Malam yang dingin membuatkan penghuni dorm bestari tidur nyenyak namun bukan bagi Aryana yang asyik meneliti wajah senior kesayangannya,Haura yang nyenyak tidur."Kenapa Kak Haura tak suka cakap dengan Yana..Yana sedih kalau macam ni".Yana menekup mukanya dengan bantal agar tangisannya tidak kedengaran dan dia tertidur dengan tangisan yang bersisa.Haura membuka matanya,dia mula berasa kesal kerana telah membuat juniornya menangis disebabkan dirinya.*Maafkan akak..bukan akak nak keadaan menjadi macam ni tapi akak serik dengan apa yang akak dah lalui*hatinya bermonolog sendirian..hanya dia sahaja yang mengetahui betapa kuatnya jeritan batinnya.
"Eh,kenapa mata Yana sembap?"tanya Wafia disambut dengan pandangan sekilas Haura."Yana nangis ke?"Qistina menyoal lagi namun tiada sahutan daripada Yana.Haura perasan yang Yana memandang ke arahnnya tapi dia buat-buat tak perasan.Tapi Haura berasa pelik kenapa dirinya rasa sedih selepas mendengar luahan Aryana semalam.Dia tidak dapat meneka apakah perasaan yang tersirat.Apakah dia sudah mula menyayangi Aryana?? Oh tidak mungkin ini berlaku.
Share this novel