BAB 4

Romance Completed 738

Jika disembunyikan, orang tua itu pasti tahu juga.“Ke mana saja kaki ini membawa.” “Hmm...cakap je leh tak ada tempat tinggal. Merempat.Nak pakai ayat bersastera sangat buat apa!” balas Bilal Jugah.Sahlan tesengih-sengih.“Macam ni.Rumah aku ada satu bilik kosong.Tapi, bilik tu di bawah rumah.Aku tinggal kat atas. Ala rumah kampung, bawah rumah pun dijadikan bilik. Kalau kau tak ada tempat tinggal, boleh tumpang di situ dulu.Tapi, dengan satu syarat.” “Apa syaratnya?” “Kau kena kerja dengan aku tanpa gaji.Aku tak ada duit nak gaji pekerja. Jangan bimbang, makan minum kau semua aku tanggung.”Sahlan termenung seketika. Memang dia sudah lama mencari pekerjaan.
Sebelum ini pun dia sudah cuba mencari kerja di banyak tempat.Namun, pabila sahaja diberitahu dia baru keluar dari pusat pemulihan akhlak,tiada siapa yang mahu mengambilnya bekerja. Sekarang sudah ada yang menawarnya bekerja. Pedulikan gaji. Kini, keperluan perl u mengatasi kehendak. Keperluan hidup yang diperlukan, makan dan minum, tempat tinggal.Nah, pakej yang ditawarkan Bilal Jugah melengkapi kesemuanya!
“Baik. Saya setuju dengan syarat itu.” “Bagus. Aku balik dulu. Aku kena kemaskan tempat tinggal kau.Sementara itu, kau duduk di masjid dulu. Ingat, jangan pergi mana-mana.Lepas Asar nanti, aku bawak kau ke rumah. Mulai hari ini, kau boleh panggil aku, Ayah Su.”
“Baik, Ayah Su.”
***
“Mia!”
Pekikan Sahlan mengejutkan seorang jemaah masjid yang sedang mengambil wudhu’. Berulang kali kalimah istighfar diucapnya.Mimpi yang sama masih menghantuinya. Dia pun tidak tahu mengapa bayangan perempuan itu masih menghantui mimpinya.Adakah masih ada dendam dalam hatinya terhadap perempuan itu? Jika perempuan itu mengaku bahawa dirinya dirogol, sudah
tentu orang akan menganggapnya sebagai hero yang memperjuangkan maruah wanita.Ini tidak, sepanjang sepuluh tahun, dia dituduh sebagai pembunuh! Dan kalaulah dia tidak dilabel pembunuh, sudah tentu ibu bapa Deraman tidak akan menghalang persahabatan mereka dulu.Iyalah, ibu bapa mana yang ingin anaknya bergaul dengan pembunuh.Keluarganya? Awal-awal lagi dia sudah diharamkan daripada menjejakkan kaki di rumah sendiri.
Bayangkan, kerana seorang perempuan, dia kehilangan keluarga, sahabat dan ada yang lebih tragis, maruah!“Astaghfirullah. Ya Allah, kuatkanlah hati ku untuk menerima takdirmu.Hapuskanlah dendam yang ada di dalam hati ini.”Doa yang dilafaznya itu didengari Bilal Jugah yang baru tiba di masjid.Bilal Jugah menepuk bahunya sebagai isyarat untuk segera berwudhu’.Azan Asar akan berkumandang tidak lama lagi.
***
Sahlan mengikut tiap-tiap langkah Bilal Jugah hingga mereka berdua tiba di sebuah rumah tradisional yang sudah usang, namun masih tetap kukuh berdiri.Binaan lama, selalunya memang tahan lama.“Am, kat bawah tu bilik kau. Ada kipas. Aku dah letak.Insya-Allah, lebih selesa daripada kaki lima.”Sahlan hanya diam.Sama ada dia mahu bersyukur atau tidak, itu yang kedua.Pada saat itu, dia tidak punya pilihan lain. Jika difikir-fikirkan balik, lebih baik dia tidak dibebaskan dari pusat pemulihan.Di sana,makan minum, tempat tinggal, semuanya diperolehnya secara percuma.“Bila saya boleh kerja, Ayah Su?” tanya Sahlan.“Esok. Awal pagi. Sekarang, kau baik kau pergi mandi.Aku tengok kau dah macam bangkai hidup.Hari ini, kau rehat dulu.Tengok-tengoklah apa yang ada dalam bilik tu.Nanti aku panggil untuk makan malam.”Kemudian, orang tua menaiki itu menaiki anak-anak tangga rumahnya.Sahlan menuju ke pintu depan bilik bawah rumah itu.Perlahan-lahan tombol pintu itu dipulasnya.Alhamdulillah, semuanya tidaklah seteruk yang dibayangkan.Ada katil, ada almari. Malah, kipas yang disediakan bersaiz besar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience