Angel Mawar memerhatikan abang angkatnya yang kusyuk membasuh kereta BMW miliknya di perkarangan rumah Tuan Mawar Hay.
"Kau kau duk tengok aku tu kenapa? Tak puas hati pasal semalam?". Soal Tuan Mawar Lee sinis. Semalam mereka bergaduh kerana Tuan Mawar Lee menggigit anak patung beruang pink kesayangannya.
"Memang tak puas hati, habis lekat air liur abang Lee dekat patung Angel". Raut wajah tampan Tuan Mawar Lee di jeling manja. Nasib sayang, kalau tak sayang memang dia kerat 10 abang angkatnya itu.
"Tapikan abang Lee....". Leret suara Angel Mawar. Tuan Mawar Lee sekadar menjongketkan sebelah keningnya tanda menyoal.
"Kenapa nama abang Lee ada Mawar? Bukan ke Mawar tu untuk girls?". Tangan Tuan Mawar Lee berhenti dengan tiba-tiba.
"Kenapa tak tanya dekat papa soalan kau tu?". Soal Tuan Mawar Lee kembali. Dia nak jawab, bukannya Angel Mawar akan faham.
"Angel tengok papa....takutla....". Adu Angel Mawar seraya menayang raut wajah takutnya. Tuan Mawar Lee tertawa kecil melihat muka lucu adik angkatnya. Dengan Tuan Mawar Hay takut, dengan dia tak takut pula? Kata orang, muka Tuan Mawar Lee lagi garang dari muka Tuan Mawar Hay.
"Dahla, pergi masuk sana". Arah Tuan Mawar Lee tegas. Angel Mawar masih kaku di tempatnya. Daripada dia masuk duk terperap dalam rumah banglo bertingkat Tuan Mawar Hay, ada baiknya dia teman abang kesayangan dia basuh kereta.
"Taknak, Angel nak teman abang Lee basuh kereta". Tuan Mawar Lee sudah menggelengkan kepalanya. Kalau Angel teman dia, jawabnya memang tak sudahlah kerjanya nak basuh kereta. Mulut Angel tu bukan ada insuran. Kang tanya soalan pelik-pelik, apa dia nak jawab?
"Abang Lee....". Panggil Angel Mawar lagi. Sudah ke berapa belas kalinya nama Tuan Mawar Lee di serunya.
"Nak apa lagi Angel oiiii". Kesabaran Tuan Mawar Lee sudah di hujung tanduk. Angel benar-benar mencari pasal.
"Kenapa nama abang Lee ada mawar?". Tuan Mawar Lee memejam erat matanya. Ya Allah budak bertuah ni!
"Angel! Memang aku jual kau dekat siam!!". Jerit Tuan Mawar Lee seraya mengejar langkah Angel Mawar yang sudah berlari masuk ke dalam banglo bertingkat milik Tuan Mawar Hay.
"Arghhhhh" Jerit Angel Mawar kuat. Langkah kaki tidak tahu mahu di bawa ke mana. Sudahnya ke dapur juga tempat persembunyian Angel Mawar.
"Puan Angel buat apa dekat sini?". Soal Mak Tam seraya mengurut dada. Terkejut melihat anak angkat majikannya elok bercangkung di bawah meja besar.
"Shhhh". Arah Angel Mawar. Mak Tam sekadar menurut. Kepala otak sudah pening dengan karenah pelik Angel Mawar.
Angel Mawar mula panik apabila terdengar suara garau milik Tuan Mawar Lee.
"Mak Tam ada nampak Angel tak?".
"Puan Angel? Er.....er....". Mak Tam mati kata. Bebola mata melirik ke bawah meja. Tuan Mawar Lee yang seakan dapat menebak di mana keberadaan Angel mengarahkan Mak Tam agar meninggalkan dapur.
"Aku jumpa kau, siap kau". Suara Tuan Mawar Lee memberi amaran. Makin lama makin dekat derap kaki yang Angel Mawar rasakan.
"Haaaa!". Tubuh Angel Mawar di cempungnya ibarat guni beras. Angel Mawar pasrah. Nak menjerit dah tak berguna.
"Abang Lee....turunkan Angel....Angel haus.....". Leret suara Angel Mawar memohon simpati dari abang angkatnya.
"Hm yelah....tadi nak main kejar-kejar sangat". Angel mendengus. Bila masa pulak dia cakap nak main kejar-kejar? Abang Lee yang kejar dia dulu. Huh!
***************************************
Tuan Mawar Hay melemparkan file di dada anak lelakinya. Amarahnya tidak dapat di bendung lagi. Anak lelakinya sangat tidak peka terhadapa urusan kerja.
"Macam mana kamu buat kerja Lee? Habis semua salah!". Tuan Mawar Lee menundukkan sedikit tubuhnya sebelum beredar keluar dari pejabat papanya.
"Papa belum habis cakap lagi!". Tanpa mempedulikan kata-kata papanya, Tuan Mawar Lee terus sahaja angkat kaki berlalu dari situ. Buku lima di kepal kuat. Takkan semua kerja yang dia buat salah? Tak pernah sekalipun hasil kerjanya salah. Pasti ada yang tidak kena.
"Sial!". Carut Tuan Mawar Lee seraya mengeluarkan iphone pro max kepunyaannya dari kocek seluar. Nombor seseorang di dail.
"Hello....". Tak sampai beberapa saat, panggilan sudah bersambung.
"Aku nak kau buat kerja sikit....". serious sahaja nada suara Tuan Mawar Lee.
"Sure bro....". Sahut suara garau di hujung talian. Sudah biasa dia dan Tuan Mawar Lee berhubung jika lelaki itu memerlukan pertolongan darinya.
"Apa yang perlu aku tolong?". Soal si dia. Tuan Mawar Lee tersenyum sinis.
"Aku nak kau......".
******************************************
Tuan Mawar Lee yang sedang leka membuat kerja terganggu apabila iphonenya berdering menandakan seseorang sedang membuat panggilan. Di lirik sekilas skrin iphonenya. Serta merta senyumannya terhias di raut wajah yang serious tadinya.
"Kau nak apa?". Soal Tuan Mawar Lee. Nada suara sengaja di tegaskan.
"Angel nak tanya ni ha....". Tuan Mawar Lee menanti pertanyaan Angel Mawar.
"Kenapa nama abang Lee ada mawar?". Ya Allah. Tuan Mawar Lee meraup kasar wajahnya dengan sebelah tangannya. Kalau Angel Mawar di hadapannya sekarang, pasti dia dah ngap gadis kecil itu.
"Nanti aku balik, siap kau Angel....aku makan kau".
TUT TUT TUT
Talian di putuskan dengan mengejut oleh Angel Mawar. Heihlah perempuan sorang ni. Memang cari nahas dengan Tuan Mawar Lee. Tak habis-habis dengan soalan dia tu. Macam takde soalan lain dah atas muka bumi ni. Ish!
"Angel Mawar.....". Hatinya terasa berbunga-bunga apabila menyebut nama gadis kesayangannya. Namun, hanya suka dalam diam yang dia mampu. Jikalau mereka mempunyai hubungan yang istimewa pastinya hubungan itu akan di tentang habis-habisan oleh Tuan Mawar Hay.
"Nasib.....".
Hy hy....saya kembali dengan abang Lee n akak Angel. Saya harap awak semua dapat komen, rate n follow saya. saya tahu saya dah lama menyepi, tapi now, I'm back....hshshs....selamat membaca karya saya ya :) Chapter 1 pendek sahaja.....tak sampai seribu patah perkataan pun. Okaylah....bye...jumpa lagi nanti....ummuahhhh!
Share this novel