Enhypen’s AF. Not For Sale.
Kedebum!
Keadaan di dapur agak kelam kabut dengan bunyi pop corn yang tiba-tiba meletup. Mujur Aeyoung berjaya menutupi wajahnya dengan kuali. Manakala si Layla sedang berjuang padamkan api di tempat masak dengan pemadam api.
Shin Yuki masuk ke dapur dan bercekak pinggang.
“Ya ampun dapur kena letup bom atom ke?” guraunya.
“Kita orang terlebih masak pop corn tu,” balas Aeyoung.
Layla pula hanya tenang diam tidak berbicara apa.
“Alah comel la kau orang. Meh sini aku tolong kemaskan.”
Layla dan Aeyoung bersorak gembira.
Jiyoon turun dari tingkat atas bersama di tangan ada beberapa helai baju pyjamas dan telinga arnab. Hidungnya terbau asap tetapi dia tidak mengendahkan.
Jiyoon menyergah Yoora dan Chaerin yang sedang berada di sofa. Yoora sedang mempersiapkan skrin led untuk mereka menonton wayang malam ini. Malam minggulah katakan. Jadi, mereka ingin luangkan masa yang ada. Jiyoon menegur Chaerin, “Ryn sini ko tukar pakai baju ni pat.”
Chaerin membelek baju pinkeu tersebut sambil memuncungkan bibir.
“Aloh tak nak la.”
“Kenapa ni?” Yoora turut datang ke arah mereka dan membelek baju tersebut.
“Comel la Ryn. Asal tak nak pakai. Kalau kau pakai ni aku la manusia paling happy tau. Bukan selalu.”
“Selalu okay. Every weekend tau.”
Melihatkan Jiyoon dan Yoora yang begitu beria, dia akhirnya akur. Comel sangat mata dia orang memujuk.
Soorin yang terakhir turun ke bawah kemudian. Dia turut menyertai mereka memakai pyjamas tersebut.
“Wait !” Soorin menahan mereka yang ingin mengambil aura nak tonton movie.
“Apa Rin?” tegur Chaerin.
“Kita selfie dulu. Dah alang-alang pakai telinga arnab comel ni.”
“CHEESE!” ucap Soorin lalu satu foto terpapar. Soorin segera update di akaun instagram dia. Baru beberapa saat tetapi dia sudah menerima ribuan like.
“Argh!”
“Tsk…”
“Andwae!”
“Anniyo!”
Hampir sekotak tisu Soorin habiskan. Pada awal dia sibuk menjerit. Akhirnya menangis pula. Awal-awal saja cerita hantu tu seram. At last, sedih plus lawak.
Yuki sudah tersengguk-sengguk akibat mengantuk. Dari tadi matanya tidak lekap pada satu skrin sahaja. Yuki membawa laptopnya supaya dia tidak terlalu fokus dengan cerita seram tersebut. Dia terpandangkan Chaerin dan Aeyoung yang sudah tertidur. Pasti mereka letih sangat tu. Sudah lewat malam.
PLUP!
Tiba-tiba lampu terpadam.
“Mak… Hantu!” Soorin menjerit.
Yoora menarik Soorin ke dalam dakapannya dan menenangkan Soorin yang menangis ketakutan. Soorin takut pada gelap.
Jiyoon yang baru sahaja shock kerana ada jumpscare muncul di skrin menghelakan nafas lega kerana bekalan elektrik terputus.
Dan ianya disebabkan Layla. Layla ketawa menggilai sambil mendekat mereka.
“Sorry kau orang. Aku nak tutup benda lain. Tapi silap gi matikan bekalan eletrik.”
“Astaga yini anak.” Suara itu milik Yoora.
Chaerin dan Aeyoung memisat mata, kebingungan dengan apa yang terjadi. Mereka berdua masih mamun. Mujur buka mata cerah. Kalau gelap, mereka mungkin terkejut sudah.
“Kau orang tengok ni.”
Panggilan Yuki membuatkan mereka mendekatinya.
“Ada apa Snow?” soal Jiyoon.
“Ada satu laman sewa boyfriend. Kita try nak?”
Wajah mereka mengukir riak tidak bersetuju.
“Alah jomlah kau orang. Takkan kau orang tak nak try ada namchin,” pujuk Yuki lagi
Jiyoon akhirnya bersuara,”okay juga sebab aku ni tak pernah ada namchin. Yang aku tahu, tukar crush jek.”
Jiyoon memandang yang lain.
“Kau orang jomlah try. Kita tak rugi apapun.”
Chaerin masih memisat matanya.
“Tapi aku nak kahwin dengan Dato’.”
Layla membalas,”kau nak datuk aku?”
“Datuk kau kaya tak?”
“Kau tak tahu ke aku keturunan diraja.”
Aeyoung bersuara mengubah suasana.
“Aku nak try! Aku dah penat jadi single. Selama ni asyik nasihatkan orang jadi doktor cinta yang tak bertauliah.”
“Okaylah aku on.” Chaerin turut bersetuju. Yang tinggal cumalah Soorin, Yoora dan Layla yang belum bersetuju.
Ketiga mereka saling berpandangan. Layla ni agak pemilih orangnya. Blind date dulu semua dia reject kerana semuanya tidak menepati cita rasanya. Soorin pula takut dilukai kerana itulah dia masih single manakala Yoora baru sahaja putus cinta jadi dia agak serik.
“Kau orang. Alah bolehlah!”
Jiyoon turut serta Yuki dan Aeyoung buat aegyo untuk pujuk mereka bertiga. Chaerin hanya tayang wajah menjengkelkan.
“ARK! ARK!”
Seekor burung gagak terbang masuk melalui sebuah lubang sebuah rumah. Dia hinggap pada tangan seorang lelaki yang tampan wajahnya. Di hadapannya ada seorang wanita yang berambut panjang beralun sedang duduk menatap kedalam sebuah bekas air yang menunjukkan tujuh gadis.
Lelaki tadi menghirup wine nya lalu bersuara, “berapa lama lagi kita perlukan untuk laksanakan tugas ni?” Suara garaunya memecahkan kesunyian.
“Tak lama. Lagipun sudah tiba masa kita pertemukan dengan takdir mereka.”
“Kau yakin cara ni adalah yang terbaik?” soalnya lagi.
“Mereka yang pilih takdir ni dan ini semua adalah bagi menentukan kisah cinta sejati.”
“Macam cinderella?”
“Tak… Ini kisah mereka yang tersendiri.” Wanita itu tersenyum diikuti lelaki tersebut. Mereka melagakan gelas wine milik mereka lalu menikmati wine tersebut dengan iringan piring muzik klasik. Tempat itu samar-samar di tutupi kabus kemudian.
Blind date tiba.
Dalam masa seminggu itu ketujuh mereka bergilir pergi ke blind date tersebut. Mereka begitu teruja kerana bakal melalui suatu pengalaman yang tidak pernah mereka lakukan lagi.
Selesai tujuh hari mereka. Ketujuh mereka rancak berbual mengenai blind date mereka.
“Gais, macam mana dengan blind date, kau orang?” soal Yoora.
Aeyoung tersenyum suka.
“Aku rasa happy sangat. Laki tu gila romantik. Walaupun suara dia deep garau macam tu tapi bila masuk ke halwa telinga kau, pergh meremang.” Panjang lebar Jiyoon menjelaskan.
“Ye beb. Siap ada taburan bunga ros. Pastu makan malam romantis bawah bulan bersama lilin keliling. Memang romantik gila,” tambah Aeyoung.
“Yelah aku akui jugak. He’s more better than Dato’.” Chaerin berdehem setelah mengucapkan itu.
“Dah ubah fikiran ke tu?” usik Yuki.
Soorin turut tidak melepaskan peluang berbicara.
“Yeah, wajah dia tampan gila. Aku tak boleh lepas pandang dari dia.”
Yoora turut tersengih. Dia bersetuju dengan Soorin. Sampai ke mimpi terbawak dia dengan wajah lelaki itu. Sungguhpun begitu hanya Layla yang menunjukkan wajah tidak teruja.
Aeyoung yang perasan akan itu menegurnya, “Lay, kau kenapa?”
“Tak. Aku rasa pelik jek. Apa yang kau orang cerita tu sebijik dengan aku.”
“Apa yang sama?” soal Jiyoon dan katanya menerima anggukan Yuki.
Chaerin, Soorin, Aeyoung dan Yoora sudah berkerut dahi.
“Makan malam bawah bulan. Dengan lilin, wine. Bunga ros. Kemudian suara garau. Well, kau orang sebelah meja makan tu ada pokok besar kan?”
Mereka menelan air liur pahit lalu mengangguk.
Kini perasaan mereka tidak enak.
Dari pokok besar itu kemudian tersegram sebuah rumah yang telah didiami oleh seorang wanita dan seorang lelaki bersama gagaknya. Mereka hanya menduduki tingkat atas. Bawah rumah itu sebenarnya adalah sebuah kedai.
Wanita itu menggoncangkan secawan teh.
Lelaki itu mengangguk.
“Aku harap mereka dah bersiap dengan takdir mereka. Aku nak yang mereka tahu cinta tidak semestinya indah. Tidak semestinya berakhir seperti mana kisah cinderella yang malang diuji ibu tiri dan kakak yang jahat bersama sang putera yang menyelamatkannya akhirnya.”
“Aku takkan ragui keputusan kau.” Lelaki itu menghulurkan wanita itu segelas wine. Senyuman terukir di bibir wanita tersebut.
“Ya sebab tu la kita secocok. Kita sentiasa di fikiran yang sama.”
Lelaki itu tersenyum manis buat pujaan hatinya.
;;;
“Ye inilah gambarnya,” ujar Yoora.
Mereka menunjukkan skrin telefon masing-masing dan terpapar gambar lelaki yang sama. Wajah persis Choi Jinhyuk. Jelas ketara wajah mereka sungguh terkejut dan menyeramkan.
“Apa benda buruk akan berlaku dekat kita ke?” soal Layla. Semua terdiam dan tertunduk
“Lepas minum teh yang dia bagi tu aku mulai rasa pening. Aku macam ternampak bayangan perempuan kat sebelah dia. Tengah tersenyum dekat aku.”
Yang lain tidak membantah kata Layla kerana mereka mengalami perkara yang sama. Mereka juga tertanya adakah perempuan yang mereka lihat adalah sama.
“Perempuan tu muka dia macam Jang Nara kan?”
Kata-kata Aeyoung itu membuat mereka terdiam.
Mereka terlalu gembira dibayangi wajah kacak lelaki itu jadi mereka tidak curiga apa-apa. Seolah mereka dikenakan jampi.
Chaerin mengeluh. “Perasaan aku bercampur baur sekarang. Benda dah jadi dan tak guna untuk menyesal.”
Soorin sebak, “Aku takkan salahkan siapa-siapa sebab aku pun beria-ria.”
“Aku pun,” Aeyoung turut merasa sebak.
“Nak hug?” soal Layla.
Mereka berpelukan erat bertujuh.
Dalam pelukan itu, Yuki bersuara, “maafkan aku.”
Soorin membalas, “tak. Ni bukan salah siapa-siapa. Ni keputusan kita bersama. Jadi, jangan rasa bersalah.”
Mereka semua mengangguk.
Jiyoon turut bersuara, “apapun jadi, kita terima dengan tenang. Jangan takut. kita bertujuh bersama. Kita pasti boleh harungi segalanya jika kita bersama.”
Mereka mengangguk lagi.
Dalam suara serakan, Chaerin bersuara, “inilah yang suka tentang kau orang semua. Kita saling bersatu walau dilanda dugaan. Kita pasti boleh tempuh.”
Layla menyokong Chaerin. “Yeah.”
Aeyoung, Jiyoon, Yuki, Soorin turut menyokong.
Malam itu mereka tidur lena.
Sang gagak terbang menuju ke tuannya semula.
Wanita itu memandang si lelaki di sebelahnya.
“Sudah tiba masanya.”
Semuanya akan berubah bila fajar menjelma.
Sebuah kisah dongeng akan tercipta.
Tujuh jiwa. Tujuh soulmate
Bersambung…
PART 2
Sebaik mereka tersedar dari tidur, mereka terkejut menyedari diri mereka tidak dapat bergerak malah mereka berada di suatu tempat yang asing. Tempat itu sungguh gelap dan di sekeliling mereka terdapat banyak barang. Juga sudah berhabuk teruk.
Kemudian kedengaran suara-suara menyapa. Kelihatan tujuh jejaka masuk tempat yang mereka turut berada itu.
“Ini ke butik yang hyung cakap nak kami ambil alih tu.
Hee won abang kepada Heeseung mengangguk.
“Yeochin hyung dah dapat buka kedai lebih luas. Dia sayang kedai ni tapi dia teringin nak cuba tempat baru.”
Heeseung, Jake dan Sunghoon sekadar mengangguk.
Sunoo dan Ni-ki menjenguk ke arah luar.
Keadaan di situ tidaklah strategik tetapi merupakan tempat kawasan lalu-lalang dan tumpuan orang terutamanya pada hari minggu kerana terdapat sebuah pasar minggu yang terkenal dengan makanan yang begitu lazat.
Sunoo terpandangkan sebuah pokok yang terletak betul-betul di hujung kedai. Dia menegur Niki.
“Fuh, seram sejuk aku tengok pokok tu.”
Niki mengusiknya. “Hati-hati. Nanti jembalangnya terjatuh cinta dengan kau.”
Sunoo menampar lembut mulut Niki.
“Hya mulut kau. Jangan merepek.”
Niki ketawa halus.
Jay dan Jungwon pula sibuk memerhati keadaan sekeliling.
Jay bersuara, “ luas jugak tempat ni.”
“Eh hyung, ada tangga.”
Jay melihat jari telunjuk Jungwon yang menunjuk ke tingkat atas.
“Jungwon, Jay. Sini rupanya kau orang,” tegur Jake lalu tangannya memegang bahu Jay.
Sunghoon turut mendekati Jungwon. “Apa yang kau orang tengok tu?” soalnya.
Niki dan Sunoo turut masuk mendekati mereka.
Heeseung dan Hee Won melihat ke arah tundingan jari Jungwon.
“ouh itu tingkat atas tempat yeochin hyung simpan barang-barang dia. Juga tempat lepak dia waktu malam. Tapi sejak yeochin hyung tinggalkan tempat ni beberapa bulan lepas, hyung selalu terdengar ada bunyi muzik klasik, kemudian gelas kaca berlaga diringi suara wanita dan lelaki. Suara gagak pun ada sekali. Tapi bila hyung cek. Tak ada apapun. Yeochin hyung tak dengar apapun. Hyung jek. Mungkin perasaan je kut.”
“Biar betul hyung?” Heeseung menduga.
Dia turut berkerut memandang ke tingkat atas.
Sunoo memeluk lengan Niki. Niki hanya menggeleng.
Jake bersuara, “ tapi kenapa gelap ye atas tu hyung?”
“Ouh sebab ada banyak kotak halang cahaya dari masuk tingkap.”
Jake mengangguk mendengar balasan Hee Won.
Jay dan Sunghoon saling berpandangan dengan wajah kurang senang.
Hee Won kemudian bersuara semula, “okay hyung mintak diri dulu. Selamat berjaya uruskan perniagaan ni. Apa-apa masalah hubungi hyung okay.”
Heeseung dan yang lain mengangguk.
Semua mata masih tertumpu ke tingkat atas.
Sunoo tiba-tiba bersuara, “kita memang kena naik atas ke?”
Niki mengangguk tanpa ragu dengan senyuman creepy yang dibuatnya.
“Kalaulah bukan disebabkan ekonomi yang membimbangkan. Aku takkan bersetuju untuk ambil alih perniagaan ni.” Jay kelihatan resah.
“Alah mak ayah kau kan kaya. Kau mintak jek la duit dia orang. Tak payah susah-susah kerja.”
“Banyaklah engko.”
Sunghoon ketawa kecil melihat Jay marah.
“Kita kan fresh graduate. Mana boleh memilih kerja. Terimalah apa adanya,” ujar Jake dan disokong oleh Niki.
“Kenapa tiba-tiba persoalkan ni. Sebab tingkat atas ni ke. Sebelum ni kemain semua excited nak bangunkan perniagaan ni . tetambah Jay hyung.”
Tidak pula Jay marah dengan kata Jungwon. Dia hanya tersengih sambil menggaru belakang kepalanya.
“Dah tak payah buang masa. Jom kemas apa yang patut. Kita mulakan dari tingkat atas ni.”
Semua terkejut mendengar kata Heeseung. Kecuali Niki dan Jungwon yang tampak tenang. Jake pula tiada riak. Barangkali dia tidak memikirkan kesannya.
Heeseung naik diikuti Jungwon dan Niki. Jake juga perlahan mengikuti ke tingkat atas. Jay, Sunoo dan Sunghoon yang berlawan dengan perasaan sendiri, akhir naik jua.
Tingkat atas itu tidaklah seteruk mana. Lantainya bersih dan keadaan di situ agak rapi. Cuma kotak yang dipenuhi habuk menutup segenap cahaya dari masuk. Heeseung mengalihkan kotak yang menghalangi tingkap dibantu Jungwon. Dahi Sunoo dan Jay berkerut saat mereka terpandangkan sesuatu.
“Eh itu patung ke?” tegur Jay.
Jay dan Sunoo memberanikan diri mendekati patung itu.
Sunghoon dan Jake sibuk memeriksa alat muzik yang kelihatan sudah lama tidak jauh dari mereka. Jake tertarik dengan piring hitam itu. Sunghoon dan Jake memainkan muzik tersebut. Tiba-tiba seekor gagak terbang laju ke arah mereka dan terbang keluar semula memecahkan tingkap atas.
Sunoo dan Jay mengusap dada ketakutan. Mereka kembali fokus dengan penemuan mereka.
Heeseung menegur mereka. “Hoon aku rasa kau patut jauhkan dari situ. Itu bukan milik kita. Hati-hati.”
Sunghoon mengangguk faham. Jake meletakkan keadaan alat itu seperti sediakala. Mereka berdua segera menjauh dari situ. Di sebelah sana, Niki hairan melihat dua gelas yang kelihatan tersisa air wine. Dia fikir tingkat atas ini sebenarnya didiami. Tetapi dia tidak tahu sesiapa.
Jungwon masih sibuk membantu Heeseung mengalihkan kotak-kotak yang ada.
Jay dan Sunoo teruja melihat patung-patung yang kelihatan masih elok.
“Cung tengok ni.” Jay menunjukkan patung tersebut.
Heeseung mengerutkan dahi. Tiada pula abangnya bercerita tentang apa-apa patung.
“Patung ni nampak bersih dan lawalah.” Jake tersenyum.
Sunghoon memandang Jake dengan pandangan ‘kau seram Jake’
Jake menyoalnya, “kau dah kenapa?”
Sunghoon mengalihkan patung tu dari Jake. Patung itu bergolek ke lantai.
“Aduh sakitlah!”
Sunghoon menelan air liur pahit. Dia dengar suara dan dia tahu sangat itu bukan suara kawan-kawan dia kerana suara itu seperti milik suara perempuan.
“Jake kau dengar tak suara tu?”
“Suara apa? Suara kau dengarlah. Dahlah kau buang patung cantik ni. Pai ti kau Sunghoon.” Jake mencebikkan bibir lalu patung itu diangkat semula dan dihapuskan debu pada pakaiannya.
“Ah, geli. Jaga-jaga tangan awak tu. Jangan geletek saya.”
Jake melihat sekelilingnya. Dia menyalahkan Sunghoon kerana telah mempengaruhinya. Namun segera dia menghapuskan fikiran merepek. Biarpun begitu, bagi patung itu, dia memendam seribu kesakitan kerana keadaannya seperti itu. Soorin berasa sedih namun dia gembira kerana kelihatannya lelaki ini baik padanya.
“Kita turun sajalah. Atas ni tak ada pun. Kotak ni pun dah di susun dengan kemas dekat dengan dinding. Hyung aku cakap dia nak ambik kotak ni nanti. Pastikan kau orang tak bawak turun barang yang tak sepatutnya.”
“Tapi Heeseung. Boleh tak aku nak bawak turun benda ni.” Sunoo memujuk dengan mata bersinarnya. Jay turut sama.
Heeseung diam berfikir. Namun dia setuju setelah mendengar kata Jungwon, “aku rasa patung ni berguna. Kalau benda buruk berlaku. Kita letaklah balik ke tempatnya.”
Mereka bertujuh patung yang mereka berkenan lalu bawa turun ke bawah. Jantung Yoora tidak dapat berhenti dari kencang buatkan Jay sentuh dadanya. Dia rasa elok sahaja namun dia tepis sahaja segala negatif.
“Baju ni nampak cantik. Tapi kau lagi cantik wahai cik patung.” Terasa hendak melompat Aeyoung tika itu. Sunoo dan Jungwon berhati-hati meletakkan patung itu ke lantai. Sunoo berasa agak sejuk kerana kedinginan malam, dia menutupi tubuh Layla memikirkan Layla mungkin kesejukan. Dia mungkin terlupa Layla hanyalah patung. Dia mengemaskan Jaketnya pada tubuh Layla. Jungwon mengemaskan rambut Jiyoon. Jiyoon berasa agak annoying kerana dia tidak suka rambut dia disentuh. Namun begitu, Jungwon berusaha mengemaskan rambut Jiyoon dengan lemah lembut lalu mengikatnya kekuda. Tiba-tiba Jungwon teringat akan kakaknya. Jungwon bersuara tanpa sedar, “rambut awak ni mengingatkan kakak saya. Rambut dia lurus dan sungguh wangi. Dia sukakan lavender.”
Jungwon membau rambut Jiyoon buatkan Jiyoon rasa sungguh berdebar dan meremang.
Jake hanya tersengih melihat tingkah Jungwon. Dia cuba mendudukkan patung tersebut. Jake nyata terkejut melihat patung itu fleksibel.
“Uwah, patung ni boleh duduk,” ujar dia teruja.
Jake juga membengkokkan tangan dan kaki patung tersebut. Soorin hanya mampu menangis dalam hati.
Jay yang kebetulan lalu di hadapan menegur Jake dan mengatakan Jake gila. Tetapi Jake hanya mengabaikannya. Jay mencari tuala dan menemuinya. Dia mengelap dengan lembut wajah Yoora yang sedikit melekat habuk.
Niki menegur Jay di sebelah, “ hyung nanti kasi aku tuala tu.”
Jay hanya mengangguk.
Niki menyambut pemberian Jay dan mengelap wajah Chaerin. Dalam hati Chaerin sudah memaki seranah Niki. Oleh kerana geram dia telah membayangkan dia menendang Niki dan tidak disangka ia menjadi nyata.
KEDEBUK!
“Aduh!”
Niki melihat ke sekeliling. Tiada siapa berdekatannya melainkan patung tersebut. Niki cuba menepis segala fikiran negatif. Heeseung yang baru masuk bersama patung tersebut menegur Niki.
“Hya Niki. Apa kau buat kat atas lantai tu?”
Niki menggeleng-geleng. Heeseung berlalu kemudian.
Niki cuba bangun namun dia jatuh kembali dilanggar Sunoo yang mengheret Layla sekali.
“Sorry maknae. Aku tak tahan nak buang air kecil.” Suara Sunoo gamat memenuhi ruang.
Kali ini Niki jatuh ke atas patung tersebut. Chaerin rasakan jantung bagaikan hendak menggila. Mungkin sudah tiba masanya dia melupakan impiannya untuk berkahwin dengan Dato’ dan berkahwin dengan budak swag ini.
Heeseung mengambil tempat di sebelah Sunghoon. Aneh sahaja dia melihat Sunghoon asyik tangkap gambar dengan patung tu. Sunghoon rasa seolah kenal dengan patung tersebut tetapi dia tidak tahu di mana.
Jake pula masih sibuk membelek Soorin. Sekarang kuku Soorin pula. Dia hairan kerana warna kuku itu tidak pudar dan seperti masih baru digilap. Jungwon masih mengemaskan rambut Jiyoon. Sunoo yang kelihatan lega lepas dari tandas meletakkan Layla di sebelah. Dia menyandarkan kepala pada bahu Layla. Layla berkerut menahan sakit.
“Ah, bahu aku,” rungut Layla.
Sunoo mengangkat kepala bingung mencari pemilik suara. Tetapi tidak ketemu. Dia akhirnya sambung meletakkan kepala di bahu Layla. Tapi itu hanya sementara dia telah ribakan Layla di ribanya untuk mencuci Layla yang sedikit kotor dengan habuk. Ini tuala bersih ya kawan-kawan.
Jay pula sibuk merenung Yoora. Terasa berbahang wajah Yoora dibuatnya. Dia terfikirkan baju yang sesuai untuk bentuk tubuh badan Yoora yang tinggi bak model sesuai memakai skirt pendek yang sangat menonjol warna. Dengan kulit yang dipadankan Jay, Yoora sesuai memakai blaus selain skirt. Jay perasaan akan wajah Yoora yang merona merah. Hairan dia sejenak
Heeseung mengerling jam di tangan. Sudah pukul 10:30 malam. dia fikir mereka patut pulang. Heeseung cuba melajukan tangannya menuci wajah Yuki. Yuki tidaklah berhabuk mana. Sewaktu tangannya ligat bergerak, tingkah Heeseung terhenti saat melihat ada bulu mata terjatuh. Heeseung diam sejenak berfikir.
Saat diam, pendengarannya menangkap bunyi. Heeseung mendekatkan dirinya dengan Yuki dan ternyata tekaan dia tepat. Dia dapat rasa hembusan nafas dan denyutan jantung Yuki.
Namun begitu, lamunan dia terhenti saat ditegur Jay.
“Hyung jom balik. Aku dah mengantuk. Kita sambung besok saja”
Heeseung mengangguk. Dia kembali memandang Yuki dan cuba mengusir fikiran yang bukan-bukan.
Heeseung cuba mengangkat Yuki untuk meletakkan dia di tempat yang sesuai. Heeseung sedar perubahan pada Yuki. Tadi Yuki tidaklah seberat mana tapi serasa perubahan itu agak mengejutkannya. Sungguhpun begitu, dia tetap tenang dan tidak mahu berfikiran lebih jauh.
Sunghoon asyik merenung Aeyoung. Dia masih terfikirkan siapakah dia ini. Dan ketika itu Sunghoon terasa seolah direnung. Dia memandang mata Aeyoung dan saat itu mata mereka bertautan. Sunghoon kaku dalam tautan mata Aeyoung. Namun Sunghoon segera menampar pipinya dan berkata, “ah jembalang. Jangan kacau aku.”
Jungwon mengemaskan pakaian Jiyoon dan merenung ke dalam anak mata Jiyoon sedalamnya. Dia bersuara, “ esok kita jumpa lagi. Saya kena balik.”
Jungwon menyentuh pipi Jiyoon yang merona merah. Dia hairan bagaimana pipi Jiyoon boleh berwarna. Warna kulit Jiyoon juga terlihat seakan seolah seorang manusia, berbanding tadi, kulit mereka masih lembut cuma tidak selembut milik manusia yang berkulit.
Ketujuh jejaka itu akhirnya pulang ke rumah mereka.
Jiyoon, Chaerin, Soorin, Yoora, Yuki, Aeyoung dan Layla menghembuskan nafas lega akhirnya mereka tidak perlu berpura lagi.
Jiyoon menyuarakan isi hatinya, “kenapa kita kena berpura. Patutnya kita mintak tolong dia orang jek.”
Chaerin membalas, “tak boleh. Nanti dia orang kata kita pervert. Dan terkejut. Silap-siap kita masuk jail sebab ceroboh kedai mereka. Bukan dia orang percaya kalau kita patung.”
Soorin turut bersuara, “ tapi aku masih bersyukur kita masih kembali ke sedia kala walau dah jadi macam tu.”
Yoora turut menambah, “kita patut larikan diri. Inilah masa kita.”
Layla dan Aeyoung cuba buka pintu tapi tak berjaya malah badan mereka terdorong ke belakang oleh satu kuasa. Seolah ada pagar halimunan menghalang. Mereka juga cuba pintu belakang dan cuba untuk naik tingkat atas tapi semuanya terhalang.
Yuki tiba-tiba menangis mengejutkan mereka. Selalunya yang mengalirkan air mata adalah Soorin.
Mereka bertujuh saling berpelukan dan saling menenangkan masing-masing.
“Apapun aku tetap gembira, walau kita tak boleh bergerak. Tapi suara kita masih dapat didengari dia orang secara random,” ujar Yoora.
Mereka berbual setelah berjaya menenangkan diri.
Chaerin turut bersuara rancak, “ ye dho. Tadi aku berjaya tendang laki tu.”
Soorin turut bersuara, “tetapi pergerakan kita terbatas kan? Boleh gerak atau suara kita hanya didengari sekali.”
“agaknya sampai bila kita nak macam ni?” ujar Jiyoon sayu.
“Jangan sedih Jiji.” Yuki memeluk Jiyoon.
“Kau pun Snow.” Jiyoon membalas pelukan Yuki.
“Agaknya apa salah kita ya?” Aeyoung mempersoalkan.
“Benda dah jadi. Nak menyesal pun tak ada guna. Aku yakin semua berlaku ni bersebab dan aku betul-betul berharap semuanya akan berakhir dengan baik. Dengan adanya kalian di sisi aku tak berapa risau. Aku yakin kita boleh tempuhi semua bersama.”
Kata Layla itu menyentuh membernya yang lain.
Aeyoung menegurnya, “nak peluk?”
Layla mengangguk.
Yoora turut menegur, “mana acik peluk dua orang jek. Jum peluk beramai.”
“Yeah betul!” Kata itu disokong Chaerin. Soorin bersorak manakala Yuki dan Jiyoon hanya ketawa. Kini ketujuh mereka dalam pelukan paling erat. Segala rasa bercampur baur namun mereka memilih untuk terus berpositif.
Di tingkat atas kelihatan wanita tersebut bersama lelaki itu. Mereka melagakan gelas wine mereka.
Suara wanita itu bergema, “ ini hanyalah baru permulaan.”
Lelaki itu sekadar tersenyum. Kepala gagak dibahunya dibelai.
Bersambung….
Share this novel