Haura termenung di bawah pokok yang rimbun sambil memegang pen untuk menulis cerita tentang hari pertama tinggal di asrama.Haura memikirkan juniornya,Yana yang berusaha untuk bermesra dengannya sejak dua hari yang lepas.Bukannya dia tidak mahu untuk bercakap dan bermesra dengan juniornya tapi disebabkan kepahitan masa lalu membuatkan dia sangat berhati-hati dalam kemesraan yang cuba dijalin serta mengubahnya menjadi seorang yang berhati batu dan sentiasa bersendirian dalam melakukan sebarang perkara."Weh".Haura merasa bahunya ditolak lalu dia berpusing untuk melihat gerangan yang menolak bahunya."Kau buat apa kat sini..junior kau mana?" "kau tu buat apa kat sini, kitaorang punya la risau kat kau takut kau hilang tup-tup ada kat sini".Ujar Wafia sedikit kesal dengan tindakan sahabatnya yang tidak memberitahunya untuk keluar dari bilik."Apasal kau tak pernah cakap dengan Yana sedangkan Yana tu punya la banyak mulut cakap dengan kau,kau boleh buat tak tau aja" "Kau tahu kan aku dah serik dengan masa lalu aku yang menyakitkan"Haura mula mengingati sedikit demi sedikit tentang kejadian yang menimpa junior kesayangannya akibat dirinya sehingga dia tidak dapat berjumpa dengan juniornya buat selama-lamanya.
Share this novel