkah masuk.

Cikgu itu memerhatikan Jue. “Jue? Awak tak ada kelas tambahan?” tegur Cikgu Latif kepada murid berdarah Korea itu. “Tak ada, cikgu. Cikgu Akim tak ada, cuti seminggu katanya,” jelas Jue, Cikgu Latif hanya mengangguk sambil memandang skrin laptopnya.

Jue segera melangkah ke almari buku dan menyusun semua buku-buku. Dia melakukan tugasannya tanpa menunggu rakan setugasnya, Fakihah. Jue sangat tidak menyukai Fakihah. Semua murid di sekolah itu tahu, Fakihah menaruh harapan kepada Ikhmal. Jue mahu hubungan mereka diketahui semua murid, agak Ikhmal tidak diganggu murid perempuan lain.

Namun Ikhmal perlu menjaga nama baiknya kerana dia seorang ketua pengawas sekolah. Sedang dia sibuk mengemas, seorang wanita berpakaian seperti Tuan Puteri Diraja memerhatikan Jue, wajahnya yang cantik dan gebu melakar senyuman jahat.

Jue terasa seperti ada mata yang memerhati, dia menoleh ke arah celah-celah buku. Dia perasan ada sosok tubuh berjalan. Jue menjengah, namun tiada siapa. Jue pergi ke hadapan. Hanya Cikgu Latif ada di situ.

“Cikgu? Ada student lain masuk ke?” soal Jue. Cikgu Latif mengerutkan dahi.

“Tak ada. Kenapa?” soal Cikgu Latif pula. Jue hanya tersengih dan menyambung tugasnya.

Jam dinding dijeling, sudah 2 jam berlalu. Bayang Fakihah tidak muncul. Cikgu Latif sudah meninggalkan perpustakaan itu 30 minit lepas. Tinggallah Jue berseorangan di sana. Rak buku dan almari sudah tersusun rapi. Badan Jua naik belengas, walaupun perpustakaan itu beraircond namun Jue tidak tahu mengapa dia berpeluh.

Jue mengambil kad-kad pinjaman, kad tersebut perlu disusun dan mana-mana buku yang belum dipulangkan mengikut tarikh perlu diambil nama muridnya. Jue tidak mahu dimarahi Nuha.

“Puteri menari si puteri ayu jelita…” Suara perempuan sedang menyanyi bergema. Jue sedikit terperanjat dan segera berdiri. Memerhatikan seluruh perpustakaan, kosong.

“Siapa tu?” soal Jue. “Fakihah? Awak ke?” Masih tiada jawapan. Jue yakin dia tidak salah dengar, Jue melangkah ke rak buku belakang. Jue bersembunyi sedikit kerana dia dapat melihat seorang wanita seperti puteri diraja sedang menari seperti tarian ulek mayang.

Setiap langkah dan tariannya Jue perhatikan. Jue terasa cuak, bulu romanya meremang. Dia mahu melarikan diri dari perpustakaan itu! Baru mahu mengorak langkah puteri tadi sedang berdiri di belakangnya sambil tersenyum. Jue lemah semangat terus pengsan.

JUE terjaga, matanya agak berpinar, Jue agak kaget kerana dia dapati dia berada di dalam bilik pustakawan. Dia cuba untuk keluar namun pintu seakan-akan tergam. Jue memandang jam di dalam bilik itu, sudah pukul 8.00 malam. Jue menangis. Ketakutan. Jue terpandang skrin komputer, Microsoft Word terbuka dengan sendirinya. Lalu satu per satu perkataan tertaip sendiri.

“Dia penipu!” Bibir Jue membaca ayat tersebut dalam esakkan. “Siapa? Siapa menipu? Tipu apa ni? Kau siapa?” jerit Jue ketakutan. Sekali lagi ayat ditaip sendiri.

“IKHMAL.” Jue merasakan hatinya tersentak. Sakit. Matanya yang selalunya menampakkan keayuan, menjadi seorang yang bengis. Pastinya Jue akan berbuat sesuatu terhadap Ikhmal.

Puteri Diraja itu tersenyum puas. Dia tahu Jue tidak akan tertipu lagi. Dia berjalan menuju ke belakang rak buku, sambil diekori 4 hulubalang. Mereka hilang dengan sekelip mata, hilang dalam kegelapan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience