PART 3
Heeseung tiba paling awal. Hari ini adalah hari pertama kedai mereka buka. Dia terus mendapatkan Yuki saat masuk ke kedai. Heeseung tidak dapat tidur lena semalam kerana memikirkan tentang apa yang terjadi.
Dia menyentuh pipi Yuki dan merasakan kulitnya tidaklah seperti semalam. Hangat dan dia dapat rasa kelembutan kulitnya tetapi berbeza hari ini. Kulit Yuki sangat kasar dan keras.
Heeseung mengambil beg kertas di sebelahnya. Dia ingin memperagakan baju ini jadi, Heeseung telah memakaikan Yuki dengan baju baru tanpa menukar baju pada Yuki. Kini Yuki cantik dalam pakaian skirt. Heeseung meletakkan topi di atas kepala Yuki.
Angin yang masuk tiba-tiba menerbangkan topi Yuki. Yuki baru teringat dia dapat bergerak sekali selama beberapa saat. Jadi, dia cuba untuk mencapai topi tersebut. Sungguhpun begitu, dia telah terjatuh ke lantai.
Heeseung menoleh dan hairan melihat patung itu sudah ada di bawah. Padahal hanya ada mereka berdua di sini. Heeseung membuatkan Yuki berdiri semula. Dia kemudian merenung Yuki lama. Berbahang pipi Yuki dibuatnya. Heeseung merasakan aneh dan dia ingin mencari tahu kebenarannya.
“Heeseung awal datang!” tegur Jay diikuti yang lain. Di tangan Jake dan Sunghoon ada plastik yang banyak.
“Mari sarapan dulu Heeseung hyung,” pelawa Sunghoon.
Heeseung mengangguk.
Sunoo dan Niki sedang berebut takoyaki di hujung sana. Mereka sibuk berebut takoyaki walhal Layla dan Chaerin sudah menghabiskan takoyaki mereka akibat lapar.
“Sunoo… Mana takoyaki kita lenyap.”
“Aku syak kedai ni ada toyol korea,” balas Sunoo pada Niki.
“Ambik ni Uwon.” Jay membahagikan roti sosej miliknya pada Jungwon. Lelaki itu menerima pemberian Jay. Yoora dan Jiyoon yang tidak jauh dari mereka hanya mengempis hidung menahan bau sedap yang menusuk masuk.
Sunghoon yang hanya makan sekadar alas perut segera mencapai Aeyoung dan memakaikan Aeyoung baju yang perlu diperagakan. Sunghoon mengemaskan rambut dan pakaian Aeyoung. Setelah selesai dia memuji kecantikan Aeyoung.
Jake yang turut berada di sebelah memakaikan Soorin baju membidas kata Sunghoon, “aku punya girl lagi, lawa okay.”
Sunghoon ketawa, “kau jangan serius sangat nanti orang kata kau yang gila. Apa tak cukup perempuan kat luar sana sampai kau nak suka kan patung?”
“Aku rasa kau yang gila. Dari tadi duk tenung patung. Hati-hati. Silap-silap boleh masuk tanjung rambutan kau tahu.”
Sunghoon buat tidak endah pada kata Jake. Dia sambung mengemaskan rambut Ae.
Sunoo mendekati Layla lalu memakaikan pakaian. Sempat dia bersenandung lagu 10 months. Diikuti Niki. Setelah siap, Sunoo tinggalkan Niki seorang di ruangan itu. Ruangan itu agak gelap dan memerlukan lampu untuk menyala. Ruangan itu juga berdekatan pintu masuk. Niki bersenandung lagu 10 months. Lagu itu disambung oleh Chaerin membuatkan dia terkejut. Dia melihat sekeliling. Hanya ada mereka berdua. Hyung-hyungnya lain semua di hadapan. Oleh kerana musygil pada patung itu, Niki mencubit pipi Chaerin. Tiba-tiba lampu terpadam menyebabkan Niki terkejut lalu melarikan diri.
Jay di sebelah sana agak hairan dengan tingkah Niki.
Dia berkata, “aku ingat tak ada orang. Jadi, aku tutuplah lampu supaya tak membazir.”
Namun seteah itu Jay juga melarikan diri setelah mendengar gelakan halus milik Chaerin.
Jay, Jungwon, Heeseung serta Niki juga telah siap memperagakan patung mereka pakaian.
Tepat jam sembilan nanti orang ramai akan hadirkan diri kerana hari ini adalah hari pertama pembukaan kedai mereka. Hari ini mereka akan menjamu pelanggan minuman percuma serta membiarkan pelanggan mereka memakai dan melihat segala jenis pakaian yang ada di sini. Ketujuh patung tadi diletakkan sebaris di hadapan dinding kaca kedai.
Sebaik jam sembilan, orang ramai mula menghadiri. Mereka mendapat jemputan dari risalah yang mereka edarkan. Namun tujuan utama mereka datang adalah untuk melihat ketampanan Enhypen. Tujuh jejaka yang baru masuk ke kota ini.
“Cantikkan baju ni. Selesa dan sedap dipakai,” Jake melayani seorang tetamu.
Sunghoon dihujung sana, turut melayani seorang tetamu.
Dia memuji kecantikan pelanggan tersebut.
Jungwon membawa pelanggan mengelilingi kedai tersebut. Heeseung pula menguruskan trak minuman.
Niki dan Sunoo bergandingan melayani pertanyaan tetamu mengenai pakaian dan kedai itu.
Jay turut melayani seorang wanita kaya yang meminta pendapatnya mengenai fesyen.
Jake yang baru selesai menghantar pelanggan pergi menegur pelanggan-pelanggan yang sedang asyik menikmati koko panas.
“Macam mana minuman tu?”
“Sungguh sedap. Terutamanya ada encik hensem bersama kami.”
Jake tersenyum mendengar tawa mereka. Kemudian matanya terpandangkan sekumpulan kanak-kanak yang cuba mengotorkan Soorin. Jake segera meminta diri dan menghentikan mereka. Dia mendapatkan Soorin yang kotor. Jake tanpa membuang masa membersihkan Soorin dengan tuala basah yang bersih. Bajunya juga ditukarkan dengan pakaian yang lebih cantik. Jake perasan akan senyuman yang terukir pada bibir Soorin tetapi dia segera mengabaikannya.
Seharian mereka menguruskan orang ramai yang hadir. Akhirnya dapatlah masing-masing merebahkan diri ke sofa untuk menghilangkan lelah.
“letihnya,” ujar Niki.
Jay dan Jake mengurut bahu mereka. Sunghoon mengurut bahu Heeseung. Sunoo, Jungwon dan Niki masing-masing saling bergolek di atas lantai.
“Laparlah,” adu Sunoo dengan wajah monyok.
“Jom order makanan,” cadang Jungwon.
“Yeah order bir dan ayam banyak-banyak.” Cadangan Niki diterima baik oleh yang lain.
Heeseung segera menghubungi kedai ayam. Setengah jam kemudian rider tiba untuk delivery tujuh kotak ayam dan dua tiga botol tinggi berisi bir. Tujuh gadis dihujung sana hanya murung melihat mereka makan. Mereka fikir jadi patung tidak akan membuatkan mereka tidak rasa lapar. Telahan mereka salah. Hanya Layla dan Chaerin kelihatan bersahaja kerana perut mereka sudah terisi siang tadi.
“Tinggal sekotak lagi,” tegur Heeseung.
Sunoo membalas, “hyung habiskan je la. Kami semua dah kenyang.”
Yang lain mengangguk mengiyakan kata Sunoo sambil memegang perut yang kenyang.
“Dah pukul sepuluh lebih. Okay jum balik. Kau orang kemas apa yang patut.”
Jay bangun untuk mengambil jaket yang dia sangkut pada Yoora sebentar. Alangkah terkejutnya dia melihat Yoora mengerdipkan matanya.
“Kau orang!” jeritnya separuh menggila.
Berlari lintang pukang mereka mendapatkan Jay.
“Kau kenapa hyung,” soal Niki.
“Tak patung ni kerdip mata kat aku.”
“Kau mabuk tu,” balas Jake. Yang lain mengiyakan kecuali Heeseung yang berasa sangsi. Tiba-tiba mereka dengar bunyi perut yang lapar.
Jay bersuara, “see. Dengar kan?”
Yang lain sudah pergi. Hanya Heeseung yang tinggal.
Sewaktu Sunoo, Niki dan Jungwon mengemaskan meja yang mereka makan, Heeseung melarang mereka bertiga bawakan satu kotak ayam yang masih tinggal.
Keenam mereka sudah bergerak dulu pulang. Heeseung sahaja yang tinggal dan dia sengaja berdiri tidak jauh dari kedai miiknya. Alangkah terkejutnya Heeseung saat melihat apa yang jadi melalui kanta matanya sendiri.
Dua gelas wine disatukan.
Suara garau keluar bergema, “rahsia sudah terbongkar.”
“Kita tunggu apa yang bakal terjadi,” balas seorang wanita lalu meneguk wine nya.
Keesokan paginya, kelihatan ketujuh mereka pergi ke kedai sementara. Namun yang anehnya kelihatan tujuh jejaka itu langsung tidak menyentuh atau mendekati tujuh patung itu. Jujur ketujuh gadis itu agak bersedih.
Malam itu, ketujuh gadis itu meluahkan perasaan masing-masing.
Chaerin meluah, “kenapa ek agaknya dia orang tak layan kita hari ini. Apa dia marah aku tendang dia.”
Layla turut bersuara, “takkan dia tau aku makan makanan dia.”
Yuki mengeluh diikuti Jiyoon. Soorin dan Yoora hanya satukan kepala. Aeyoung pula sedang bergolek di atas lantai.
“Jageumman. Kau orang…”
Ketujuh mereka berpaling untuk meihat punca suara.
Suara itu milik Sunoo dan dia duduk paling hadapan mereka bertujuh.
Ketujuh gadis itu tergamam melihat tujuh jejaka itu akhirnya mengetahui rahsia mereka.
“Apa semua ni. Kau orang manusia?”
Soorin mengangguk mendengar kata Jake. Mata Soorin sudah berair. Jake mendekati Soorin. “Maaf. Aku tak bermaksud nak singgung perasaan kau.” Soorin menggeleng mendengar kata Jake.
“Apa yang berlaku? Ceritakan pada kami.” Sunghoon meminta mereka bercerita.
“Kau orang tak terkejut?” soal Aeyoung.
“Tak. Sebab kami dah puas terkejut semalam disebabkan rakaman Heeseung.”
Jiyoon terangguk-angguk mendengar kata Niki.
Ketujuh gadis itu bercerita dari awal sehinggalah akhir.”
Terangguk-angguk Enhypen mendengar khusyuk.
Dari jauh ada yang memerhati.
Wanita itu memandang lelaki disebelahnya.
“Sudah sampai ke kemuncaknya.”
Bersambung….
PART 4
“Jadi kau orang akan jadi patunglah bila siang. Tak boleh bergerak?”
Kata-kata yang dia sendiri ucapkan bermain dalam mindanya. Hari ini Jay pula yang lebih awal datang ke mari. Dia mendekati Yoora dan merenung Yoora sedalamnya. Melihatkan pipi Yoora yang bertukar merah buatkan Jay tersengih.
Jay terlupa Yoora masih tetap seorang manusia. Tiba-tiba ada seorang wanita menghampiri Jay lalu memeluknya dari belakang.
“Eh!” Jay berasa terkejut.
“Yeobo awak kat sini rupanya. Puas merata saya cari. Awak buat apa kat butik ni. Carikan hadiah untuk saya ke?”
“Cik… Cik salah orang ni,” ujar Jay dalam keadaan tidak selesa.
“Chagiya! Apa yang awak buat ni?”
Seorang lelaki bermuka garang menyergah mereka. Wanita itu kelihatan seperti menakutkan. Dia mengeratkan tangan pada lengan Jay.
Tanpa sebarang amaran wajah Jay ditumbuk. Jatuh tersungkur dia ke atas lantai.
Wanita tadi menjerit. “Sudahlah! Hentikan semua ni. Saya dah penat. Saya tak nak awak lagi. Tak faham ke? Kenapa awak terus kejar dan seksa saya.”
Lelaki itu tidak mempedulikan kata teman wanitanya. Kolar Jay dicengkam kasar. Jay tidak membiarkan dipukul lagi kali ini. Perut lelaki itu ditendang Jay kuat. Lelaki tadi seolah rasa tercabar dan ingin sambung membelasah Jay, namun mujur Sunghoon, dan Jake menghentikannya. Sunghoon menahan dia. Jake pula menarik lelaki itu ke belakang. Lelaki itu masih agresif hendak menyerang. Sebuku penumbuk hampir singgah pada pipi Jake tetapi Jungwon berjaya menghalangnya.
Lelaki tadi ditolak ke tepi dan diberi amaran oleh Heeseung.
“Kami boleh saman kau kerana buat kekacauan kat sini. Kau belah sekarang!”
Niki menendang peha kawan tu menyebabkan lelaki itu terjengket berlari pergi. Takut hendak dibelasah Jungwon lagi.
Wanita itu memohon maaf dan mengucapkan terima kasih. Jungwon dan Heeseung menawarkan untuk membawa wanita itu buat laporan ke balai polis dan pulang ke rumah saudara-maranya yang terdekat.
Jay dibantu Sunoo merawat luka. Sunoo berhati-hati melekatkan kain kasa di bibir Jay yang luka. Niki turut membantu mengambil apa yang patut.
Jake dan Sunghoon sejak tadi hanya memerhati Soorin dan Aeyoung. Masih sukar untuk mereka mempercayai apa yang terjadi.
TING!
Bunyi loeng kedai mereka bergema tanda ada orang masuk.
Seorang wanita berambut panjang beralun bertopi hitam ditemani seorang lelaki memakai kot dan topi hitam menghampiri.
“Ya boleh saya bantu?” tegur Sunghoon. Jake turut menyusul di sebelah.
“Kami mahu beli tujuh gaun merah.”
“Boleh beritahu detail tentang pakaian yang puan mahu?”
Wanita itu mengangguk mendengar kata Sunghoon.
“Sila ikut ke sini,” Jake mempersilakan mereka duduk di sebuah ruang. Keduanya akur.
Sunghoon memberikan katalog design yang mereka ada.
Wanita itu tidak terlalu memilih. Malah dia tidak mahu terlalu mewah atau banyak labuci dan manik. Cukup glowing dan sepenuh kasih sayang yang perlu diberi.
Sunghoon dan Jake menghantar mereka berdua sehingga ke hadapan pintu.
Wanita itu berkata, “saya harap awak boleh siapkan dalam masa dua minggu.”
Wajahnya dibawa memandang ke lelaki disebelahnya. Wanita itu menyentuh lembat pegangan lelaki itu di lengannya.
“Suami saya nak hadiahkan pada anak-anak kami. Untuk hari terindah mereka.”
Sunghoon dan Jake hanya tersenyum sambil terangguk-angguk mendengar kata wanita itu.
Jake dan sunghoon segera menghantar salinan design itu kepada kakak ipar Heeseung untuk menyiapkannya.
Jay menegur Sunoo yang asyik termenung sejak tadi.
“Sunoo. Kau okay tak ? Apasal senyap jek hari ni?”
Sunoo sekadar menggeleng.
Jay menepuk bahu Sunoo lalu mendekati Yoora. Dia membetulkan pakaian Yoora. Tetapi tiba-tiba Yoora memeluknya. Jay agak terkejut namun dia tidak pula gelabah kerana sudah mengetahui gadis-gadis itu masih boleh bergerak walau menjadi patung mannequin.
“Hya kau kenapa?” Jay mengusap rambut Yoora.
“Aku risau.”
Jay tersenyum.
“Kau nampak apa yang terjadi tadi ke? Maaf sebab risaukan kau. Tapi aku baik-baik saja.”
“Aku tak suka perempuan tu peluk kau.”
Jay tersengih lagi. Kelihatan Yoora sudah merasa cemburu.
“Jangan risau hanya kaulah wanita yang satu-satunya special di hati aku. Tak ada yang lain.”
“Jeongmal?”
Jay mengangguk laju. Yoora mengeratkan pelukan. Jay turut membalas pelukan tersebut.
Sunoo di sebelah sana sedang merenung lantai. Dia agak kemurungan kerana manuskrip dia ditolak. Dia berfikir dia tidak akan berharap namun jauh di sudut hati, dia sudah berangan-angan membayangkan manuskripnya diterima dan dia menerima pujian besar. Dia berfikir mungkin belum tiba masanya lagi.
Segumpal kertas dibaling mengenai tepat wajahnya. Sunoo melihat sekeliling tetapi hanya ada dia dan patung itu di ruangan sini. Hyungnya yang lain, semuanya di hadapan.
Sunoo membuka gumpalan kertas tersebut dan melihat tulisan yang agak comot. Berkerut dia membacanya.
“Pipi? Picit? Patung?”
Sunoo tersengih
“3 P?”
Dia mendekati Layla lalu tersengih melihat tangan Layla comot dengan dakwat. Dia mencapai pen itu dan meletakkan di tepi. Kemudian tangannya naik mencubit pipi Layla. Dalam pada itu, dia dengar lagu 10 monts yang didendangkan oleh Sunoo. Satu baris beberapa saat. Dalam lima minit Sunoo mendengar nyanyian pendek Layla. Dia memeluk erat Layla lalu bersuara, “gumawo. Saya rasa sedikit gembira sekarang.”
Hari kelihatan mendung. Hujan perlahan turun disertai kilat yang sambung menyambung. Jake memegang tangan Soorin dan kelihatannya Soorin berasa sejuk. Jake menggosok tangan Soorin dan meniupkan tangan Soorin bagi menghasilkan haba. Tidak habis itu, Jake menyarungkan jaket ke tubuh Soorin. Dia bangun lalu menutupi tingkap kedai kerana tempias hujan masuk. Sempat juga dia berbicara sendiri menanyakan keberadaan Heeseung dan Jungwon.
Sunghoon pula menyelimutkan Aeyoung. Dia membuat dua cawan coklat panas. Sepintas lalu dia melihat telefonnya, dia terkejut saat terpandangkan cawan milik Ae sudah kosong. Sunghoon tersengih, tetambah melihat pipi Aeyoung yang comot. Sunghoon mengambil tempat di sebelah Aeyoung lalu jarinya mengelap pipi Aeyoung. Sunghoon merapatkan Aeyoung dengannya lalu dia tangkap gambar mereka.
Di waktu dua petang yang hujan lebat, Niki mulai berasa mengantuk. Dia memetik gitarnya manakala Chaerin di sebelahnya menikmati suara lembut Niki yang seiring dengan alunan gitar yang dihasilkan. Niki terkejut bukan kepalang mendengar esak tangis. Saat dia menoleh ke sebelah, wajah Chaerin sudah penuh dengan air mata. Niki tersengih. Dia mengampiri Chaerin dan menyoalnya
“Kenapa kau nangis?”
“Bogosipeo. aku rindu mak aku.”
Niki tersengih kembali lalu Chaerin ditolak masuk ke dalam pelukan Niki. Niki menggosok lembut belakang tubuh Chaerin untuk menenangkannya.
TING!
Heeseung dan Jungwon akhirnya pulang. Basah kuyup mereka akibat tiada payung terbawa. Mereka melihat kedai terlihat begitu sunyi. Rupanya ahli yang lain, tertidur dengan patung mereka. Niki, sunoo dan Jake masing-masing melentokkan kepala pada patung mereka. Sunghoon, Jake dan Jay membiarkan patung mereka tidur atas bahu mereka. Ketiga mereka menyandar di kerusi yang mereka duduki.
Heeseung dan Jungwon tersengih melihat mereka yang tertidur. Sungguh comel. Keduanya kemudian menanggalkan baju yang basah di hadapan Yuki dan Jiyoon. Heeseung meribas rambutnya dengan tuala kering. Manakala Jungwon mengelap tubuhnya dengan tuala. Mereka masih di hadapan Yuki dan Jiyoon buatkan keduanya tidak tentu arah.
“Ehem kau orang bila nak pakai baju?” Teguran Yuki mengejutkan Heeseung dan Jungwon. Keduanya saling berpandangan. Segera, mereka pakai lebih yang mereka bawa.
Heeseung mendekati Yuki, “maaf kalau aku buat kau tak selesa.”
Jiyoon membalas, “tak apa, Snow suka.”
“HYA!” Yuki merona merah.
Jungwon dan Heeseung tersengih. Apa yang mereka lihat di hadapan hanyalah dua patung yang tidak bergerak dan tidak ada reaksi muka. Namun situasi tadi seolah membuatkan mereka sedang berhadapan manusia.
Heeseung menyentuh rambut Yuki yang lembut dan panjang hingga ke bahunya.
Suara dalam Heeseung bergema, “aku harap kau akan cepat kembali seperti sediakala.”
Jungwon turut menambah, “yup. Kalau kau orang dah kembali sediakala. Kami nak ajak kau orang date.”
Jiyoon dan Yuki agak terkejut. Heeseung turut sama. Tetapi dia fikir itulah kehendaknya jua. Heeseung memandang Yuki semula. Pipi Yuki dielus lembut.
“Aku nak lebih kenal kau.”
“Aku pun.”
Heeseung tersenyum mendengar balasan suara Yuki.
Jungwon kemudian mengangkat Jiyoon ke hadapan kedai. Mereka duduk di sebuah meja berdekatan dinding kaca hadapan kedai itu.
Jiyoon duduk di hadapan Jungwon. Jungwon tersenyum memandang ke arah luar.
Jiyoon menatap Jungwon yang comel berlesung pipit lalu menegurnya, “awak sukakan hujan?’
“Nae. Saya rasa bila lihat air yang jatuh lalu menyentuh lantai. Macam irama muzik. Saya rasa tenang mendengarnya.”
Jiyoon tersenyum
“Saya gembira dapat kenal awak.”
Jungwon mengalihkan wajah menatap ke arah Jiyoon. Dia tersenyum kemudian.
“Saya pun.”
Jungwon meletakkan kepala di atas meja manakala Jiyoon turut melakukan hal yang sama. Tanpa sedar mereka terlelap. Begitu juga Heeseung. Yuki tidur dengan kepala di bahu Heeseung. Telinga mereka disambungkan earbud dan lagu not for sale masih dimainkan.
Seorang wanita dan lelaki berhenti di hadapan kedai itu berpandangan sambil tersenyum.
Lelaki itu merapatkan wanita itu di sisinya, khuatir satu payung ini membuatkan wanita itu kebasahan.
Wanita itu hanya tersenyum dengan tindakan si lelaki itu.
Dia kemudian bersuara, “apa mereka boleh lalui kepahitan selepas kemanisan ini?”
Lelaki itu membalas, “cinta boleh buat apa yang mustahil menjadi nyata.”
Wanita itu tersenyum lebar. Setelah mereka berjalan pergi, papan tanda yang tergantung di hadapan pintu kedai bertukar kepada open ke close.
Bersambung…
what's your think bout this story?
Share this novel