Permulaan yang bahagia

Other Series 2108

Aryana memandang ke arah padang yang menghijau sambil memikirkan apa lagi caranya untuk merapatkan dirinya dengan seniornya yang berhati keras macam baru. Namun, dia tahu hati seniornya lembut seperti ais walau keras macam mana sekali pun akan cair juga dan dapat menghilangkan dahaga kasih sayang yang sedang dia lalui sekarang. "Yana buat apa kat sini sorang-sorang? Tak takut ke ada jembalang yang muncul nanti? "Tegur Haura dalam keadaan tersenyum manis memandang ke arahnya. Aryana kelu kerana ini kali pertama dia melihat Haura senyum dengan senyuman paling manis yang dia pernah lihat. "Yana? " "Yana apasal tengok orang macam tu? Tak pernah tengok orang senyum ke??"Haura cuba menutup rasa segannya dengan pintar sekali. Dia perasan yang Aryana kelu memandang dia seperti itu dan dia pun tahu bahawa ini kali pertama dia senyum dengan manis kepada Aryana."Err akak cakap dengan Yana ke??" "Ye la dengan siapa lagi kalau bukan Yana, Yana sorang aje kat sini" Yana memandang dengan wajah yang berseri-seri dan seperti tidak percaya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience