TML~2~Makan ke tu?

Romance Series 8267

Angel Mawar melangkah turun ke tingkat bawah dengan hati yang senang. Mana tak senangnya jikalau Tuan Mawar Lee sudah berjanji akan membawa pulang kek cheese kegemarannya nanti.

"Mana abang Lee ni? Lamanya.....". Omel Angel Mawar tidak puas hati. Inilah padah kalau berjanji dengan abang angkatnya itu. Lama nak mampus!

"Puan Angel.....". Panggil Mak Tam apabila melihat sosok tubuh Angel Mawar yang berada di tangga.

"Ya Mak Tam? Ada apa?". Soal Angel Mawar seraya melangkah mendekati wanita separuh abad itu.

"Tuan Mawar Lee ada dekat dapur. Dia suruh Mak Tam panggilkan Puan ke dapur...". Bersinar mata Angel Mawar apabila mendengar kata-kata Mak Tam tadi. Abang Lee ada dekat dapur? Bermakna kek cheese pun ada jugaklah. Ui, happynya dia.

"Okay, thank you Mak Tam". Dengan sepantas kilat, Angel Mawar berlari menuju ke dapur.

"Tak menyempat betul kau ni kan?". Perli Tuan Mawar Lee. Hati sudah tertawa lucu dengan karenah Angel Mawar.

Angel Mawar tidak mengendahkan perlian abangnya, dia terus mencapai plastik yang ada di hadapan abangnya. Pasti di dalam plastik tersebut ada kek kegemarannya.

"Ha......mana kek cheese Angel?". Soal Angel Mawar hairan. Bekas kosong aje ni. Takkan nak makan bekas kosong?

"Kek cheese? Ada ni ha dalam ni....". Tuan Mawar Lee menggosok perutnya yang kekeyangan akibat terlalu banyak makan kek tadinya.

"What the.....". Tak terkata Angel Mawar. Tak sangka dirinya di mainkan oleh abang angkatnya sendiri. Matanya mula berkaca. Tunggu masa sahaja untuk mutiara jernih jatuh ke pipi gebunya.

"Sampai hati abang Lee....taknak kawan dah ngan abang Lee....". Angel Mawar terus menangis teresak-esak seraya berlari anak menuju ke biliknya.

DUM!

Bergegar satu banglo tersebut apabila Angel Mawar menghempas pintunya kuat. Nasib tak tercabut ajelah.

"Oh my god.....Angel sayang....dah merajuk...". Gumam Tuan Mawar Lee. Tangan mencapai dua bekas kek cheese yang di letaknya di dalam peti. Langkah kaki di atur ke tingkat atas. Bilik Angel Mawar di tuju.

TOK TOK TOK TOK

"Angel sayang......bukak pintu ni....". Angel Mawar yang sedang menangis di dalam bilik terus sahaja berpura-pura tidur apabila mendengar pintu biliknya sudah di buka oleh seseorang dari luar.

"Aik. Dah tidur?". Soal Tuan Mawar Lee sendirian. Labuhkan duduk di tepi Angel Mawar. Tuan Mawar Lee yakin yang gadis kecil itu masih belum tidur.

"Angel.....ni kek cheese kau...aku sengaja aje tadi usik kau....tak sangka my Angel ni manja....usik sikit dah nangis....". Rambut yang menutupi muka Angel Mawar di selak dan di selit di celah cuping telinga.

"Tak sangka kuat kau nangis....sampai merah menyala hidung kau ni, sayang....". Hidung Angel Mawar di cuit lembut. Rasa bersalah apabila melihat wajah gadis itu. Pasti teruk gadis itu menangis. Tengoklah, hidung Angel Mawar sudah merah akibat menangis terlalu kuat.

"Aku keluar dulu ya? Makanlah kek ni....bye Angel". Kepala Angel Mawar di usap sebelum Tuan Mawar Lee bangkit berdiri dan mengatur tapak keluar dari bilik gadis itu.

Perlahan-lahan Angel Mawar membuka kelopak matanya. Yakin yang Tuan Mawar Lee sudah pergi. Bebola matanya melirik ke arah bekas kek cheese yang ada di sisinya.

"Rugi kalau tak merasa.....". Kata Angel Mawar seraya mencapai bekas kek tersebut dan melahapnya rakus. Tuan Mawar Lee yang memerhati di sebalik daun pintu itu hanya tersenyum.

"Makan ke tu?". Angel Mawar tersedak apabila di sapa satu soalan dari suara yang amat dia kenal. Laju sahaja tangannya mencapai air mineral yang ada di atas meja bersebelahan katilnya.

"Apa abang Lee ni? Kalau Angel mati tercekik tadi macam mana?". Soal Angel Mawar sedikit garang. Sakit hatinya perlahan-lahan mula hilang apabila Tuan Mawar Lee mengotakan janjinya untuk membelikan kek cheese untuk dirinya.

"Kau tu makan elok sikit.....gelojoh nak mampus, memanglah akan tercekik". Angel Mawar sekadar menayang sengih kerang busuknya. Dah lama tak merasa, memanglah macam ni. Biasalah, kan?

"Sambunglah makan, abang nak mandi....". Tergeleng kecil kepala Tuan Mawar Lee melihat gadis itu makan. Kusyuk sampai tak hiraukan dia.

"Nak mandi cakap....". Tuan Mawar Lee mengecilkan bebola matanya saat memandang ke arah Angel Mawar. Heihlah budak hingusan ni. Ada kena sepak ke planet pluto japgi.

"Suka hati aku la....mulut aku....". Angel Mawar menjelirkan lidahnya ke arah Tuan Mawar Lee.

"Eyh, nasib kau ni perempuan....". Angel Mawar tidak mempedulikan abang angkatnya itu. Dia lebih tertarik dengan kek cheese di hadapannya sahaja buat masa sekarang.

"Dahla, lepas mandi aku nak pergi jalan-jalan....kau takyah nak ikut....". Terus terhenti suapan Angel Mawar apabila mendengar perkataan 'jalan-jalan' yang keluar dari ulas bibir Tuan Mawar Lee.

"Argh abang.....nak ikut nak ikut....". Rengek Angel Mawar seraya menayang memek muka comelnya. Tuan Mawar Lee tersenyum seraya mencubit lembut pipi Angel Mawar.

"Tak boleh....". Terus Tuan Mawar Lee berlari anak keluar dari bilik Angel Mawar.

"Abang.........". Angel Mawar merengek kuat seraya mengejar langkah abang angkatnya.

*************************************

"Apa lagi yang kau nak makan?". Soal Tuan Mawar Lee. Angel Mawar menggaru kepala yang tidak gatal. Perut dah kenyang, tapi rasa nak makan lagi. Heish, complicated.

"Erm....nak....ais krim". Tuan Mawar Lee mengangguk dan mengatur langkah ke gerai yang paling hujung. Mereka pernah ke situ sebelum ini, jadi mereka sudah tahu di mana terletaknya gerai ais krim.

BUK

Tuan Mawar Lee berlanggar dengan seorang gadis yang boleh tahan besar juga tubuhnya.

"Abang....abang okay?". Soal Angel Mawar seraya membantu abang angkatnya berdiri.

"Sorry miss....are you okay?". Soal Tuan Mawar Lee seraya menolong gadis yang di rempuhnya mengutip kertas yang bertaburan di atas lantai.

"Saya okay....dan maaf....". Tuan Mawar Lee terpaku dengan suara lemah lembut si dia. Wajah di angkat agar dapat melihat si empunya gadis yang di rempuhnya.

"Saya....pergi dulu.....". Tak sempat Tuan Mawar Lee ingin menanyakan nama, gadis itu sudah lesap entah ke mana. Ajaib.

"Abang! Kenapa abang tengok badak tu macam tu?". Soal Angel Mawar dengan nada cemburunya. Dia tengok macam mana bersinarnya bebola mata abang angkatnya apabil melihat wajah manis Aisyah Su yang gemuk itu.

"Ma....mana ada abang tengok dia...". Tuan Mawar Lee cuba mengubah topik perbualan.

"Abang ingat Angel tak tahu ke cara pandangan abang tu?". Garang sahaja nada suara Angel Mawar saat ini. Cemburunya sungguh tidak dapat di bendung. Abang angkatnya itu kelihatan sangat tertarik dengan Aisyah Su a. k. a. si gemuk.

Aisyah Su merupakan bekas temannya sewaktu di sekolah menengah. Masih dia ingat bagaimana kejamnya Aisyah Su dulu. Kecantikan dan keseksian yang di milikinya membuatkan gadis itu bongkak dan sombong.

'Wey, kau tengok dia...handsomekan? Aku minatla wey'. Luah Suryna yang merupakan kawan baik mereka.

'Takde taste la kau ni'. Perli Aisyah Su. Matanya masih melirik pemuda yang di katakan Suryna tadi. Memang handsome. Dia akan dapatkan pemuda itu.

Aisyah Su diam-diam mempunyai hubungan dengan crush temannya sendiri. Apabila Suryna mengetahuinya, hubungan persahabatan mereka hancur berkecai. Angel Mawar memihak kepada Suryna sejujurnya. Kalah bukan sebab Angel Mawar, sudah tentu Suryna akan di perbodoh oleh Aisyah Su.

'Aku benci dia Angel.....kenapa dia perlu couple dengan Zack? Dia tahu yang aku suka Zack....tapi kenapa?'. Ngongoi Suryna seraya memeluk erat tubuh Angel Mawar.

"HAH! Termenungkan apa?". Soal Tuan Mawar Lee tiba-tiba. Habis hilang khayalan Angel Mawar tadinya.

"Dah lewat.....jom balik". Angel Mawar sekadar menganggukkan kepalanya dan membontoti langkah abang angkatnya. Fikirannya terbang entah ke mana.

'Macam mana kalau abang Lee sukakan Aisyah Su?'. Hah, habis dia kali ni. Mampus!

maaf kalau ada banyak kesalahan ejaan.....saya tak tengok buat kedua kalinya....hshshs sorry

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience