Akhir (I)

Short Story Completed 342

"Mana pergi akal kau?!" Serentak itu, Pn. Salmah jatuh terduduk. Tubuhnya terasa tidak kuat untuk berdiri lagi. Kebenaran sudah terungkai di hadapan mata. Misteri yang selama ini kekal tergantung, kini terjawab dengan sejelas-jelasnya.
"Abang minta maaf, Salmah. Abang yang terlalu percaya dengan budak-budak ni. Betul kata awak, kalau saya bawa Aisyah sekali, dia masih ada sampai sekarang. Semua salah abang.." En. Rahim sudah penat menempelak lalu duduk di atas sofa. Hanna menenangkan Pn. Salmah yang jelas dalam kekecewaan, tak mampu tergambar dengan kata-kata. Hati ibu mana yang tidak rapuh jika mengetahui anak perempuannya mati dalam keadaan hina & kotor.
"Taufiq minta ampun, abi." Taufiq melutut di kaki En. Rahim.
"Kau tak pernah terfikir ke bahananya sebelum buat? Abi & umi sayang kau.. ini yang kau balas? Ini ke Taufiq?!"
"Taufiq tewas dengan syaitan. Walaupun Taufiq dah khatam 30 Juzu', dah hafal dengan maksud sekali, tapi Taufiq tak amalkan pun. Taufiq tewas.. abi. Ampunkan Taufiq."
"Jangan minta ampun dengan abi, Taufiq. Kau berdosa dengan Allah. Allah je mampu ampunkan dosa kau. Pergilah bertaubat."
"Umi.. Taufiq minta ampun. Kalau umi & abi nak pukul Taufiq, pukullah. Itu yang selayaknya." Taufiq melutut kaku. Sedia menerima hukuman.
"Tak ada guna umi pukul Taufiq. Taufiq dah besar, sepatutnya boleh beza mana baik, mana buruk."
"Ana, aku.. minta maaf." Taufiq memandang sekejap Hanna yang masih membisu sedari tadi. Hanna sekadar diam, tiada respon.
"Faiz minta maaf, gagal jalankan amanah abi."
"Tak apa Faiz. Abi tahu, kamu dah buat yang terbaik. Selamatkan Ana pun dah cukup buat abi bersyukur. Nak ikutkan, abi boleh je bawa Taufiq ke penjara tapi.. abi beri kau peluang terakhir, Taufiq. Taubat pada Allah. Taubat sungguh-sungguh, kau dah jauh daripada pangkal jalan. Selama ni kau leka sebenarnya, kau sembunyi dalam pakaian berserban putih suci ni. Jangan jadi munafik lagi, Taufiq. Cukuplah dosa kau setakat ni, jangan ulang lagi." En. Rahim berpesan dengan setulus perasaan, mengharap bahawa pesanannya itu sampai ke hati insan bersalah itu.
"Taufiq berdosa.." Akhirnya, air mata lelakinya jatuh ke tanah. Baru saat itu, dia merasa jijik dengan diri sendiri. Dia tidak sepatutnya melayan nafsu serakah yang berpandukan syaitan direjam itu.
---------
"Aku bertaubat pada-Mu Allah. Aku kembali pada-Mu, aku menyesal dengan perbuatanku Ya Allah. Sungguh, selama ini aku munafik, Ya Allah. Celakanya orang-orang munafik, Ya Allah. Tariklah aku dari golongan itu, aku tak mahu lagi tergolong dalam golongan yang Engkau murka, Ya Allah. Aku terlalu lemah dalam melawan hawa nafsu sendiri. Bagaimana mungkin aku menghadapi ujian-Mu yang lebih berat andai nafsu sendiri pun aku kecundang? Berilah aku kekuatan, ketabahan & kecekalan agar aku tak lagi gagal dengan syaitan, musuh umat Islam sejagat. Engkau beri aku Al-Quran tapi aku tak amal. Aku masih leka, aku mencalarkan imej seorang muslim, Ya Allah. Aku hancurkan harapan umi & abi. Ya Rahman, Ya Rahim, kerdilnya aku di hadapan-Mu. Adakah masih pintu taubat terbuka untuk seorang hamba yang kotor & hina ini, Ya Allah? Masihkah ada keampunan bagi hamba yang jijik ini? Sesungguhnya, hanya kepada Engkaulah aku memohon. Ampuniku Allah.. ampuni segala dosa-dosaku Ya Allah.. rintihan rindu ini telah lama aku tinggalkan sejak syaitan mengambil alih rohani ini. Aku alpa dengan dunia. Adakah aku pencinta dunia? Penakut kematian? Ya Allah, pimpinku ke jalan yang benar seperti firman-Mu dalam surah Al-Fatihah. Jauhi aku daripada kemaksiatan seperti yang Engkau larang dalam surah Al-Isra' & kini, hanya kepada Engkaulah aku bersujud & mengucap syukur atas nikmat hidup seperti kalam-Mu dalam surah Az-Zumar. Syukur Ya Allah, kerana Kau masih beri peluang aku bernafas agar aku bertaubat. Ya Allah, izinkan aku hidup semula dengan redha-Mu, tanpa murka-Mu & dihujani limpah rahmat dari-Mu." Sujud terakhirnya, ditemani kebasahan air mata. Pengharapan terakhirnya ialah, memulakan semula hidup baru, membuang segala mazmumah lama. Sayangnya hanya kepada Sang Pencipta langit & bumi, juga Muhammad Al-Mustofa.
* Masa hadapan yang Allah rancangkan meninggalkan bibit indah dalam diri setiap insan.
"Syukur, aku belajar banyak benda. Hikmah yang tak terungkap, tak terbilang ini akan menjadi panduan untuk aku teruskan perjalanan hidup yang masih jauh & panjang." Detik hati Hanna.
"Sayang? Termenung apa tu? Sejuk makanan ni nanti." Aidil memetik jarinya, sedari tadi isterinya masih kaku memandang tingkap.
"Ya? Oh sorry. Saja, terkenang arwah abi & umi. Rindu diorang tiba-tiba.."
"Lepas makan ni kita ziarah kubur mereka, ya? Makan dulu."
"Apa khabar Faiz.. Taufiq.. Danial.."
"Amboi, ingat lagi nama sorang-sorang ya." Aidil mencedok nasi ke pinggan.
"Ingatlah. 5 tahun kot duduk dengan umi & abi. Tak sangka, jodoh Ana rupanya dengan orang yang selalu sakat Ana."
"Siapa eh?" Aidil sengaja berteka-teki.
"Nama dia... Muhammad Aidil Annas Bin Abu Bakar." Hanna pantas mencuit hidung sang lelaki yang berjaya mencuri hatinya.
"Hei!" Gelak ketawa menceriakan ruang dapur. Sesungguhnya, lafaz 'Aku Terima Nikah' adalah lebih baik daripada 'Aku Cinta Kamu'.
---------------------------------------------
TAMAT :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience