Satu

Short Story Completed 342

2:00 a.m.
Prak!
Hanna terbangun dari tidur lenanya. " Bunyi apa tu? " Detik hatinya. Dia memandang kakaknya yang tidur di atas katil.
" Syah! Bangunlah! " Dia cuba mengejut kuat kakaknya, namun tiada sebarang pergerakan. Hanna mengeluh, dia bangun dari katilnya & menuju ke dapur kerana dia merasakan bunyi tersebut datang dari situ. Tangannya pantas mencapai suis lampu dapur. Matanya tertancap pada pinggan mangkuk yang sudah pecah di atas lantai. Cepat tangannya menekup mulut.
" AHHHHHHH! " Hanna menoleh ke arah ruang tamu, di mana jeritan itu kedengaran.
" Ibu! " Hanna berlari ke arah ruang tamu kerana ibu & ayahnya memang tidur di situ. Lututnya menggeletar, bagai ingin tercabut dari tempatnya. Matanya terbeliak, nafasnya umpama tersekat di kerongkong.
" Ibu! Ayah!!!!!!!! " Hanna menuju ke arah jasad kedua orang tuanya yang tinggal nyawa-nyawa ikan. Darah berlumuran di perut & kepala. Apa dah berlaku sebenarnya?
" Ana.. lari cepat. Lari! " Dengan nyawa yang masih tersisa, ayahnya mengarahkan Hanna meninggalkan tempat itu.
" Kenapa ayah?! Apa dah jadi? "
" Tinggalkan tempat ni cepat! Mereka akan datang semula lepas ni! "
" Macam mana dengan ibu.. " Belum sempat Hanna menghabiskan ayatnya, pantas dipotong,
" Lari Ana!!! " Jerit ayahnya. Sebaik sahaja Hanna menoleh, satu susuk tubuh lelaki berbadan tegap berdiri di hadapannya. Hanna segera bangun, siap sedia untuk langkah seribu, dalam masa yang sama tidak rela meninggalkan ibu, ayah & kakaknya di rumah itu.
" Ahhhhhh! " Hanna melepaskan diri melalui pintu belakang kerana pintu ruang tamu telah dihalang lelaki tadi.
" Mana kau nak lari?! " Derapan tapak kaki di belakang Hanna kedengaran laju & kuat. Tangannya pantas membuka pintu dapur lalu berlari selaju yang mampu dengan kaki ayam. Dia tidak sempat menyarung selipar. Dia mengira, untuk menyelamatkan diri, masa yang diperuntukkan hanya untuk melarikan diri. Beberapa minit berlari, derapan tapak kaki yang mengejar masih kedengaran. Hatinya tidak henti memohon perlindungan daripada Ilahi. Umpama doanya terjawab ketika itu, dia terjumpa dua simpang di hadapan. Dia melajukan larian, dan masuk ke salah satu simpang. Dia bersembunyi di sebalik tong sampah besar di mana kehadirannya tidak kelihatan, sehingga lelaki tadi telah hilang jejak.
"Tak guna! " Suara lelaki itu menggemakan simpang tersebut. Hanna masih mendiamkan diri, nafasnya juga dihembus berhati-hati. Takut didengari, kerana suasana sunyi membenarkan apa jua bunyi memasuki ruang telinga lelaki itu. Sejurus selepas lelaki itu pergi, Hanna duduk berteleku di sebelah tong sampah. Fikirannya buntu yang teramat. Dia hanya ditemani kegelapan malam, kesejukan yang ditambah dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Dia berpeluk tubuh, cuba menghangatkan suhu badannya. Sudahlah dia hanya berpakaian baju tidur, tidak bertudung pula. Keadaan yang huru-hara tadi menyebabkan dia melarikan diri dengan apa yang ada. Capai tudung pun tidak sempat. Tanpa disedari, air matanya gugur. Esakannya ditahan-tahan.
" Ya Allah, mengapa Kau ambil kedua orang tuaku ketika mana aku tidak bersedia untuk kehilangan mereka? " Rintihannya hanya kedengaran di dalam hati.
" Aku tak kuat Ya Allah.. aku tak kuat.. " Bisiknya lagi.
" Ujian ini terlalu berat Ya Allah. " Tangisannya semakin kuat. Namun dia tidak endah, kerana dia tahu, hanya dia & Dia sahaja yang mendengar tangis itu. Sehingga dia tidak sedar, lena telah datang padanya. Dia tidur di tepi jalan itu, dalam tangisan.
* " Bang! Tengok tu bang! Ada budak perempuan kat tepi tong sampah tu!" Pn. Salmah kelihatan kalut melihat tubuh seorang perempuan yang tidak terurus di tepi tong sampah ketika dia ingin membuang sampah bersama suaminya.
" MasyaAllah.. cuba awak pergi tengok. " Arah En. Rahim. Pn. Salmah bergerak menuju ke arah perempuan itu. Tangan lembutnya mencapai bahu milik tubuh di hadapannya.
" Nak.. " Pn. Salmah menyapa lembut. Sedikit pergerakan badan kelihatan. Hanna bangun.
" Maaf mak cik, saya.. saya pergi dulu. " Hanna segera bangun dan ingin beredar namun tangannya dicapai Pn. Salmah.
" Jom ikut mak cik balik rumah? Mak cik jaga awak. " Kata Pn. Salmah, senyum.
" Tak apa mak cik. Saya.. "
" Tak apa nak. Mak cik tahu, awak tak ada tempat nak pergi sekarang kan? Jom masuk kereta, nanti awak cerita apa dah jadi. " Pn. Salmah menarik tangan Hanna ke dalam kereta Alza putihnya.
" Nama awak siapa? " Sesi ta'aruf antara Pn. Salmah, En. Rahim & Hanna bermula.
" Hanna. "
"Mak cik panggil awak.. Ana boleh?"
Hanna mengangguk kecil. Memang itu panggilannya bersama keluarga dahulu. Sedikit perasaan syahdu menerpa jiwa.
"Panggil je mak cik dengan pak cik ni, umi & abi." Kata Pn. Salmah.
Hannah mengangguk lagi.
"Ceritalah dengan umi, apa jadi dengan Ana?"
"Rumah saya kena rompak. Ibu & ayah saya ditikam. Saya tak tahu apa jadi pada kakak saya. Saya tak tahu mereka semua masih hidup atau.." Terhenti. Tiba-tiba, hatinya sebak.
"Ya Allah, jangan nangis, Ana.. ok lah. Nanti-nanti kita cerita. Kejap lagi sampai rumah ni, Ana mandi wangi-wangi lepas tu umi tunjuk bilik Ana. Dalam bilik tu ada semua kelengkapan. Pakai je apa Ana nak pakai. Dulu, tu bilik arwah anak umi. " Pn. Salmah menunduk seketika. Kedengaran sayu sahaja ayat terakhirnya.
"Arwah.. anak umi?" Setelah lama membisu, barulah Hanna selesa untuk membuka mulut.
"Aisyah meninggal 3 tahun lepas."
"Sebab?"
"Ha, kita dah sampai." Seolah tidak endah dengan pertanyaan Hanna, Pn. Salmah terus menukar topik perbualan. Mereka turun dari perut kereta.
"Besarnya.. rumah umi." Hanna ternganga melihat keluasan tapak bangunan di hadapan matanya.
"Lupa umi nak bagi tahu, umi ada 50 orang anak. Semua lelaki."
"50?! Banyaknya.." Hanna berkerut, jelas terpancar wajah naifnya. Pn. Salmah & En. Rahim tergelak kecil melihat kerenah Hanna.
"Nanti Ana tahu apa maksud umi tu ya." En. Rahim tersenyum geli hati dengan gurauan isterinya itu. Hanna masih tidak faham namun dia mengikut sahaja umi & abi masuk ke dalam rumah besar tersebut.
"Ana lalu jalan belakang dulu. Pergi mandi, tukar baju, pakai tudung elok-elok lepas tu makan tengah hari sama-sama dengan umi. Kat ruang tamu ada ramai lelaki." Arah Pn. Salmah sambil menunjukkan laluan pintu masuk di belakang rumah. Hanna sekadar menurut.
"Assalamualaikum anak-anak umi!" Kelihatan sejumlah 50 orang lelaki yang dalam lingkungan 13-18 tahun, sedang duduk bersila dalam bentuk bulatan, di hadapan setiap seorangnya ada senaskhah Al-Quran. Mereka semua lantas bangun & bersalam dengan En. Rahim.
"Baik anak-anak umi semua, hari ni kita ada tetamu, dan tetamu tu tak lama lagi akan jadi keluarga kita sebab dia akan duduk sini selama-lamanya." Kata Pn. Salmah dengan nada yang lembut. Sejurus selepas itu, kedengaran suara-suara seperti berbisik.
"Lelaki ke.. perempuan, umi?" Tanya Aidil.
"Rahsia. Dah, umi nak tanya ni, dah tadabbur belum surah-surah dekat Juz A'mma? Faiz, dah selesai?" Pn. Salmah mengalih topik.
"Alhamdulillah umi, tinggal 3 surah terakhir je. Malam ni sambung, boleh kan umi?" Kata Faiz, ketua pelajar.
"Boleh je.. nak buat baik ni, tengah malam buta pun boleh. Tak ada siapa nak larang." Kata Pn. Salmah lagi. Nada lembutnya tidak pernah hilang dalam setiap tutur bicaranya.
"Ok, abi nak semua pergi siap-siap. Kita nak makan tengah hari sekejap lagi. Siapa tak kemas katil lagi tu, pergi kemas. Kalau tak, baca surah Yaasin 100 kali!" Semua pelajar bergelimpangan lari menuju ke katil masing-masing di ruang belakang. Mereka sememangnya takut dengan denda yang dahsyat itu. Pernah mereka didenda berselawat sebanyak 1000 kali dari selepas Isya' sehingga pukul 3 pagi. Selepas itu, disambung pula dengan Qiammullail & diteruskan dengan solat Subuh berjemaah. Maka, pada hari itu, lebam pada mata mereka lebih teruk daripada mata seekor panda. Mereka sangat letih & lesu kerana tidak tidur langsung pada hari itu. Walau bagaimanapun, mereka gembira kerana dapat menyumbang pahala untuk diri sendiri selama seharian tidak henti. Sungguh, Allah menguji kecekalan seorang hamba-Nya dalam bermacam bentuk.
* Pn. Salmah mengetuk perlahan pintu bilik Hanna.
"Ana? Dah siap ke tu? Jom kita makan. Makanan dah siap atas meja. Nanti sejuk, tak sedap pula."
Selepas Pn. Salmah menghabiskan kata, Hanna membuka pintu.
"MasyaAllah, cantiknya anak umi." Pn. Salmah menyentuh wajah Hanna, yang saling tak tumpah seperti wajah arwah anaknya dahulu. Hanna mengenakan pakaian kurung dengan tudung hitam dua lapis labuh. Sejuk mata memandang. Wajah sucinya itu membuatkan Pn. Salmah teringatkan Aisyah.
"Jom, umi." Hanna mematikan lamunan Pn. Salmah yang kelihatan kaku memandang wajahnya.
"Ha, lupa pula. Ana cantik sangat terpaku umi jadinya. Hihi."
"Ish, umi ni. Ada pula macam tu.."
Pn. Salmah hanya tersenyum simpul.
"Umi! Cepatlah, lapar dah ni." Zikri, antara pelajar Tingkatan 3, merungut.
"Ish kau ni. Sabar sikit tak boleh?" Tegur Danial, Tingkatan 4.
"Umi minta maaf ya. Kenalah tunggu tetamu, the one & only princess ni." Pn. Salmah memandang Hanna, yang baru saja menyusul di belakangnya. Sejurus dia memunculkan diri, satu dapur terdiam. Mereka yang tadinya merungut, kini membisu.
"Umi.. ni ke tetamu kita?" Tanya Haziq.
"Ya sayang.. kenalkan, ini Hanna. Panggil dia Ana. Tak lama lagi, dia akan jadi sebahagian daripada kita. Ana, cakaplah apa-apa." Pn. Salmah memberi peluang kepada Hanna untuk bersuara.
"Aa.. saya 15 tahun. Harap semua dapat beri tunjuk ajar selama saya ada kat sini. Terima kasih." Ringkas ucapannya, menunduk.
"Cakap pun dah merdu.." Kata seorang pelajar, perlahan.
"Istighfar!" Rakan di sebelah menepuk pehanya. Liciknya syaitan.
"Haa, yang junior anggap dia macam kakak ya. Senior, beri tunjuk ajar pada adik Ana kita ni." Kata En. Rahim.
"Sebaya macam mana abi?" Tanya Danial.
"Macam kawanlah.." Sampuk Aidil, 19 tahun.
"Haa dah dah dah. Kalau asyik sembang, bila nak makannya? Perut ni dah menjerit nak makan ayam masak sambal ni. Mampu tengok je dari tadi. Siapa nak ta'aruf lebih-lebih pm tepi eh." Bebel Taufiq, juga 19 tahun.
"Alahai, abang sado kita dah merajuk tu. Ok ok, kita makan dulu. Nanti borak lagi ye. Faiz, baca doa makan." Arah Pn. Salmah. Hilaian tawa mereka menghuni ruang dapur.
* Petang itu, mereka beriadah di padang berdekatan rumah.
"Umi & abi tubuhkan 1 pusat tahfiz, tapi kami cuma ambil 50 orang anak yatim piatu, campur-campur je umurnya. Yang paling tua 19."
"Oh, sebab itulah anak umi & abi ada 50?" Kata Hanna, kini sudah jelas dengan gurauan Pn. Salmah pagi tadi.
"Taklah." Pn. Salmah menggeleng.
"Aik? Tadi umi kata.." Ayatnya tergantung.
"Sekarang umi & abi dah ada 51 orang." Hanna terpinga-pinga seketika.
"Ana lah orang ke-51 tu." Sambung Pn. Salmah.
"Ohhhhh! Ish, umi ni. Pandai kenakan Ana." Hanna tergelak kecil.
"Ana pun anak umi & abi juga ya. Kalau ada masalah, bagi tahu."
"InsyaAllah umi. Ana bersyukur Allah takdirkan perjumpaan kita."
"Alhamdulillah. Umi&abi akan jaga Ana sebab ini amanah Allah." Pn. Salmah memeluk Hanna erat. Walaupun tidak sampai sehari mereka berkenalan, kasih sayang yang dicurahkan kepada Hanna amat besar. Naluri seorang ibu, tiada siapa mampu tandingi.
"Ana tak nak tengok diorang main ke kat padang?"
"Boleh ke umi?"
"Kenapa tak boleh pula? Pergilah, kawan dengan diorang. Kalau duduk sini bukan buat apa, melopong je. Abi pun ada kat sana." Selepas bersalam dengan Pn. Salmah, Hanna menapak ke padang.
"Eh Ana, umi bagi datang sini?" Tanya En. Rahim yang duduk di pondok berdekatan, meninjau pelajar bermain bola sepak. Hanna mengangguk.
"Ana!!" Satu pekikan dari hujung padang membuatkan Hanna berpaling.
"Jomlah main bola sekali!" Kata Azhad, Tingkatan 4.
"Ape kau ni, perempuan pula reti main. Kalau nak ajak dia, mainlah masak-masak ke." Mereka bergelak ketawa di tengah padang mendengar gurauan Haziq tadi. Hanna senyum, tidak ikhlas. Rasa seperti diperlekehkan.
"Dia pakai baju kurung la, mana boleh main pun!" Sambung Danial pula.
-------
"Ketuk ketampi 100 kali!" Jerit En. Rahim, umpama seorang ketua komandan yang memberi arahan kepada anak buahnya.
Semua pelajar menurut tanpa banyak songeh.
"Abi tak ajar anak-anak abi cakap benda yang menyakitkan hati orang!" Laungnya lagi. Semua menunduk sambil ketuk ketampi, serentak. Hanna yang berdiri di sebelah En. Rahim menahan tawa. Geli hati pula melihat mereka.
"Aduh, cramp kaki abi!!" Rengek salah seorang pelajar.
"Nak tambah lagi 100 ke?" Kata En. Rahim, tegas.
"Rasa macam kuat balik pula. Tak cramp pun kaki ni. Saja gurau. I'm okay abi." Mereka menyambung ketuk ketampi yang berbaki lagi 50.
--------
"Sorry Ana. Tak ada niat pun nak sakitkan hati Ana. Kitorang.. gurau-gurau je. Kan, kan?" Danial memandang rakannya yang lain.
"Ana ok je." Jawabnya ringkas.
"Ok, sebagai denda, Ana cakap je nak suruh kami buat apa? Tapi janganlah ketuk ketampi, kaki nak tercabut rasa ni." Kata Danial, merendahkan suara pada ayat terakhirnya. Hanna terdiam, berfikir.
"Ana nak join tadabbur korang malam ni. Kan?"
"Oh.. 3 surah terakhir. Boleh. Kacang!" Kata Danial.
* Sementara menunggu semua pelajar berkumpul selepas selesai solat Isya' berjemaah, masing-masing duduk berborak.
"Aku tengok si Hanna tu pakai baju&tudung Aisyah, Ya Allah.. sebiji macam Aisyah!" Kata Aidil, membuka cerita.
"Tapi lagi cantik rasanya." Tambah Haris.
"Kan.. sejuk je mata memandang. Haih, habis iman aku!" Aidil mendongak ke atas, membayangkan sesuatu.
"Korang ni dah tak ada kerja lain ke nak cakap pasal perempuan? Allah baru uji sikit, iman dah rapuh." Kata Shafiq, menyampuk.
"Alah kau tu, acah alimlah. Eh, kau kena ingat, kita semua manusia. Kita pun ada nafsu, kau jangan tipu, takkanlah iman kau tak tergugat sikit pun masa nampak Hanna?" Tanya Aidil, psiko.
"Sucikan otak kau tu balik dengan fikir benda berfaedah. Sekejap lagi nak tadabbur, pergilah semak apa yang patut." Shafiq membuka helaian Al-Quran di hadapan.
"Bajetlah mamat ni." Aidil menjeling, lantas membuka Al-Quran.
"Haa, semua dah ada? Bolehlah mula." Faiz, ketua pelajar memulakan majlis tadabbur dengan Al-Fatihah.
"Hanna? Mana Al-Quran awak?" Tanya Faiz, apabila menyedari Hanna tidak memegang sebarang kitab.
"Ana dah cari dalam bilik.. tapi tak ada. Kat mana eh Al-Quran lebih? Nak tanya umi&abi tadi tapi mereka masih solat."
"Oh, cuba tengok dekat atas rak bilik stor. Tapi berhabuk sikitlah." Kata Faiz. Hanna bangun & menuju ke stor di sebelah biliknya.
"Tak apa, kita mula dulu. Surah Al-Ikhlas. Siapa volunteer nak tadabbur?"
"Saya!" Haziq mengangkat tangan.
"Silakan."
"Apa yang saya faham daripada surah Al-Ikhlas ni, saya dapati tak ada perkataan Ikhlas pun. Sama macam erti ikhlas. Ikhlas tu sifatnya tidak kelihatan, tersembunyi. Kalau kita tolong orang pun, kena ikhlas & paling afdhal, tak perlu sebut pun "saya ikhlas". Kalau nak ulas daripada maksud yang tersurat dalam surah ni, Allah berfirman yang Allah itu Esa. Tiada beranak & tidak pula diperanakkan. Allah itu tiada pencipta. Kita tak boleh samakan Allah dengan sifat manusia. Jauh lagi langit dengan bumi bezanya. Yang pasti, tiada yang setaraf dengan-Nya. Wallahua'lam."
"Alhamdulillah, bagus tu Haziq. Ada yang nak ulas?"
"Saya selalu terfikir, macam mana orang Yahudi boleh kata Allah tu ada anak & mengatakan Nabi Isa tu anak Allah?" Soalan diajukan daripada Danial.
"Soalan yang baik, Danial. Saya tak ada ilmu yang tinggi dalam soal ni tapi setakat apa yang saya tahu, semuanya tercetus kerana Nabi Isa dilahirkan tanpa bapa. Allah yang tiupkan roh ke dalam rahim Maryam. Jadi mungkin orang Yahudi ni menyalahtafsir dengan membuat spekulasi, " kalau Allah yang tiupkan roh, maka Allahlah bapa kepada Nabi Isa." Na'uzubillah, semoga kita dijauhkan daripada fahaman sesat tersebut. Semoga itu menjawab soalan awak, Danial."
"Saya faham sekarang, terima kasih abang Faiz."
"Ok, kita sambung kepada surah berikutnya."
"Ana dah jumpa." Hanna datang semula dengan Al-Quran pada tangannya.
"Bagus, jom sambung."
------------
"Alhamdulillah, selesai tadabbur Juz A'mma. Esok.. aktiviti apa pula?" Tanya Faiz, meminta pendapat pelajar lain.
"Sambung hafalan je la, Faiz." Kata Taufiq, bernada malas. Dia sebenarnya sudah mengantuk. Hampir pukul 11 sudah, malam semakin gelap.
"Setuju...." Begitu juga yang lain. Mereka menjawab malas-malas.
"Baiklah, kalau macam tu. Semua pun dah ngantuk. Jangan lupa ambil wudhu'.." Belum sempat ayatnya dihabiskan, seluruh pelajar menyambung,
"...baca doa sebelum tidur, 3 qul & ayat kursi! Jangan lupa bangun subuh esok ~" Nada mereka umpama ditiru-tiru seperti nada Faiz. Mereka sudah hafal ayat Faiz sebelum masuk tidur. Faiz tergelak sendiri sementara pelajar lain menguap tidak henti.
"Ok semua dah tahu. Laila sa'edah semua!" Mereka pun berpusu-pusu pergi ke katil masing-masing.
"Selamat malam, Ana." Kata Aidil, tersenyum dengan mata berair, kerana banyak kali menguap. Hanna mengangguk kecil.
"Bye Hanna~" Mereka menguap lagi. Hanna hanya mampu ketawa melihat gelagat mereka.
"Ana? Tak tidur lagi?" Pn. Salmah menyapa Hanna yang tercegat di ruang tamu.
"Ana tak boleh tidurlah umi."
"Umi faham, ini kan malam pertama Ana tidur kat sini. Nak umi teman ke?" Kata Pn. Salmah.
"Abi tak bising ke?"
"Tak adalah. Abi tak kesah. Jom, hari ni umi teman Ana tidur."
"Terima kasih, umi." Hanna senyum, menampakkan segaris gigi tersusun cantik.
"Umi tahu, umi pun pernah ada anak perempuan dulu.. samalah perangainya, manja." Hanna mengangguk, mendengar bicara Pn. Salmah yang berbaring di sebelahnya di atas katil. Baru beberapa minit merebahkan diri di atas katil, Hanna sudah terlelap.
"Ya Allah, aku bersyukur kerana Engkau menghadiahkan Hanna dalam keluargaku, sekurang-kurangnya dapat mengubati rinduku pada Aisyah." Desis hatinya.
* Sarapan pagi mereka dihiasi dengan telatah daripada Aidil.
"Cuba teka, apa ulat beluncas cakap kalau dia nak lalu?"
"Ulat mana boleh cakap?" Kata Pn. Salmah, beramah di pagi hari.
"Bolehlah umi."
"Caterpillarrrrrr..." Aidil tergelak besar manakala yang lain masih menghadam di mana lawaknya.
"Alah, korang ni. Cuba dengar betul-betul. Ca ter pil larrrrrrr...." Ulangnya lagi.
"Ohhhhhh!! Ketepilerrrr.. tepi, ulat nak lalu HAHAHAHAHA!" Mereka ketawa setelah menangkap lawak Aidil, begitu juga Hanna.
"Haih, ada-ada je anak umi ni. Ha, makan-makan."
"Jangan gelak banyak sangat. Hilang hafazan kamu semua." Kata En. Rahim, mengingatkan.
"Ehem!" Faiz berdehem, menyiku Aidil kerana dia yang memulakan hiruk-pikuk sebentar tadi.
"Maaf abi. Saja nak gurau. Hehe." Aidil menyambung kunyahan.
"Aik, Ana makan sikit je? Diet ke?" Tiba-tiba, Aidil bersuara lagi.
"Ana tak biasa makan banyak pagi-pagi. Nanti sakit perut. Buat alas perut je ni. Nanti tengah hari Ana makan banyak sikit." Hanna senyum ramah, cuba membiasakan diri di kalangan pelajar tahfiz.
"Kau nak sibuk-sibuk kenapa? Biarlah dia nak makan banyak ke, sikit ke, nak puasa ke.. banyak cakaplah. Makan aje." Bising Taufiq.
"Alah, jealous lah tu. Umi, tengok Taufiq ni." Aidil merengek seperti budak kecil.
"Jangan bergaduh depan rezeki, tak elok." Kata Pn. Salmah, lembut.
"Dengar tu." Affan, Tingkatan 2, menyampuk.
"Shhh! Kau budak kecik, diam." Aidil merendahkan nada.
"Aktiviti kita lepas ni.. jogging sambil selawat daripada dewan serbaguna depan masjid tu, sampailah patah balik rumah kita. Lepas sarapan ni, siap-siap pakai kasut." En. Rahim memberi arahan.
"Baik, bos!" Kata pelajar serentak.
"Ana join?" Kata Hanna, perlahan.
"Join sayang.. takkan nak tinggal. Umi pun join nanti." Jawab Pn. Salmah.
"Nak kena tukar baju la ni.. takkan Ana nak jogging pakai baju kurung."
"Ha, betul juga. Umi pun nak tukar."
---------
"Semua dah ada?" Laung En. Rahim.
"Dah, abi!" Sambut pelajar lain, dengan wajah ceria. Suasana 8 pagi itu membuatkan mereka lebih bertenaga.
"Kita sebagai umat Islam bukan sahaja perlu kuat mental, hafal Al-Quran & terperap dalam rumah, tapi kita juga perlu kuat jasmani! Umat islam yang sebenar ialah umat yang kuat dari segi mental & fizikal! Faham, anak-anak?" Kata En. Rahim, turut bertenaga. Usia tidak menjadi penghalang untuknya melakukan rutin seperti orang muda.
"Faham abi!" Mereka mula bergerak ke dewan serbaguna dengan berjalan kaki.
"Ana, kalau sakit ke tak larat ke bagi tahu umi tau." Kata Pn. Salmah, sambil berjalan beriringan dengan Hanna.
"Ana bersemangat nak jadi umat islam yang kuat ni umi! So, Ana kenalah tahan dengan panas, penat & sakit." Jelas terpancar wajah polosnya yang sangat ceria.
"Bagus tu, cuma umi takut Ana paksa diri."
"InsyaAllah umi, Ana baik saja." Hanna meyakinkan Pn. Salmah yang dia mampu berjogging seperti pelajar lelaki lain dalam jarak jauh.
"Sepanjang aktiviti ni, basahkan lidah dengan selawat ya! Jangan melencong pergi tempat lain. Abi akan berada di hadapan sekali supaya korang semua ikut mana jalan yang abi lalu." En. Rahim menuju ke hadapan untuk mengetuai aktiviti & menjadi penunjuk arah.
- 30 minit berlalu -
"Penatlah. Ana jalan dululah.. umi dah pancit ni."
"Alah umi.. sikit je lagi ni.." Pujuk Ana.
"Tak apa.. sakit pula kaki umi ni. Umi nak berhenti sekejap. Nanti umi follow. Allah.." Pn. Salmah mengurut dadanya yang agak semput. Maklumlah, stamina orang lama tidak sama dengan pemuda.
"Yelah, jangan lama sangat. Nanti tertinggal." Hanna meneruskan berlari-lari anak ke hadapan.
"Hai Ana!" Lambai Aidil, yang berada beberapa meter di hadapan Hanna. Hanna hanya membalas dengan senyuman.
"Susahnya nak borak dengan si Hanna ni.." Kata Aidil kepada Taufiq yang turut berjogging di sebelahnya.
"Kalau kau minat dia pun, cover sikit. Obvious sangatlah, tiap masa asyik kau je yang tegur dia. Kalau orang perasan.."
"... ha kenapa?" Pantas Aidil mencantas.
"Biarlah orang tahu pun, baru tak dikebas." Sambungnya.
"Allahumma solli a'la muhammad!! Taubatlah nak.." Taufiq meninggalkan Aidil yang umpama ingin mengambil kesempatan untuk berjalan dengan Hanna. Dia sengaja menyindir Aidil.
"Allahumma solli a'la muhammad.." Kata Aidil perlahan.
--------
"Penat ke semua?" Tanya En. Rahim. Mereka sudah sampai di rumah namun masih berada di halaman. Masing-masing jelas kepenatan, terduduk mengah & meneguk air dengan rakusnya.
"Minum air elok-elok. Tersedak nanti payah pula." Kata En. Rahim lagi, lalu duduk di atas bangsal di bawah rumah. Rumah bertiang tinggi itu cukup untuk memuatkan sebuah bangsal & stor peralatan bertukang di bawahnya.
"Umi ok? Ana tengok penat umi tak reda pun." Hanna menghulur air botolnya yang masih berbaki.
"Biasalah ni Ana.. orang tua.." Pn. Salmah meneguk perlahan, sambil mengurut dada.
"Ana, ambilkan ubat sapu dalam bilik umi." Arah Pn. Salmah. Hanna segera masuk ke dalam rumah. Baru sahaja dia ingin keluar semula dari bilik umi dengan ubat sapu di tangan, dia terserempak dengan Taufiq yang menuju ke dapur. Masing-masing terhenti, ingin membenarkan sesiapa jalan dahulu, memandangkan jalan itu sempit.
"Jalanlah dulu." Kata Hanna, menunduk.
"Sebelum kau tinggal lebih lama lagi kat sini, aku nak pesan 1 benda." Nadanya kedengaran serius. Hanna sedikit berdebar, takut.
"Tak semua orang kat sini kau nampak macam malaikat." Taufiq terus berjalan ke dapur, meninggalkan Hanna kebingungan.
"Apa maksud dia?" Detik hatinya, namun langkah diteruskan keluar dari rumah. Pn. Salmah perlukan ubat itu.
"Lambatnya Ana ambil ubat umi. Tak jumpa ke?"
"Taklah.. saja tengok bilik tu sikit. Cantik perabot dalam bilik umi."
"Terima kasih ambilkan ubat, Ana. Perabot tu semua abi yang bertukang dengan budak-budak ni. Masa kuat dululah.. masa tu Aisyah ada lagi." Sekali lagi, ayat terakhir Pn. Salmah kedengaran sayu.
"Oh, patutlah nampak tulen.. buatan sendiri. Bagusnya, tak payah keluar duit beli perabot."
"Alhamdulillah.. Allah bagi kudrat pada abi supaya boleh bertukang tu." Pn. Salmah menyapu ubat tersebut & diurut perlahan pada sendi-sendinya yang lenguh.
"Umi.. umi tak cerita lagi, macam mana Aisyah meninggal dunia?" Kata Hanna, perlahan & teragak-agak nadanya. Dia ingin tahu, namun bimbang Pn. Salmah akan memarahinya.
"Nantilah. Jom kita masuk dalam, dah pukul 9 ni. Elok solat Dhuha." Pn. Salmah bangun dari duduknya & masuk. Hanna agak kecewa, masih tidak terjawab persoalannya namun dituruti saja.
"Jom, anak-anak. Kita solat Dhuha." Arah En. Rahim. Setelah agak reda keletihan mereka, semua bergerak mengambil wudhu' & solat Dhuha berjemaah.
"Solat Dhuha ni.. supaya rezeki kita datang melimpah-ruah kan, umi?" Tanya Hanna, bersalam dengan Pn. Salmah selepas selesai solat.
"Pandai Ana. Kena faham juga, bukan saja rezeki dalam bentuk harta atau duit. Pandai dalam pelajaran pun rezeki. Cantik pun rezeki. Apa-apa nikmat pun rezeki daripada Allah. Kita kenalah bersyukur, ye Ana?"
"Ana faham umi." Hanna memeluk erat Pn. Salmah. Tiba-tiba saja air matanya mengalir.
"Ana menangis ke?" Pn. Salmah memegang wajah Hanna, kelihatan beberapa titis air mata membasahi telekung putihnya.
"Ana rindu ibu & ayah. Kakak pun.. Ana nak sangat tahu mereka hidup lagi ke.. kalau hidup di mana mereka? Kalau tak.." Ayatnya terhenti, dia berdoa perkara itu tidak berlaku walaupun tidak mustahil setelah apa yang dia lihat di hadapan mata pada waktu kejadian.
"Ya Allah.. awak kuat Ana. InsyaAllah.. nanti kita cari mereka, ya?"
"Umi & abi tolong Ana cari mereka?"
Pn. Salmah mengangguk, memberi harapan pada sang gadis belasan tahun, yang dicabar dengan ujian yang dahsyat. Terpaksa melarikan diri dikala keluarga sedang menempuh sakaratulmaut. Malam di mana dia tidak sangka akan jadi malam terakhir dia bersama dengan keluarganya, tidur di sebelah satu-satu adik beradiknya, kakak.
"Dah, jangan nangis. Umi tahu Ana kuat. Minta pada Allah, Dia Maha Mendengar." Setelah mendengar kata-kata semangat daripada uminya, Hanna tersenyum dalam tangisan yang masih tersisa.
"Tersedu-sedu anak umi ni menangis. Macam budak kecil." Pn. Salmah mengusap lembut kepala Hanna, meredakan tangisan.
Selepas 5 Bulan //
"Saya ingat nak bawa Hanna sekali balik Kedah dengan kita. Seminggu kita kat sana.. takkan nak tinggal dia sorang dengan budak-budak tu?" Kata Pn. Salmah, melipat beberapa baju & mengemas kelengkapan masuk ke dalam beg bagasi.
"Tak payah. Tak lama pun seminggu.. masa Aisyah dulu pun kita tinggalkan dia.."
"...tapi sebab abang tinggalkan dialah dia mati!"
"Salmah! Apa awak cakap ni! Jangan ungkitlah. Awak ni macam tak boleh terima takdir pula."
"Saya bukan mengungkit, saya tak nak pisang berbuah 2 kali je."
"Awak sendiri tak tahu apa punca dia gantung diri dalam bilik tu kan?! Apa kaitan dengan si Hanna ni pula?"
"Apa salahnya kita bawa Hanna sekali? Bahayalah kalau.."
"...awak bersangka buruk ke dengan budak-budak tu? Salmah, diorang bukan macam budak rempit kuat melepak kat luar sana tu! Diorang tu terpelihara daripada benda tak elok. Cuba doa yang baik-baik je. InsyaAllah tak ada apa-apa."
"Awak tak faham. Saya berjaga-jaga, bukan sangka buruk. Ya, saya tahu budak-budak tu baik, Al-Quran di dada tapi, manusia tetap manusia. Kalau apa-apa jadi..."
".....sudah! Saya kata tak payah bawa, tak payah. Awak nak melawan kata suami ke? Habis seminggu, kita terus balik sini. Buang sangkaan entah apa-apa awak tu. Syaitan tengah rasuk fikiran awak tu. Istighfar banyak-banyak. Nanti kita cakap dengan Faiz, jaga Hanna baik-baik." En.Rahim duduk dari berdirinya, kerana kesabarannya sedikit diuji. Pn.Salmah diam, menurut kehendak suaminya. Dia tidak mahu dianggap derhaka. Tanpa disedari, Hanna mendengar suasana tegang di antara umi & abinya dari pintu bilik yang ditutup.
"Astaghfirullahaladzim.." Hanna segera masuk ke dalam bilik.
"Aisyah.. gantung diri?"
"Kenapa?"
"Kenapa dia gantung diri.." Persoalan demi persoalan menerjah minda. Perasaan ingin tahu semakin membuak-buak & dalam masa yang sama, ketakutan menyelubungi diri kerana padanya, mati dalam keadaan gantung diri itu agak menyeramkan. Sedang dia duduk termenung di birai katil, matanya tertancap pada sesuatu yang sedikit terjuntai keluar dari almari tingkat atas. Hanna bangun, dan menarik sesuatu yang seperti 'tali' itu. Tangannya spontan melepaskan tali itu, terkejut.
"Ya Allah.." Tali itu sama seperti tali khas yang digunakan untuk hukuman gantung sampai mati di penjara.
"Inikah tali yang Aisyah guna.." Hanna menjauhkan diri dari tali itu. Kini, 100% ketakutan menerpa diri, dia terus keluar dari bilik.
"Eh Ana."
Hanna pantas menoleh, sedikit lagi ingin mengeluarkan suara untuk menjerit kerana terkejut dengan sapaan itu.
"Ya Allah.. Danial." Hanna mengurut dada, meredakan debaran. Jantungnya bagai ingin gugur. Danial baru sahaja ingin menuju ke 'asrama kecil' nya di bahagian hujung dapur.
"Kenapa Danial tak tidur lagi?"
"Ana tu kenapa tak masuk bilik lagi. Bahaya duduk luar sorang-sorang. Dah pukul 11 ni, mesti umi & abi pun dah tidur." Danial memegang sebotol air, mungkin ingin minum sebelum tidur atau memang itu miliknya yang lupa diambil. Hanna diam.
"Muka Ana pucat ni. Ana ok ke tak?" Tanya Danial lagi.
"Ana? Danial?" Danial menoleh.
"Eh umi." Danial segera menjarakkan diri daripada Hanna, takut salah faham.
"Danial, pergi tidur." Arah Pn. Salmah.
"Selamat malam, umi. Sorry tak tidur lagi, Danial ambil botol air, tertinggal kat ruang tamu. Hehe." Danial tersengih sebelum berlalu ke katilnya.
"Danial.. Danial.." Kata Pn. Salmah, pelik dengan kerenah anaknya yang satu itu.
"Ana, kenapa tak masuk bilik? Tak boleh tidur lagi ke?"
"Umi.. Ana.. takut."
"Takut apa pula ni?"
"Kenapa umi simpan tali tu?"
"Tali apa pula ni, Ana?"
"Ana nak tidur dekat tempat selain di bilik ni, selagi umi tak alih tali tu."
"Ya Allah Ana.. tali apa yang Ana maksudkan ni?"
"Aisyah." Sebut Hanna, perlahan. Pn. Salmah mula kaku.
"Ana.." Pn. Salmah meluru ke dalam bilik Hanna. Benar, tali itu telah berada di atas lantai.
"Ya Allah, Ana ke yang.."
"...umi tak nak buang ke? Kenapa umi simpan?" Potong Hanna.
"Umi minta maaf, Ana tak selesa ya? Ok, umi buang." Pn. Salmah mengambil tali itu, dan dibawa keluar.
"Tapi umi.. boleh tak nak tidur dengan umi lagi malam ni?" Tanya Hanna yang masih berpakaian baju kurung.

Share this novel

Guest User
 
NovelPlus Premium

The best ads free experience