Dua

Short Story Completed 342

"Lah, tadi kata tak nak tidur sini selagi tali tu ada? Ni umi dah buang, pun nak minta umi teman? Haih anak.. anak.. yelah. Boleh je Ana. Lagipun, esok umi dah kena gerak pergi Kedah dengan abi."
"Tahu.." Kata Hanna perlahan.
"Apa?"
"Eh.. ahh.. Ana suka makan tauhu sebenarnya.." Hanna bimbang yang Pn. Salmah akan tahu yang dia mengintai dengar ketegangan suami isteri tadi.
"Tiba-tiba je.. nak umi masak sebelum bertolak esok?"
"Boleh." Hanna mengiyakan saja, padahal dia tidak gemar pun makan tauhu.
"Dah, jom tidur. Dah ambil wudhu'?"
"Dah."
"Bagus anak umi.. baca doa sebelum tidur."
* "Baiklah.. anak umi semua.. hari ni umi & abi tinggalkan kamu semua selama seminggu sebab kami akan bertolak ke Kedah. Jaga diri baik-baik. "
"Faiz." Panggil En. Rahim.
"Ye, abi." Sahutnya.
"Abi & umi amanahkan tanggungjawab penjagaan ke atas kamu. Semua aktiviti, arahan, rujuk kepada Faiz ya & yang paling penting, jaga Ana." Ayat terakhir En. Rahim jelas kedengaran tegas & serius.
"InsyaAllah, abi."
-------
Hanna termenung di atas sofa ruang tamu. Dia agak bosan, sunyi & bingung untuk melakukan apa. Sejak umi & abi bertolak 15 minit yang lepas, Hanna tetap kaku di tempat yang sama.
"Ana? Takkan dah rindu umi kot.." Usik Aidil, seperti biasa. Dia duduk di atas sofa berhadapan Hanna.
"Taklah.. bosan sikit. Selalunya borak dengan umi. Seminggu ni tak ada teman borak lah jawabnya." Hanna menongkat dagu.
"Ramai je boleh ajak borak ni, 50 orang semua peramah. Jangan risau. Kalau tak cukup, tu ha kat bangsal, ada reban ayam. Boleh juga ajak borak." Aidil cuba melawak.
"Ish.. ke situ pula. Tak ada apa-apa aktiviti ke harini?"
"Aik Ana ni, kalau hari-hari ada aktiviti,masaklah... ada hari kami semua relakskan diri. Bebas.." Aidil bersandar, tenang.
"Oh.. ok."
"Dating bukan nak ajak." Tiba-tiba, Haris datang, mengambil tempat di sebelah Aidil.
"Potong line lah!" Aidil mengetap bibir, menjeling Haris sambil memijak kuat kaki Haris.
"Aduh! Sakitlah!" Haris menyembunyikan rasa sakitnya.
"Ana.. laparlah. Jom teman Aidil makan kat dapur?"
"Ajaklah Haris. Ana malas nak bangun."
"Tak nak.. nak Ana yang teman. Muka cekodok Haris ni dah selalu pandang. Muak jadinya, nak muntah pelangi." Kutuk Aidil, sengaja menyakitkan hati Haris.
"Wah kau! Macam ni lah member lupa member. Fine!" Haris menghentak kaki beredar.
"Alah, biasa je tu. Nanti baiklah. Jom, teman." Aidil bangun dari sofa.
"Ish, tak baik tau menyakitkan hati orang. Kan abi dah pesan, nak Ana denda ketuk ketampi ke?"
"Eleh.. abi tak ada sekarang. Tak payah nak gantikan abi pula. Haris main-main je lah. Jangan risau, dia tak kecil hati pun."
"Mana Aidil tahu?" Tanya Hanna, pantas.
"Yelah, tak nak teman cakap tak nak. Berdebat dengan kita pula. Ye, Aidil makan sorang." Dia menghadiahkan senyuman kelat lantas menuju ke dapur.
"Baru pukul 10 dah lapar. Sarapan tadi aku nampak dah belasah 2 pinggan nasi goreng." Monolognya perlahan.
----
"Makan cuba perlahan-lahan, kau ni pun. Kebulur sangat ke? Kau tak sarapan eh?" Tanya Faiz, rimas melihat Aidil yang mengunyah seperti sudah 10 tahun tidak makan.
"Tak, aku geram." Dia menjawab pertanyaan Faiz tadi dengan mulut yang penuh dengan nasi goreng.
"Ish, Aidil! Tak eloklah. Tak senonoh betul. Muka je hensem, perangai na'uzubillah!"
"Susah betul nak rapat dengan Hanna tu." Kata Aidil, setelah kunyahan dihabiskan.
"Kenapa kau try hard sangat ni? Tak faham aku."
"Entah, aku suka tengok dia. Macam mana nak explain eh? Tak tahulah. Aku cuma.. suka."
"Baik tengok Al-Quran. Dapat juga pahala daripada tengok dia."
"Ye, aku tahu. Setiap kali aku pandang dia pun aku akan ingat benda tu.. mungkin iman aku lemah sangat kot."
"Cuba lawan nafsu sendiri, Aidil. Aku faham, aku pun lelaki. Memang fitrah kita macam ni. 1 nafsu 9 akal. Nafsu yang 1 tu lah yang kita selalu kalah. Banyakkan taubat, aku tahu kau boleh."
"Kalau aku kahwin dengan dia?" Sejurus ayat itu terpacul dari bibir comot Aidil, Faiz tersedak & terbatuk-batuk kecil. Segera dia menyambar air masak milik Aidil & meneguk laju.
"Jauhnya kau fikir!"
"Mana ada jauh.. aku dah 19 pun. Sesuai apa untuk cari jodoh sekarang?"
"Masalahnya,Hanna tu 15, Aidil! SPM pun belum lagi! Dia masih budak."
"Gila? Bila masa aku kata nak kahwin sekarang?"
"Habis, bila?"
"Bila dia habis belajar nanti.."
"Sanggup?"
"Demi cinta sejati.." Aidil mula berangan. Tangan Faiz pantas menepuk bahu Aidil.
"AllahuAkbar!!!! Ya Allah, lindungilah rakanku ini daripada hasutan jin, iblis & syaitan yang direjam!" Pekik Faiz, menggemakan ruang dapur.
"Oi otak kau! Bisinglah! Nanti semua orang datang dapur." Aidil mematikan lamunan.
"Saje je. Suka hati kaulah Aidil. Asalkan kau jaga hati & mata kau daripada zina. I wish all the best in your life!" Faiz bangun dari kerusi & menuju ke katilnya, mungkin ingin berqailullah sementara menunggu waktu Zohor.
"Alah, tak nak tunggu aku habis makan ke?"
"Malaslah! Panas bontot aku duduk lama-lama! Tak apa, malaikat kiri kanan ada." Kata Faiz, sebelum menghilangkan diri di balik dinding.
"Menyendirilah nasib kau, Aidil.." Katanya seorang diri.
* - Hari Khamis, malam Jumaat, sehari sebelum kepulangan semula Pn. Salmah & En. Rahim //
Selepas selesai membaca Surah Al-Kahfi berjemaah di ruang tamu, Faiz membenarkan semua pelajar bebas melakukan aktiviti masing-masing.
"Abang Faiz, kenapa kita kena baca Surah Al-Kahfi setiap malam Jumaat?" Tanya Huzair, pelajar Tingkatan 1 yang menerpa ke arahnya ketika dia sibuk menatap terjemahan surah Al-Waqiah.
"Surah Al-Kahfi ni digalakkan menjadi amalan kita supaya dipelihara daripada fitnah dajjal waktu datangnya hari kiamat. Sebenarnya, tak adalah specific pun waktu bila nak baca. Kalau Huzair nak baca hari-hari pun boleh. Lagi banyak Huzair baca, InsyaAllah Allah lindung Huzair. Berlipat ganda pahala kalau Huzair hafal." Jawab Faiz, menguntum senyuman kepada wajah naif budak di hadapannya.
"Ohhh.. kalau macam tu, sekarang juga Huzair hafal!" Dia terus melangkah ke sudut terpencil & duduk berduaan dengan Al-Quran.
"Alhamdulillah.. seronok tengok insan yang masih suci & terpelihara ni. Mudah je terima benda baik. Tak liat untuk amalkan bila dah tahu. Jauh beza dengan aku ni.." Faiz muhasabah diri lalu menyambung semula pekerjaan yang tergendala tadi.
"Ana mana?" Tanya Aidil kepada Shafiq yang baru sahaja terserempak dengannya.
"Entah, tadi nampak dia minum air kat dapur." Jawabnya acuh tak acuh. Aidil mengangguk tanda terima kasih dan menuju ke dapur. Tiada, yang ada cuma Taufiq, mengunyah sisa ayam goreng waktu makan malam tadi.
"Nampak Ana?" Tanya Aidil.
"Tak."
"Tadi Shafiq kata dia kat dapur?"
"Ish, tak tahulah. Tak nampak, yang kau macam mak hilang anak ni kenapa?" Taufiq malas ingin melayan kerenah Aidil.
"Tak ada apa pun. Saja tanya." Aidil mengambil tempat di sebelah Taufiq.
"Kalau dah tak ada kerja tu, pergilah tidur. Dah nak pukul 11 pun ni.."
"Awallah kau."
"Aku nak tidur. Cau.." Taufiq bangun, meletak pinggan kotor di atas sinki & terus ke katilnya.
"Kejamnya kau ni! Aku baru duduk, kau nak lari dah?"
"Ngantuklah bro." Ringkas jawapannya.
"Memang betullah nasib aku ni.. tak ada siapa nak teman. Ana tak nak, Faiz pun sama.. Taufiq lagi hampeh!" Bebelnya sendiri.
"Kalau dah masuk bilik.. tak dapatlah borak. Nasib kaulah Labu.. tidurlah jawabnya." Aidil bernada pasrah, menuju ke katilnya.
-----
"Sabarlah Ana.. sikit je lagi. Esok umi & abi balik." Pujuk Hanna kepada diri sendiri. Selama seminggu dia di rumah tersebut, dia banyak termenung mengenangkan nasib malang keluarganya, namun tiada siapa pun yang menjadi tempat luahan hatinya selain merintih kepada Allah kerana Pn. Salmah pun tiada. Hanna membuka tudung hitam dua lapisnya & disangkut di tepi katil. Dia juga menukar baju tidur milik Aisyah.
"Mesti Aisyah seorang yang cantik." Entah mengapa, perkara itu terdetik di minda.
"Tengok umi pun lawa je, mesti Aisyah ikut muka umi." Fikirnya lagi. Hanna duduk, membaca doa sebelum tidur & ayat Kursi. Kemudian, dia baring secara mengiring ke kanan, seperti sunnah Rasulullah yang pernah Pn. Salmah pesan padanya.
"Aku bersyukur diutus ke dalam keluarga umi & abi. Dari sini, aku lebih mendekati-Mu, aku banyak belajar ilmu agama baru & yang paling penting, kecintaanku pada Engkau & Rasulullah bertambah mendalam. Ya Allah, indahnya perancangan-Mu. Aku tahu, ini adalah hadiah kepadaku selepas apa yang terjadi kepada keluargaku. Kini aku mengerti hikmahnya, Ya Allah. Dan kini, aku dapat terima qada' & qadar-Mu." Hanna meraup wajahnya usai berdoa. Dia menutup lampu bilik, setelah melirik ke arah jam yang menunjukkan tepat pukul 12 tengah malam. Dia menarik selimut, kerana kesejukan malam menyengat tulang sum-sumnya. Tidak lama, dia dibuai mimpi.
-----------
3.00 a.m.
Langkahnya diatur perlahan supaya tiada siapa yang terjaga. Pekerjaannya akan jadi payah jika ada yang nampak perbuatannya. Dia menyelinap keluar meninggalkan katilnya. Bersamanya, seutas dawai besi yang telah dibentuk seperti kunci. Kelihatan dawai kunci tersebut seperti pernah digunakan sebelum ini. Dia memegang erat di tangan kanannya. Hasutan jahat semakin kukuh di dalam jasadnya. Dia menuju ke arah bilik Hanna. Dawai kunci tadi dimasukkan ke dalam tombol pintu yang dikunci dari dalam. Dia mencuba memutar tombol itu dan.. terbuka. Bibirnya tersenyum jahat. Dia membuka pintu lebih luas & mengunci semula pintu tersebut setelah dia masuk. Seperti yang dia sangka, Hanna sedang lena tidur di atas katil. Dia mendekati Hanna berhati-hati & duduk bersila di sebelah kepala Hanna. Tangannya gatal mengusap lembut rambut ikal Hanna. Tiba-tiba, pergerakan drastik daripada Hanna sedikit mengejutkan dia.
"Taufiq!" Jerit Hanna. Dia menarik selimut. Tangan Taufiq pantas menekup mulut Hanna.
"Shhh!!! Nanti orang dengar.." Taufiq merendahkan nada umpama berbisik.
"Apa ni Taufiq!" Hanna meronta-ronta melepaskan tangan Taufiq daripada wajahnya namun lelaki itu lebih kuat kudratnya.
"Kau takut ke? Aku tak buat apa-apalah.. jangan risau.." Katanya lagi.
"Kau nak apa hah?!" Nadanya sudah tak mampu dikawal.
"Diam!" Satu tamparan dilepaskan. Pipinya kebas, terasa seperti cecair hangat mengalir dari bibir. Pecah. Tidak lama selepas itu, air matanya jatuh.
"Lepaskan akulah!" Dia cuba meronta lagi, tidak serik dengan tamparan tadi.
"Degil eh kau ni?" Taufiq mencengkam kuat kedua tangan Hanna yang asyik meronta.
Tok tok tok!
Ketukan pintu mematikan kebisingan. Taufiq & Hanna memandang pintu serentak.
"Hanna? Hanna?!" Suara itu tidak henti memanggil Hanna sambil mengetuk pintu bertalu-talu.
"Hanna kenapa tu?!"
"Tolong!" Hanna menjerit dari dalam, serentak itu ditekup semula Taufiq.
"Buka pintu ni Hanna!" Tombol pintu diputar kasar. Keadaan malam itu huru-hara. Taufiq menolak Hanna ke lantai. Baru sahaja dia ingin membuka butang baju, terjahan daripada pintu yang terkopak mematikan langkah.
"Taufiq!" Faiz meluru ke arahnya & menumbuk tepat ke arah muka tanpa ragu-ragu. Dia terpelanting ke belakang. Hanna bangun & segera mencapai tudung.
"Apa kau buat ni Taufiq?! Setan mana dah masuk badan kau?!" Tendangan bertubi-tubi dilepaskan, tanpa diserang balas. Hanna hanya mampu melihat. Faiz mencengkam leher baju Taufiq,
"Mana iman kau, Taufiq?!" Taufiq menepis kuat tangan Faiz, menjeling tajam.
"Dah puas terajang aku? Eh, kau jangan berlagak sucilah Faiz! Kau bukan malaikat! Tipulah kalau kau tak ada nafsu!"
"Memang aku manusia, tapi akal aku masih berfungsi lagi untuk bezakan mana baik, mana buruk! Kau dah gila ke Taufiq?! Esok umi & abi balik, kalau diorang tahu, aku nak jawab apa?!"
"Mampuslah."
"Korang semua di bawah tanggungjawab aku, lagi-lagi Ana! Masak kau kalau abi tahu kau buat benda ni!"
"Tak payahlah kecoh! Aku bukan sempat buat apa pun kat dia!"
"Ya Allah.. Taufiq! Kau curi-curi masuk bilik dia malam-malam buta ni pun dah boleh buat umi sakit jantung tau! Kau nak diorang mati ke, hah?!"
"Semaklah kau!" Taufiq beredar dari bilik itu. Hanna terduduk, tunduk memandang lantai. Esakannya tak mampu ditahan.
"Ana.. Faiz minta maaf."
"Faiz tak salah apa pun." Faiz yang tadinya berdiri, kini duduk di birai katil.
"Faiz gagal jalankan amanah daripada abi."
"Faiz selamatkan Ana ni pun dah cukup baik. Macam mana Faiz boleh tahu yang.."
"...Faiz terbangun. Katil Faiz sebelah dia. Dia pula tak ada kat katil masa tu. Ingatkan dia pergi tandas ke kat dapur. Faiz tidur balik. Dalam 10 minit, Faiz bangun. Dia masih tak ada kat katil. Itu yang pelik, Faiz carilah. Masa lalu kat bilik Ana, macam bising-bising. Faiz pun ketuk." Hanna mengangguk.
"Terima kasih." Esakannya masih kedengaran.
"Ana dah tak suci."
"Ana, mana boleh cakap macam tu."
"Tapi.. Faiz dengan Taufiq dah nampak aurat Ana. Taufiq sentuh Ana!" Dia meninggikan nada, seperti marah.
"Kenapa Allah uji Ana macam ni.. Ana tak pernah buat apa Allah larang. Ana tak faham. Allah benci Ana ke?"
"Ya Allah, istighfar Ana. Sebab Allah sayanglah, Allah turunkan ujian macam-macam. Tandanya Allah masih ingat kat kita. Allah tahu Ana mampu hadapi. Allah takkan turunkan ujian yang hamba-Nya tak kuat jalani. Ada hikmah, Ana."
"Macam mana Ana nak jawab kalau umi nampak lebam dekat bibir Ana ni? Pintu terkopak tu, nak bagi alasan apa?"
"Tak apa. Pandai-pandailah Faiz cakap. Sekarang ni, Hanna tidur dulu. Esok, tengok je lah apa akan berlaku. Taufiq tu.. Faiz handle." Faiz keluar dari bilik. Hanna menutup perlahan pintu yang telah terkopak engselnya. Disebabkan trauma, Hanna tidur dalam keadaan memakai tudung.
"Astaghfirullahaladzim.." Banyak kali bibirnya tidak henti beristighfar. Hanna bangun semula dari baringnya & masuk ke bilik air. Dia membuka shower sekuatnya, membiarkan tudung & bajunya dibasahi air. Bersama-sama itu, tangisannya turut menemani malam malang baginya.
"Kau percaya aku kuat.. tapi aku sendiri terasa sangat terbeban, Ya Allah.." Rintihnya dalam hati.
"Kalau bukan kerana imanku kepada-Mu, mungkin malam ni juga aku tamatkan riwayat hidup aku."
"Ibu.. ayah.. Ana rindu. Kakak.. Ana tak mampu hadapi seorang diri."
"Aku ada Allah.. aku ada Allah." Bisiknya sendiri, berpesan bahawa dia masih ada Ilahi untuk mengadu segala hal. Hanna duduk, membiarkan kebasahan pada tubuhnya.
"Aku rasa hina di hadapan-Mu Ya Allah. Aku malu.. aku kotor!" Jeritan batinnya itu meronta, kalau boleh mahu sahaja dia putar masa daripada malam terakhir dia bersama keluarganya.
"Kalau aku tahu itu malam terakhir bersama ibu, ayah & kakak, aku takkan melawan cakap ibu! Aku takkan bergaduh dengan kakak! Aku takkan derhaka dengan ayah! Kalau aku tahu ini nasib malang aku, aku tak nak hidup pun atas dunia ni!" Bisikan jahat sedikit sebanyak mempengaruhi mindanya yang kacau & serabut.
"Astaghfirullahaladzim." Dia istighfar semula.
---------
"AllahuAkbar." Hanna menunaikan solat sunat Taubat setelah menyalin tudung & baju yang basah tadi. Dia perlu sedar, dia masih ada lantai untuk bersujud.
"Aku tak keseorangan.."
"Aku ada Engkau." Ketika sujudnya yang terakhir, air matanya bagai tidak henti menitis.
"YaAllah.. aku mohon ampun kepada-Mu, mungkin aku terlalu alpa selama berpijak di dunia milik-Mu ini hingga kau utuskan bala kepadaku agar aku kembali kepada-Mu. Ya Allah.. di hadapan-Mu ini, ku tadahkan tangan yang hina & kotor ini, merintih memohon kekuatan atas setiap ujian yang Engkau turunkan. Ya Allah.. sungguh aku selama ini buta & jahil dalam mencari hidayah-Mu namun Kau mentakdirkan aku di tempat ini adalah sebaik-baik perancangan kerana di sinilah hatiku lebih terpaut pada-Mu. Jadikanlah cinta terhadap-Mu ini kekal kukuh di dalam relung jiwaku agar tidak lagi aku rebah & jatuh dalam mengharungi cabaran mendatang." Dia sudahi doanya dengan Aamiin.
"Semoga diperkenankan." Hanna duduk bersila seketika di atas sejadah. Dia mengerling jam dinding. 4:50 a.m.
"Tidurlah sekejap." Hanna tidur dengan pakaian telekungnya, sementara menunggu azan Subuh berkumandang.
--------
10:00 a.m.
Sementara menunggu kepulangan umi & abi tercinta, para pelajar tahfiz menjalankan aktiviti tazkirah pagi bersama ketua mereka, Faiz. Mereka duduk di dalam bulatan.
"Tadi, saya dapat call daripada abi mengatakan mereka akan pulang lepas Zohor. Jadi, berbaki beberapa jam lagi ni kita isi masa kita dengan benda berfaedah. Saya nak tanya, sesiapa ada idea nak bagi tajuk apa untuk tazkirah kita pagi ni?" Faiz memandang semua pelajar yang nampak ceria dihiasi senyuman, kecuali Taufiq. Sedari Subuh berjemaah tadi, Faiz & Taufiq sangat dingin, tidak bertegur. Hanna pula memilih untuk tidak mengikuti aktiviti pagi itu. Dia selesa terperap di dalam bilik sehinggalah umi & abi pulang. Kejadian malam tadi masih terngiang dalam benak ingatan.
"Hijrah?" Zikri mengangkat tangan.
"Tajuk yang bagus tu.. semua setuju? Atau ada cadangan lain?"
"Setuju!" Mereka sebulat suara.
"Baiklah kita mula dengan ummul kitab, Al-Fatihah." Setelah selesai, Faiz memulakan bicaranya.
"Hijrah.. apa yang kita tahu tentang hijrah? Saya pasti, kita semua pernah ada zaman jahiliyyah, termasuk saya. Zaman di mana kita buta agama, tak pandai beza halal & haram, dan kini kita di sini, inilah salah satu proses hijrah kita menuju Ilahi. Untuk mereka yang diuji dengan dahsyat, pasti faham betapa pahitnya hijrah. Ok, hijrah ni pada saya bermaksud, proses kita dalam memperbaiki diri daripada buruk ke baik atau singkatannya, perpindahan. Bukan senang-senang je individu tu nak dapat petunjuk untuk berhijrah. Kadang-kadang Allah beri hidayah dalam bentuk dugaan. Contoh, kita seorang yang kaya tapi sombong & kedekut. Jadi, bila mana Allah nak kita berhijrah, Allah turunkan bala iaitu sama ada bankrup ke muflis ke.. banyak cara Allah nak beri hidayah & bukan semua orang dapat. Jadi kalau di kalangan kita ni mungkin pernah hadapi, ucaplah syukur sebab Allah masih sayang kita & nak kita ni kembali kepada-Nya. Sebelum saya pergi lebih jauh, ada soalan?"
"Adakah hijrah tu.. dapat hapuskan dosa-dosa besar?" Tanya Adam, Tingkatan 5.
"Soalan yang baik. Selalunya orang yang betul-betul ikhlas dalam berhijrah ni, mesti akan menyesal sangat dengan dosa lalu. Maka tindakannya, solat sunat Taubat. Taubat Nasuha, taubat yang sungguh-sungguh. Berazam dengan diri sendiri takkan ulang dosa tu lagi. Kita kena pegang satu perkara, besar mana pun dosa kita, pintu keampunan Allah tu lebih besar. Tiada dosa yang Allah tak ampunkan kecuali dosa mensyirikkan Allah. Nau'zubillahiminzalik. Maka untuk menjawab soalan Adam tadi, insyaAllah, dosa-dosa kita masa kita jahil dulu akan diampunkan. Baiklah, bila kita dah masuk ke fasa hijrah ni, kita tak boleh rasa dah cukup, dah baik, jangan rasa kita berada dalam zon selesa. Sebenarnya, bila dah masuk fasa ni, kita kena lebih kuat sebab? Allah akan uji kita dengan dahsyat lagi, nak tengok sejauh mana ikhlas kita ni berhijrah lillahi ta'ala. Seperti firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 16, "Apakah kamu mengira bahawa kamu akan dibiarkan begitu saja, sedang Allah belum mengetahui siapakah orang yang berjihad di antara kamu..." Maksudnya kat sini, Allah akan uji tahap keimanan kita walaupun selepas kita berhijrah. Allah nak tengok, kita berhijrah sebab Dia ke atau ada sebab lain. Berjihad di sini bukan sahaja maksudnya berperang tapi juga berjihad melawan nafsu sendiri. Bila iman kita lemah, sebab tu ada yang berhijrah separuh jalan lalu terkandas semula ke dalam kemaksiatan. Kalau boleh kita nak elak benda tu. Memang manusia tak lari dari berbuat dosa, tapi penting untuk kita tahu, kalau kita jadikan alasan tu untuk terus melakukan dosa, kita silap. Allah Maha Pengampun, tapi jangan jadikan alasan tu untuk kita buat dosa. Contoh, kita berzina, bila orang tanya kenapa, takkan kita nak jawab, "Allah kan Maha Pengampun, rilekslah. Esok aku taubat." Jangan macam tu, sahabat. Minta pada Allah supaya kuatkan iman kita, jangan mudah tumbang dengan syaitan. Musuh terbesar kita adalah syaitan & orang tengah mereka adalah nafsu. Sebab itu bila bulan puasa pun, tatkala syaitan diikat, masih berlaku lagi maksiat. Pelik? Tak perlu pelik pun sebab maksiat itu hasil daripada bisikan nafsu sendiri. Nafsu kita ni pun jahat. Kita, sebagai umat islam kena bijak kawal nafsu. Ya, Taufiq?" Faiz memandang tepat Taufiq yang seperti tidak fokus dengan ucapannya. Dia menunduk dari tadi. Taufiq menjeling Faiz.
"Nak perli aku lah tu." Katanya dalam hati.
"Berbalik kepada hijrah. Ianya indah sangat bila kita berjaya hadapi. Nasihat saya pada semua, sekali kita dah jejak ke fasa hijrah & kalau tiba-tiba ada rasa ingin berpatah balik ke zaman jahiliyyah kita, fikir masak-masak, macam mana susahnya kita nak sampai ke masa ini? Adakah sesenang itu kita nak pulang ke alam kegelapan? Seringkali kita lalui, syaitan akan hasut kita dengan bermacam perkara. Dia tak nak tengok kita hijrah. Sebelum saya sudahi tazkirah ringkas ni, ada soalan lagi?"
"Apa pendapat abang tentang orang yang kata, 'saya nak berubah tapi belum sampai masa' atau 'belum dapat hidayah'?" Danial pula bersuara.
"Oh, terima kasih Danial. Hm, saya pun pelik sebenarnya dengan golongan seperti ini. Pada saya, petunjuk Allah dah lama wujud. Al-Quran itu juga salah satu petunjuk. Bukan tak sampai masa lagi, tapi memang dia yang tak ada usaha untuk berubah. Ingatlah, bila Allah dah jentik hati kita untuk berhijrah, langkah kita ni akan cuba apa sahaja usaha untuk berubah. Takkan cari alasan. Orang yang nak berubah akan cari tempat yang betul. Kalau contoh saya kata nak berubah, tapi saya masih berfoya-foya, berjudi, awak semua masih nak kata saya ni berniat untuk berubah? Tak. Perkataan berubah tu diucap sekadar di bibir. Tak rasa di hati. Mungkin cakap kosong saja. Tapi kita jangan cepat menghukum golongan macam tu, tugas kita mendoakan mereka supaya hajat mereka untuk berubah tu tercapai InsyaAllah. Jelas, Danial?"
"Alhamdulillah, terima kasih abang Faiz." Jawab Danial, mengangguk.
"Baiklah.. lepas ni bebas sementara tunggu Zohor. Kita sudahi tazkirah dengan surah Al-Asr." Mereka semua bangun & bersalam antara satu sama lain. Kelihatan ada yang terbongkang di atas sofa, ada pula yang keluar beriadah & ada yang menuju ke katil.
"Daripada malam tadi aku tak nampak Ana. Dia tak join tazkirah pun?" Tanya Aidil kepada Faiz.
"Biarlah dia." Faiz menjawab ringkas. Pantas mindanya mengenang kembali peristiwa malam tadi. Tiba-tiba hatinya sakit.
"Dia dalam bilik eh?"
"Ye kot." Faiz tetap memandang buku di tangannya. Aidil memuncungkan bibir,
"Bosan. Lambat betul umi & abi nak balik. Manalah tahu diorang bawa coconut shake ke? Em, sedapnya tengah hari buta minum sejuk-sejuk!" Bebel Aidil.
"Ish! Kau ni, makanan aje fikirnya. Pergilah baca buku ke apa."
"Aku bukan rajin menelaah macam kau." Aidil beredar dari situ memandangkan Faiz tidak melayannya.
"Eh Ana." Sapa Aidil, terserempak dengan Hanna yang baru keluar dari biliknya. Hanna memandang Aidil & senyum seperti biasa.
"Kenapa semalam Ana tidur awal sangat? Baru nak ajak borak. Tazkirah tadi pun tak join?" Tanya Aidil, sangat mengambil berat.
"Ana ngantuk semalam, tu yang masuk bilik awal. Tadi.. Ana pening kepala sikit." Hanna menipu, tidak mahu menceritakan hal sebenar. Dia cuma mahu mengelakkan diri daripada ternampak Taufiq.
"Eh, kenapa lebam kat bibir tu? Ana jatuh ke?" Hanna pantas menutup luka tersebut.
"Aaa.. ha'ah. Ana nak minum air sekejap." Hanna segera mengelak daripada bercakap dengan lebih lama.
"Lain macam pula si Hanna ni." Desis hati Aidil.
"Oi. Tak habis lagi mengorat budak tu?" Haris menepuk perlahan bahu Aidil yang masih tercegat di hadapan pintu bilik Hanna.
"Suka hati akulah."
"Ingat sikit, dah ramai orang nampak."
"Biarkan. Baru semua orang tahu Hanna aku punya."
"Macam ni lah orang kalau angau.. yang aku mampu pesan, jaga iman." Haris berlalu ke dapur.
"Beza 4 tahun je, ok kan?" Aidil mula mengira sesuatu, berangan yang dia akan membina sebuah mahligai cinta bersama sang kekasih dunia akhiratnya.
2:00 p.m.
"Assalamualaikum.. umi & abi dah balik." Satu suara yang dirindui menjamah telinga mereka yang sibuk mengunyah hidangan tengah hari.
"Umi!!! Abi!!" Jerit mereka, tidak berganjak dari meja makan tetapi masih memaparkan wajah ceria.
"Lambatnya anak-anak umi lunch hari ni?"
"Bukan hari ni, sejak seminggu lepas,lepas Zohor baru makan, umi. Biasalah kalau umi & abi tak ada, pengurusan masa pun jadi kelam-kabut." Jawab Faiz, mewakili pelajar.
"Kesian anak-anak umi ya. Tak apa, makan dulu. Umi & abi nak rehat sekejap." Para pelajar mengangguk & menyambung kunyahan. Pn. Salmah seperti melilau mencari seseorang.
"Cari Ana ke umi?" Tanya Danial yang perasan dengan tindakan Pn. Salmah.
"Ha'ah. Mana dia? Tak makan sekali? Dia dah makan ke belum?"
"Abang Faiz dah ketuk pintu dia tadi. Dia kata tak nak makan. Tak tahulah dah kenyang ke tunggu kitorang habis dulu." Terang Danial.
"Oh, yelah. Umi tengok dia sekejap." Pn. Salmah menuju ke bilik Hanna yang tertutup.
"Ana?" Pn. Salmah menolak perlahan daun pintu.
"Kenapa pintu ni terkopak engselnya?" Tanya Pn. Salmah, pelik. Hanna sedang duduk di atas katil sambil memegang surah Yaasin.
"Ana baca Yaasin ke?" Pn. Salmah mendekati Hanna dan duduk di sebelahnya. Hanna mengangguk tersenyum, lalu memeluknya.
"Ana rindu umi. Seminggu macam lama sangat."
"Umi pun rindu Ana juga." Pn. Salmah memegang lembut wajah bersih Hanna.
"Ana? Kenapa muka Ana ada lebam-lebam ni? Ana jatuh ke?" Hanna tidak terus menjawab. Dia menunduk,
"Ha'ah. Ana nak ambil barang atas almari. Tak sampai, panjat kerusi. Terjatuh pula. Ini yang lebam sikit. Tak ada apalah umi. Ana dah sapu ubat."
"Bila jatuh ni?"
"Semalam."
"Oh, baru lagi. Patutlah macam teruk. Ana, lain kali hati-hati." Pesan Pn. Salmah, namun jauh di sudut hati, dia merasakan sesuatu yang tidak kena.
"Umi nak rehat dulu ya."
"Maafkan Ana umi." Desis hatinya.
------
"Kan saya dah bagitahu, tak ada apa pun berlaku. Awak tu je yang suka fikir bukan-bukan."
"Yelah abang. Tapi.." ayat Pn. Salmah tergantung.
"Apa? Saya tengok budak-budak tu elok je. Tak ada apa yang pelik."
"Tak bang. Saya rasa tak sedap hati je sekarang ni. Macam ada benda yang diorang sorokkan dari kita."
"Dahlah awak ni. Fikiran awak tu bersihkan. Saya penat, nak tidur." En. Rahim merebahkan diri di atas katil, tidak lama selepas itu bunyi dengkuran menghuni ruang bilik. En. Rahim sudah lena.
"Ya Allah.. buanglah prasangka buruk daripada fikiranku ini." Monolog Pn. Salmah.
* "Faiz. Umi nak tanya, sepanjang umi & abi tak ada, ada apa-apa berlaku tak kat rumah?"
"Maksud umi?"
"Apa-apa perkara buruk yang berlaku. Ada? Umi minta tolong sangat, jujur." Pn. Salmah sangat mengharapkan ketelusan daripada lelaki di hadapannya itu. Faiz mula bingung. Dia tidak tahu untuk menceritakan kebenaran atau berbohong demi tidak mahu mengeruhkan keadaan.
"Maa.. mana ada apa-apa." Dia menyebut lambat-lambat. Dadanya berdegup kencang. Dia menipu.
"Betul ni? Faiz tak tipu?" Tanya Pn. Salmah lagi, perlukan kepastian. Faiz menunduk, rasa serba salah menyelubungi diri.
"Faiz? Kenapa senyap? Jangan diam. Ni umi nak tanya, kenapa pintu bilik Ana terkopak? Macam ada orang rempuh je. Faiz ada tahu apa-apa pasal muka Ana berlebam teruk tu? Dia kata jatuh, tapi umi tak rasa sebab tu." Pn. Salmah mula bernada serius. Jarang dia berperwatakan begitu. Faiz masih membisu. Tidak lama kemudian..
"Faiz minta maaf."
"Kenapa Faiz?"
"Sebenarnya.."
---------
"Taufiq!" Satu tamparan kuat mengena pipinya. En. Rahim sudah sampai ke tahap kesabaran yang maksimum.
"Apa yang buat kau jadi macam ni?!" Jeritan En. Rahim itu mematikan suara semua pelajar. Hanna berdiri di sisi Pn. Salmah, menahan tangis yang seperti sudah sampai ke kemuncak. Taufiq tertunduk, tidak tahu mahu menyembunyikan wajahnya di mana.
"Sampai hati semua orang tipu umi & abi! Kenapa? Susah sangat nak jujur? Kalau sorokkan pun, sampai bila? Umi percaya kau Taufiq! Sanggup kau hancurkan kepercayaan umi! Selama ni umi fikir kau budak baik Taufiq! Umi anggap semua anak-anak umi baik! Ini yang kau buat belakang umi, Taufiq?!"
"Abi salah sebab percaya dengan kau. Sebab terlalu percayalah, Ana jadi mangsa. Mana iman kamu, Taufiq?!" Pekik En. Rahim lagi.
"Aku jijik nak mengaku kau kawan aku, Taufiq. Ya, memang aku cinta Ana tapi aku masih waras untuk buat benda terkutuk tu!" Kata Aidil, turut bersuara.
"Umi tak tahu nak buat apa dengan kau. Luluhnya hati umi ni, Allah je tahu. Sayang umi dibalas ini ke Taufiq?"
"Taufiq tahu Taufiq salah." Setelah lama, baru dia bersuara. Serentak itu, Hanna menitiskan air mata. Dia juga sudah tidak dapat menahan sebak di dada. Sungguh, hanya Allah saja tahu betapa sakitnya perasaan umi & abi ketika itu. Hanna seakan dapat merasa.
"Sebelum tu.. Taufiq nak bagi tahu."
"Bagi tahu apa lagi?" En. Rahim yang baru sahaja ingin meredakan kemarahannya, mula meninggikan suara semula.
"Taufiq.. penyebab Aisyah mati."
- 3 tahun lepas -
"Apa Aisyah nak jawab dengan umi nanti?!" Aisyah menutup seluruh tubuhnya dengan selimut & duduk berteleku di sudut katil, menjauhi Taufiq.
"Kau rileks je. Orang tua tu takkan tahu. Kau makan ubat ni. Confirm tak pregnant. Cau." Selepas mencampak sebotol pil, Taufiq melangkah keluar dari bilik Aisyah. Aisyah masih menangis tersedu-sedan. Malam itu, tiada siapa tersedar apa yang berlaku. Hanya mereka berdua. Selama berminggu-minggu dia menyembunyikan peristiwa itu. Yang pasti, hanya dia sahaja bimbang teramat, tidak seperti Taufiq. Dia kelihatan sangat tenang & menjalankan hidup seperti tiada apa berlaku.
"Aku kotor. Aku kotor!" Mentaliti yang menekan dirinya setiap hari, mindanya yang sentiasa mengimbau perkara sama menyebabkan dia mengambil keputusan nekad, mengakhiri hidup dengan menggantung diri tanpa ibu bapanya tahu mengapa. Si pelaku tetap senyap walaupun mangsanya telah menjerat leher sendiri. Memilih untuk mati dalam keadaan hina.
------
Pak!
Tamparan kali ini lebih pedih. Hanna menutup matanya.
"Kau syaitan!" Jerit En. Rahim. Baru sahaja kudrat tuanya ingin menumbuk Taufiq, segera ditahan Faiz.
"Sabar abi!" Faiz menghalang En. Rahim daripada terus mengganas.
"Aisyah anak aku, Taufiq! Anak aku!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience