BAB 3

Romance Completed 738

Lelaki berhelmet itu memberikan sekeping not RM 50. Kanak-kanak perempuan itu meraba-raba, cuba mencari baki wang. Duitnya tidak cukup untuk memberikan pulangan baki. Lelaki berhelmet itu memandang kanak-kanak perempuan itu.
“Tak apa. Selebihnya awak simpan,” kata lelaki berhelmet itu lalu memecut motorsikalnya meninggalkan kanak-kanak perempuan itu.Kanak-kanak perempuan itu berjalan riang dengan bakul kosong.Jualannya seperti semalam, pasti habis. Lelaki berhelmet itulah yang selalu menjadi orang terakhir yang membeli kuih karipap inti daging buatan istimewa ibunya.Lelaki berhelmet itu tiba di masjid.Dia meletakkan bungkusan karipap yang dibeli tadi berhampiran dengan tangga masjid dengan sekeping nota,‘Untuk Jemaah’.Kemudian, dia berlalu dari situ.Jam 12.30 tengah hari. Bilal Jugah tiba di masjid. Memang sudah diduganya, pasti ada hamba Allah yang meletakkan kuih karipap di situ.Sudah bertahun, tiada sesiapa pun yang tahu siapakah yang begitu pemurah untuk menyedekahkan kuih karipap itu.Yang anehnya, kelmarin saja kuih karipap tidak ada. Bilal Jugah kemudiannya mencapai bungkusan karipap itu dan cuba untuk meletakkannya ke dalam pinggan-pinggan plastik. Lepas solat, boleh dijamu kepada jemaah yang hadir.
Tiba-tiba, muncul seorang lelaki. Lelaki itu merampas bungkusan karipap daripada tangan Bilal Jugah . Sepanjang hidupnya, itulah kali pertama Bilal Jugah diserang penyamun. Anehnya, penyamun itu tidak menyamun duit, tapi, menyamun kuih karipap.“Hoi!” jerit Bilal Jugah . Setelah menyarungkan selipar, Bilal Jugah mengejar penyamun itu.

Bilal Jugah memungut seketul batu sebesar penumbuk lalu menyasarkan sasarannya. “Bismillahirrahmanirrahim..” Buk! Batu itu mengena tepat pada kaki kanan penyamun itu. Penyamun itu tersungkur ke tanah.“Ampunkan saya, ampunkan saya. Saya lapar..” rayu penyamun itu. Wajah Bilal Jugah tenang.“Aku tak marahkan kau. Kalau kau nak, mintak, bukan mencuri. Dah,bangun. Mari ikut aku. Zohor dah nak masuk ni. Jom, kita berjemaah.
Nanti, lepas solat kita makan sama-sama dengan ahli jemaah,” balas Bilal Jugah.Dengan lagak malu, lelaki itu menerima ajakan Bilal Jugah.Tidak ramai yang Solat Zohor hari itu. Maklumlah, hari bekerja, tidak ramai yang ada di kampung. Hanya yang tua-tua sahaja yang ikut berjemaah di masjid,yang muda masih dengan prinsip hidup songsang, ‘Taubat bila dah tua.’ “Dari mana? Nama siapa?” soal Bilal Jugah kepada lelaki itu.Lelaki itu seakan-akan tidak mendengar. Mulutnya penuh dengan karipap. Tiba-tiba,dia tersedak.

Bilal Jugah menggeleng-gelengkan kepala. Dituangnya air Teh O ke dalam gelas dan dihulurkan kepada lelaki itu.“Kalau ye pun lapar, janganlah lahap sampai tak ingat dunia,” tegur
Bilal Jugah.Lelaki itu meneguk Teh O buatan Bilal Jugah sambil terbatuk-batuk.Jemaah lain hanya memerhati tingkah lakunya yang kurang menyenangkan itu.Rasa air Teh O itu agak tawar. Namun, cukup untuk melegakan kerongkongnya yang tadinya tersumbat.“Dari mana?”Lelaki itu membisu seketika.Dia berfikir sama ada dia patut menjawab soalan itu atau tidak.“Saya dari bandar,” jawab lelaki itu, kurang tepat.“Buat apa kat sini?” tanya Bilal Jugah lagi.
Lelaki itu terdiam. Kelmarin, dia telah mencuri karipap di masjid itu.Jadi, sekarang, kerjaya rasminya pencuri sambilan. Kalau dikatakan dia pencuri, mahu dia tidur lokap malam nanti.“Jangan bimbang, aku tak akan bawak kau ke balai polis. Kau ingat mudah-mudah ke Islam nak hukum seseorang pencuri.Kalau kau mencuri sebab lapar, itu tak mengapa. Tapi, memandangkan tadi aku nampak, aku tahanlah,” kata Bilal Jugah.Seperti memiliki kasyaf, dia seperti dapat membaca perkara yang bermain di dalam benak lelaki itu.
“Nama siapa?” tanya Bilal Jugah lagi.“Am.” “Amboi, tak ada ayah macam Nabi Isa ke?” “Sahlan bin Zahari. Panggil Am.”“Hah, macam itulah baru betul. Kang tak pasal-pasal aku ingat kau ni utusan dari langit.Sesat lah aku. Habis, sekarang Am tinggal kat mana?”Sahlan diam seketika. Belum sempat Bilal Jugah menyampuk, Sahlan terus bersuara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience