Three

Fantasy Series 593

PART 5 (FINAL)

Kian hari yang mendatangi tidaklah semudah mana. Biarpun mereka begitu sukar menerima pelanggan tetapi Enhypen tidak pernah berputus asa.

TING!

Pintu terbuka. Muncul Heeseung dan Jungwon yang sudah berpeluh usai mengedarkan segala risalah. Sunghoon dan Jake menarik mereka ke sofa. Mempelawa mereka makan setelah penat. Niki dan Sunoo yang membeli makanan untuk hari ini. Mereka berdua sekarang sedang sibuk memuat naik gambar yang baru sahaja Jay ambilkan dengan fotonya. Sunghoon dan Jake juga berjasa menghiaskan tujuh mannequin mereka menjadi lawa dengan rekaan design pakaian yang terkini. Khas buatan kakak Heeseung.

Dua minggu berlalu dan selama dua minggu itu, mereka kerap update gambar masing-masing bersama mannequin untuk memperagakan pakaian di butik mereka.

Sejurus kemudian, Sunoo terkejut menerima sebuah e-mel. Dia yakin itu bukan surat balasan untuk manuskripnya. Dia menglik emel tersebut dan terkejut melihat mereka mendapat tawaran untuk menghadiri sebuah fashion show. Bukan sahaja itu, Heeseung menerima panggilan bahawa mereka dijemput untuk menjadi model gambar sementara untuk sebuah produk. Ketujuh mereka begitu gembira menerima berita itu. Termasuk tujuh gadis di hujung sana.

“Tahniah!”

Mereka berpaling untuk melihat si penegur suara.

Kelihatan tujuh gadis itu sedang berdiri elok di hadapan mereka.

Sunoo berlari gembira mendapatkan Layla. Tubuh Layla dipeluk dan digoncangkan. Biarpun dia masih bersedih kerana manuskrip itu, namun dia bersyukur kerana mendapat tawaran begitu.

“Hya bertenang.” Layla turut gembira untuk Sunoo namun dia agak pusing dengan tindakan Sunoo. Berputar habis dunianya.

Niki turut menghampiri Chaerin lalu didukung dan dipusingkan Chaerin akibat kegembiraan. Chaerin membiarkan sahaja kerana dia tidak mahu merosakkan suasana mood Niki.

Sunghoon dan Jake menghampiri Aeyoung dan Soorin. Kedua gadis itu menghadiahkan pelukan kepada dua jejaka itu. Tidak habis itu, sebuah kucupan singgah di pipi mereka. Terkesima Jake dan Sunghoon seketika. Merona wajah mereka. Kedua gadis itu melarikan diri dengan tawa.

Jay dan Yoora duduk bersama. Jay mengajaknya selfie bersama akibat kegembiraan. Yoora tidak menolak kerana hanya pada waktu malam sahajalah Yoora dapat bertemu Jay sebagai insan yang sempurna. Dia mahu menghargai setiap detik dengan terbaik bersama Jay.

Jungwon dan Heeseung ditemani Jiyoon dan Yuki. Kedua gadis itu mengucapkan tahniah buat mereka berdua. Yuki malu-malu kerana Heeseung tidak lepas memandangnya sejak tadi. Jiyoon pula tenggelam dalam tautan mata Jungwon. Keduanya malu-malu kucing begitu.

TING!

Keduanya berkerut menerima pelanggan di lewat malam.

“Maaf saya datang nak ambil saya punya pakaian.”

Seorang wanita dan seorang lelaki yang pernah datang dahulu.

Sunghoon disusuli Jake mendekat mereka.

“Tunggu sebentar,” tegurnya.

Jake mendapatkan tujuh gaun yang tergantung pada hanger dan dilitupi plastik putih kepada wanita tersebut. Lelaki itu menyerahkan sekeping kad. Sunghoon menerima kad tersebut dan menyerahkan resit pembayaran kepada lelaki tersebut.

“Terima kasih dan maaf kerana lambat datang ambil.”

Kelihatan tujuh gadis itu teringat sesuatu saat mendengar kata lelaki itu.

“Eh itu bukan suara…” Mereka memandang Layla yang berbisik.

Mereka ingat suara garau lelaki itu dan wanita di sebelahnya.

Wanita itu mencari keberadaan tujuh mannequin tersebut.

Niki menegur wanita yang tampak aneh, “ya, puan cari apa-apa?”

“Saya mencari tujuh patung yang cantik tangkap gambar bersama tu.”

“ouh…” Niki hilang kata-kata. Dia memandang Sunoo.

Sunghoon dan jake backup Niki

“Kenapa ye puan cari?” soal Sunghoon dengan berhati-hati. Jake mengiyakan.

“Saya mahu beli mereka. Adakah ianya dijual?”

Heeseung segera membalas, “maaf tapi mereka bukan untuk dijual.

Jungwon dan Jay menghalang mereka dari terus melilau mata ke dalam ruangan sana.

Wanita dan lelaki itu saling berpandangan. Wanita itu kemudian menghulurkan tujuh kad jemputan.

Dia bersuara, “pastikan kamu bertujuh datang ke majlis ni. Kerana di sini kamu akan temui apa yang kamu cari.”

Ketujuh jejaka itu saling berpandangan dengan kehairanan.

Wanita dan lelaki itu beredar kemudian.

Ketujuh mereka agak terganggu dengan kata-kata wanita itu. Namun tidak ada perkara yang luar biasa atau pelik setakat ini. Hari itu, mereka perlu menghadiri fashion show dan esoknya perlu menghadiri pengambaran untuk produknya.

Masing-masing mengucapkan selamat tinggal dan ketujuh jejaka itu meminta tujuh gadis itu menanti mereka pulang.

Setelah sibuk selama dua hari, Enhypen akhirnya berpeluang untuk berehat. Oleh disebabkan sudah dua hari tidak ke butik tersebut, ketujuh mereka teruja untuk bertemu tujuh gadis itu.

TING!

Pintu dibuka.

“Hyung kenapa pintu ni tak berkunci? Aku ingat aku dah kunci tempat ni.” Semua terkejut mendengar kata Sunoo.

“Kejap. Kenapa tak nampak mereka bertujuh.” Teguran Jay mengejutkan mereka.

“Kau yakin mereka tak ada?”

Jay mengangguk dengan teguran Heeseung

Niki dan Jake segera berlari melihat sekeliling. Heeseung dan Jungwon naik ke tingkat atas tetapi kosong tiada siapa. Jake dan Sunghoon mencari di luar butik. Sunoo pula masih di hadapan pintu kedai itu menyesalinya diri sendiri. Niki dan Jake menghampirinya. Mereka cuba memujuk Sunoo dan menenangkan dirinya

“Bertenang. Aku yakin mereka baik-baik saja.”

“Tapi itu untuk sedapkan hati jek hyung. Hakikatnya kita tak tahu.” Jay cemas. Sekarang sudah larut malam.

Heeseung terdiam.

“Ini semua salah aku.”

“Jangan salahkan diri kau,” Sunghoon memujuk Sunoo. Jake menggosok bahu Sunoo

“Hyung kau dah sampai Heeseung hyung,” tegur Jungwon.

“Kenapa kau orang tiba-tiba nak jumpa hyung lewat malam ni,” tegur Heewon.

“Hyung… Namchin hyung ada tinggalkan tujuh mannequin tak di sini dulu?”

“Mannequin? Tak adalah. Semuanya yeochin hyung dah bawak kedai baru dia.”

Heeseung berkerut memandang ke arah yang lain.

Jiyoon membuka mata dalam kepayahan. Kali terakhir dia ingat mereka tiba-tiba disergah wanita persis Jang Nara dan Choi Jinhyuk lalu asap tebal mengelilingi. Mereka terpengsan. Jiyoon melihat rakan-rakannya ada sedang terbaring tidak jauh darinya.

Yoora dan Soorin turut tersedar. Yang tinggal Aeyoung, dan Yuki yang masih belum sedarkan diri. Chaerin dan Layla juga sudah sedar. Mereka mengejutkan Aeyoung dan Yuki untuk bangun

“Kita kat mana?” tegur Yuki saat sedar.

“Aduh, sakitnya kepala,” ujar Aeyoung. Yoora membantu Aeyoung duduk perlahan.

Chaerin melihat ke tubuhnya. Mereka memakai gaun labuh merah yang berkerlipan.

Soorin bangun dan melihat sekeliling.

“Kawan-kawan tempat ni…”

Layla dan Jiyoon yang menyusuli Soorin saling berpandangan.

Ya, tempat yang mereka pernah datang dahulu.

Blind date dengan seorang jejaka tampan.

Pokok besar, meja makan bersama lilin. Taburan bunga ros. Dibawah bulan penuh. Apakah maksud ini semua?

“Sebelum yeochin hyung, tempat ni pernah jadi milik orang lain ke?” Jay menyoal.

“Tempat ni sebenarnya milik sebuah pasangan. Bertahun-tahun mereka jaga kedai ni generasi demi generasi. Tapi beberapa tahun lalu kedai ni kebakaran. Suami wanita itu terkorban. Wanita itu juga semakin uzur. Kedai mereka semakin bankrup. Wanita tu akhirnya bercadang nak jual sebelum dia mati. Begitulah kisahnya.”

“Bunyi pelik yang hyung pernah dengar adakah itu pasangan tu…”

“Haisyhhh…” Yang lain mengeluh mendengar kata Sunoo. Mengarut sahaja.

“Sebelum ni, yeohin hyung biarkan kosong saja beberapa bulan sebelum berpindah masuk. Tak ada pulak kejadian aneh.”

Mereka bertujuh runsing. Mereka telah memeriksa cttv tetapi tiada langsung rakaman seorang manusia. Malah pada waktu malam. Tiada saksi yang melihat dalam dua hari itu. Tempat itu juga kurang menjadi tumpuan pada waktu malam, kecuali siang dan hujung minggu. Tiada suspek.

Tiba-tiba Heewon bersuara, “ouh ya tapi wanita tu ada serahkan dua orang wakil untuk uruskan kedai ni.”

“Hyung ada gambar mereka?” soal Sunoo.

“Tak sempat pulak nak tangkap gambar eh, nanti…”

Hee Won membuka akaun instagram miliknya dan menunjukkan dua pasangan yang begitu famous sekali. Akaun itu mempunyai follower yang begitu ramai. Mengalahkan artis.

Gambar pasangan itu ditunjuk. Membuntang luas mata Jake dan Sunghoon.

“Eh, ni bukan wanita dan lelaki yang datang tempah baju kat kedai kita.”

Jake mengangguk.

“Kalau macam tu tak ada jawapan lain lagi.”

Semua memandang ke arah Heeseung

Jungwon mengeluarkan tujuh kad jemputan tersebut. Dia menunjukkan tarikh kad jemputan itu.

Ternyata hari ini adalah harinya.

Jay dan Niki menunjukkan wajah bingung.

“Kita kena cepat sebelum 12 tengah malam.” Dia membaca peringatan yang ditinggalkan pada kad tersebut.

Mereka semua berura melangkah pergi kecuali Sunoo yang menahan mereka.

“Aku tahu mereka ada kat mana…”

Keenam mereka berkerut.

“Hya! Ada sesiapa dengar tak?”

Mahu kering tekak Layla kerana menjerit di sebelah pokok tersebut. Dia berharap Sunoo akan menyelamatkannya namun entah usahanya itu berbaloi atau tidak.

Sunoo memimpin mereka menuju ke hadapan pokok yang terletak elok di sebelah kedai mereka.

“Kau dah gila ke Sunoo?” tegur Jay.

Niki menahan Jay, “kita cuba dulu ikut dia.”

Jay akur.

Jake dan Sunghoon hanya menjongketkan bahu tanda masih kebingungan.

Heeseung dan Jungwon cuba meletakkan keyakinan pada Sunoo.

Pada pokok itu kemudian terpancar sebuah pintu bercahaya. Mereka melangkah masuk pintu itu dan termasuk ke sebuah tempat. Disekeliling itu penuh tasik tiada langsung daratan kecuali meja yang berlantaikan tanah itu dihampiri mereka. Kelihatan tujuh gadis sedang duduk di meja tersebut.

“Eh, tu!”

Mereka melihat tundingan jari Aeyoung

Terkejut tujuh gadis itu melihat tujuh jejaka di situ. Mereka bertujuh lantas saling berpelukan. Tempat itu bergegar kemudian. Langit bertukar cerah. Tasik tadi telah bertukar menjadi padang hijau luas yang terbentang. Burung berkicauan dan kelihatan langit membiru.

“Silakan duduk semua,” arah seorang wanita yang entah muncul dari mana.

Mereka masih terkejut namun merancang untuk tidak berkata apa-apa. Ketujuh pasangan duduk di sebuah meja panjang dan duduk saling berhadapan pasangan masing-masing.

Seorang lelaki menuangkan wine ke dalam gelas mereka.

Wanita dan lelaki itu mengangkat gelas mereka tinggi.

“Cheer!”

Ketujuh pasangan itu turut mengangkat gelas mereka lalu meneguk minuman tersebut. Setelah itu mereka tidak sedar apa-apa lagi. Wanita itu dan lelaki itu berpandangan sambil tersenyum melihat mereka bertujuh tidur bersama kepala mereka direhatkan di atas meja.

“Semuanya sudah selesai. Selamat berbahagia kalian,”

Lelaki itu turut menambah, “tujuh soulmate akhirnya berjaya disatukan. Tugas kita dah selesai.”

Lelaki itu menghulurkan lengannya pada wanita tersebut.

“Mahukah pergi dating bersamaku?”

Wanita itu mengangguk tanpa ragu.

“Kau masih sama seperti dulu Jinhyuk-shi”

“Kau juga Nara-shi. Masih tetap cantik dan baik hati seperti dulu.”

Wanita itu tersengih. Lelaki itu merapatkan wanita itu pada sisinya.

Gambaran kebakaran kedai itu bersama tangisan seorang wanita dan foto sebuah pasangan yang terpapar kini telah menjadi kenangan.

Jinhyuk dan Nara berjalan pergi. Mereka minum secawan air sebelum melangkah melalui sebuah pintu gerbang besar.

Tiada siapa yang tahu kedua mereka yang menderita berjuang mempertahankan cinta suci mereka meskipun ditegah keluarga. Terlalu kuatnya ikatan cinta sejati sehingga dirinya sanggup menghilangkan nyawa dengan cara yang salah akibat pasangannya yang terkorban dalam sebuah kebakaran.

Beberapa bulan berlalu.

Tujuh pasangan itu akhirnya officially menjadi yeochin dan namchin. Pada hujung minggu itu ketujuh mereka merancang untuk dating di pasar yang tersohor di situ. Usai siap kerja di butik mereka, malam itu mereka bersiap dan bertemu.

“Mana Jay hyung dan Yoora ni. Lambat betul.”

Sunoo mencebik bibir. Layla memegang muncungnya. Dia membetulkan cekak arnab Sunoo yang senget.

Jake dan Soorin asyik dengan dunia mereka. Berkepit sejak tadi. Selfie tak ingat dunia.

Niki dan Chaerin pula sibuk bertekak siapa yang paling tinggi. Niki juga geram menanti Heeseung dan Yuki yang pergi ke kedai sebentar tak pulang kembali. Chaerin mengetuk Niki. Niki mahu membalas semula tetapi kesudahannya Chaerin jatuh atasnya. Niki mengambil kesempatan memeluk Chaerin kuat.

Yuki terjatuh. Heeseung meniup lutut Yuki yang luka. Dia segera mengendong Yuki walau dihalang. Yuki berasa terharu.

“Heeseung saya beratlah. Awak boleh turunkan.”

“Anniyo. Saya akan gendong awak seharian hari ini. Dari awal sampai habis date.”

Tindakan Yuki mencium pipi buatkan Heeseung terkesima seketika. Telinganya bertukar memerah. Yuki ketawa kecil melihatnya.

Sunghoon memegang pipi Aeyoung lalu dibandingkan gambar dua orang yang kelihatan muda memakai seragam sekolah.

“Awak dan dulu tak pernah berubah Ae.”

“Apa yang tak berubah?”

“Sentiasa manis dan cantik.”

“Kojimal.”

Sunghoon mencuit hidung Aeyoung menyebabkan Aeyoung tertawa halus.

Tindakan Sunghoon menggengam erat tangan Aeyoung mengejutkannya.

“Kita takkan terpisah lagi. Saya akan jaga awak sampai bila-bila.”

Aeyoung tersenyum manis memandang Sunghoon.

Di hujung sana Jay masih lagi sempat bergurau dengan Yoora. Yoora sebal dengan Jay yang asyik melarikan telefon bimbitnya.

“Hya Jay pulangkanlah telefon saya tu. Jahatlah awak ni”

“Siapa suruh awak pentingkan telefon ni dari saya. Kiss saya dulu baru saya bagi balik.”

Pipi Yoora membahang mendengarkan permintaan itu.

“Hya ppali…” Jay menjadi kurang sabar

CHUP!

“Puas hati?” Yoora berlari setelah mengucapkan itu. Jay mengejarnya dalam sengihan.

Heeseung dan Yuki turut tiba. Yuki tiba-tiba turun dari belakang Heeseung. Heeseung hanya terdiam memerhati tingkah Yuki. Dia mengenggam tangan Heeseung erat.

“Pegang tangan saya kuat-kuat. Jangan biarkan saya jatuh lagi.”

Heeseung tersenyum memandang Yuki. Dia mengangguk tanpa ragu.

Suara jeritan kegembiraan Soorin bergema pabila Jake mengendong Soorin dalam larian.

Sunoo menjerit kegembiraan, “kajja pergi.” Tangan Layla digenggam erat. Sunoo merapatkan Layla dengan sisinya lalu berjalan pergi.

Niki sempat mengambil kesempatan mencium pipi Chaerin sebelum berlari pergi.

“Hya!” Chaerin mengejar Niki.

“Kajja princess.”

Aeyoung mengangguk lalu tangan Sunghoon membawa tangan Aeyoung pergi.

Kini hanya tinggal Jiyoon dan Jungwon di belakang. Kedua mereka masih malu-malu kucing untuk bertatapan mata atau memegang tangan.

Mereka melangkah dengan lambat. Keduanya hanya diam sejak tadi. Tiba-tiba kereta meluju ke arah Jiyoon. Mujur Jungwon cepat menarik Jiyoon ke tepi. Jiyoon jatuh ke dalam pelukan Jungwon. Kedua mereka kaku dalam mata saling bertautan.

Seketika mereka tersedar. Jiyoon melepaskan tautan. Jungwon meminta maaf.

“Anniyo. Terima kasih sebab selamatkan saya.”

Jungwon tersenyum menampakkan lesung pipitnya.

Mereka diam kembali dan sambung berjalan.

Jungwon tidak betah begitu. Suara dan nasihat hyung-hyung dan maknae menggesanya untuk bertindak jika tidak mahu menyesal di kemudian hari. Wajah keenam mereka sungguh lucu menyebabkan Jungwon tersengih.

Jiyoon perasan akannya.

“Jungwon, awak okay?”

Jungwon mengangguk. Dia kemudian menegur, “Jiji-shi. Boleh saya pegang tangan awak?”

“Nae? Nae…”

Jungwon menyambut tangan Jiyoon lalu mengenggamnya erat. Jiyoon malu-malu.

Dari hujung sana keenam pasangan itu masih setia menanti.

“Aigoo kena siapkan pop corn,” ujar Sunoo.

“Hya! Ppali leader-nim. Jiyoon-shi jom pergi. Kami dah tak larat tunggu.”

Jungwon dan Jiyoon agak malu kerana mereka rupanya diperhatikan sejak tadi. Jungwon melarikan Jiyoon pergi mendahului mereka. Suara tawa dan usikan bergema kuat.

“They not for sale. They are our precious girl. Our soulmate.”

tamat

do you like this story?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience