TML~4~Kecewa ii

Romance Series 8267

Angel Mawar merenung dada langit dengan mata yang berkaca. Tak sangka, belum genap 1 tahun dia tinggal di Jerman, dia sudah mendapat berita bahawa Tuan Mawar Lee sudah pun selamat bertunang dengan Aisyah Su. Dia terlalu berharap yang Tuan Mawar Lee bakal datang memujuknya, namun tekaannya meleset.

"Angel....". Seru Uncle Raymond dari arah belakang. Dia tahu, pasti gadis kecil itu perlukan seseorang untuk menghamburkan kesedihannya.

"Uncle.....". Angel Mawar terus memeluk erat tubuh sasa Uncle Raymond. Kenapa dia perlu rasa sedih yang amat setelah mengetahui abang angkatnya sudah bertunang? Sepatutnya dia dah tak kisah dengan semua itu.

"Entschuldigung, kleiner Onkel....". Berkerut dahi Angel Mawar apabila mendengar bahasa alien yang keluar dari ulas bibir Uncle Raymond.

"Apa yang Uncle cakap?". Soal Angel Mawar seraya menatap mata grey bapa saudara angkatnya itu.

"Tak faham eh?". Angel Mawar laju menggelengkan kepalanya.

"Itula, dulu Uncle suruh masuk kelas bahasa Jerman, Angel taknak....". Angel Mawar menuncungkan bibirnya. Tahu sangat yang Unclenya itu bakal menyindirnya.

"Dah dahla bersedih pasal abang Lee kamu tu....dia bukan kisahkan kamu pun...". Angel Mawar terasa dengan ayat Uncle Raymond. Tapi ada betulnya juga. Kalau Tuan Mawar Lee kisahkan Angel Mawar, sudah tentu lelaki itu datang mencarinya.

Angel Mawar kembali memeluk Uncle Raymond. Eh, rasa bestla pulak peluk tubuh sasa Uncle Raymond. Haha.

"Onkel wird auf dich aufpassen und dich lieben". Sekali lagi bahasa yang tidak di fahami Angel Mawar menyusul keluar dari ulas bibir Uncle Raymond.

"Uncle.....boleh tak jangan bercakap bahasa alien tu?". Angel Mawar merengek manja. Susah juga otaknya ingin memproses apa yang Unclenya sampaikan.

"Kann nicht....". Angel Mawar memeluk tubuh sendiri. Bibir di muncungkan. Susah bercakap dengan Uncle Raymond ni. Keras kepala macam Tuan Mawar Hay.

"Schmoll nicht prinzessin.....". See! Bahasa alien lagi. Angel Mawar terus bangkit dari duduk dan berlalu meninggalkan Uncle Raymond yang sudah ketawa besar. Kaki di hentak kuat. Nekad, dia akan masuk kelas bahasa Jerman lepasni. Biar Uncle Raymond dah tak membuli dia lagi lepas ni.

*************************************

"Aku tak kira, aku nak kau putuskan pertunangan kau dengan anak orang kaya tu!". Jerkah Mak Una kuat. Bergegar habis rumah kecilnya itu. Aisyah Su teresak kecil apabila di desak oleh ibunya agar memutuskan pertunangan dengan Tuan Mawar Lee.

"Tapi ibu....Su cintakan dia....dan dia cintakan Su". Mak Una memandang tajam anak sulungnya itu. Tahukah anaknya itu cara pemikiran dia? Aisyah Su bakal mendatangkan masalah besar jika dia berkeras mahu meneruskan hubungannya dengan Tuan Mawar Lee.

"Buang rasa cinta kau tu....cinta hanya menyusahkan!". Aisyah Su menggelengkan kepalanya. Takkan semudah itu. Setelah banyak dugaan yang datang menimpa hubungan mereka, takkan nak putuskan begitu aje? Mereka saling mencintai!

"Aku tak kira.....kau kena kahwin jugak dengan anak ketua kampung tu!". Aisyah Su melutut di kaki ibunya. Dia tidak mahu di jodohkan dengan Zein. Lelaki itu kaki perempuan. Pasti berlambak perempuan yang lelaki itu punya.

"Kau tahu tak kita banyak berhutang dengan Pak Ajid? Semuanya untuk tanggung kau!!". Aisyah Su sekadar diam. Masih lagi menghamburkan tangisan kuat.

"Tapi ibu....lepas Su kahwin dengan Abang Lee....kita boleh bayar balik hutang Pak Ajib". Mak Una tertawa sinis. Kalaulah semudah itu.

"Masalahnya sekarang....Pak Ajib berkenan nak jadikan kau menantu dia....dan aku dah janji dengan dia walau apa pun jadi kau akan tetap berkahwin dengan anak dia! Kalau kau tak jadi kahwin dengan anak dia, kita akan dapat masalah besar....kau faham tak?!!". Kepala Aisyah Su di tonyoh sedikit kuat. Biar anak sulungnya itu sedar.

"Ibu.....dahla tu...kesian akak...". Ain Su datang memeluk erat kakaknya. Jatuh kasihan melihat Ibunya memarahi kakaknya sebegitu rupa.

"Aku tak kira Su....aku nak kau putuskan pertunangan kau dengan anak orang kaya tu.....kalau kau masih lagi pilih dia, bermakna kau buang ibu dalam hidup kau". Noktahkan ayat, Mak Una terus melangkah meninggalkan Aisyah Su yang menangis teresak-esak.

*************************************

"What?! Apa semua ni, Aisy?". Soal Tuan Mawar Lee dengan raut wajah yang tegang. Aisyah Su menunduk. Air mata yang hampir tumpah segera di sapu. Dia tidak boleh menangis di depan lelaki itu.

"Saya nak putuskan hubungan kita. Ibu saya dah jodohkan saya dengan lelaki lain". Ucap Aisyah Su dalam sekali lafaz. Tuan Mawar Lee ketawa janggal.

"Awak bergurau kan? Semua ni hanya gurauan kan?". Aisyah Su gelengkan kepalanya tanda di tidak bergurau dengan omongannya.

"Tapi kenapa baru sekarang awak bagitahu yang ibu awak dah jodohkan awak dengan orang lain?". Soal Tuan Mawar Lee dengan dada yang berombak ganas.

Sakit hati la tu, huhu.

Tuan Mawar Lee : Diam sia*

"Saya.....". Tuan Mawar Lee mengangkat tangan kanannya. Mohon agar Aisyah Su tidak meneruskan kata-katanya yang berkemungkinan boleh menyakitkan hatinya.

"Cincin tu awak boleh buang, dan....awak jangan risau, saya akan cuba lupakan awak....anggaplah pertemuan kita ni tak pernah terjadi dan anggaplah awak tak pernah kenal dengan lelaki yang bernama Tuan Mawar Lee". Tanpa banyak songeh terus Tuan Mawar Lee pusing tubuh membelakangi Aisyah Su dan berlalu pergi.

"Teruk aku kena kecam dengan readers nanti....". Gumam Tuan Mawar Lee dengan muka pasrahnya. Hah!

**************************************

Uncle Raymond tersenyum melihat kegigihan Angel Mawar untuk belajar bahasa Jerman.

"Angel lieber Onkel....". Tiba-tiba Angel Mawar menuturkan ayat tersebut di depan Uncle Raymond.

"Onkel liebt auch Angel". Angel Mawar tersenyum seraya berlari mendapatkan Uncle Raymond. Tubuh Uncle Raymond di peluk erat.

"Verwöhnt....". Angel Mawar tertawa kecil. Manja manja dia pun Uncle Raymond tetap sayang.

Korang ada? Takde an? Huh, lemah!

Readers : Slebewwww!

"Tak suka eh Angel manja dengan Uncle?". Soal Angel Mawar dengan nada merajuk. Sengaja di buat-buat.

"Muss Onkel mögen". Ubun-ubun Angel Mawar di cium hangat. Dia tidak kisah jikalau Angel Mawar ingin bermanja dengannya, dia lagi suka.

"Angel.....". Pelukan di leraikan. Uncle Raymond memandang wajah Angel Mawar dengan penuh kasih sayang. Angel Mawar terkaku. Terbuai apabila menatap anak mata Unclenya itu. Sungguh indah.

"Wird Angel Onkel heiraten?".
(sudi tak Angel kahwin dengan Uncle?)

Angel Mawar menggaru kepalanya yang tidak gatal. Uncle Raymond ni salah bahasa ke apa? Betul ke Uncle Raymond lamar dia? Ha, sudah!

"Uncle.....janganla bergurau....". Tangan kecil Angel Mawar di genggam erat oleh Uncle Raymond.

"Uncle tak bergurau......". Angel Mawar menelan liurnya yang terasa kesat. Susah untuk dia percaya. Ke dia sedang bermimpi? Pipi gebunya di cubit kuat.

"Auch....". Sakit. Jadinya dia tak bermimpi!

"Onkel macht keine Witze, Baby". Angel Mawar merasakan dunianya berpusing. Gelap gelita dengan serta merta.

"Angel.....".

Ha guys.....saya nak tanya....kalau saya buat group 'Mawar Lee vs Ray' korang berminat nak join tak? kalau nak korang komen ar....nak tengok ramai ke idok....hshs Btw......enjoy this story k

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience