BAB 1

Romance Completed 738

DUNIA masih berputar. Matahari tetap utuh mencurahkan bakti pada kehidupan. Lautan bersama geloranya sentiasa mutlak meski dilemparkan jutaan bangkai dan najis. Namun, janji Tuhan itu pasti. Akan tiba suatu saat bila semua yang dicipta-Nya hancur menjadi puing-puing berterbangan lantas segalanya akan kembali pada satu titik kosong, di mana segalanya bermula yakni cinta. Cintalah asal pada setiap kejadian, nafas pada setiap kekuasaan yang dizahirkan oleh-Nya.

Manusia. Dijadikan daripada tanah, dibentuk segala anggota, ditiupkan roh, maka jadilah Adam. Adam dikasihi Tuhan hingga Azazil diperintah sujud kepadanya. Sungguh tinggi martabat ciptaan ini.Tuhan sendiri tahu perihal ciptaan-Nya. Tuhan jua tahu Adam mendambakan cinta manusia.Maka, hilanglah satu rusuk Adam dan dijadikan daripada rusuk itu seorang insan melawan jenisnya diberi nama Hawa.Bermula dari detik itu, cinta laki-laki dan wanita mula tercatat dalam sejarah tamadun manusia yang berlaku di sebuah tempat yang maha indah, syurga.Penciptaan Adam dan Hawa menjadi bukti cinta itu ada, bukan hanya dari Tuhan dan untuk Tuhan, namun juga cinta dari sang jejaka kepada sang gadis.

***
1 April 2010
“April Fool!”
Basah lenjun baju Deraman apabila dikenakan teman-teman sekelasnya.Malah, Cikgu Mansur sendiri berpakat untuk mengenakannya. Siapa sangka,dia akan terkena dengan helah April Foolitu.“Hoi, kurang asam punya orang!” pekik Deraman . Lain daripada apa yang diduga temannya.
“Relax la bro, kami main-main jer,” ujar Sahlan .“Main-main kejadah korang!” “Hoi, Ram. Kau nak ke mana tu?”Panggilan Sahlan tidak diendahkannya.Deraman berlalu meninggalkan bilik disiplin itu. Cikgu Mansur buat-buat tidak tahu. Dapat dilihat pada raut muka guru disiplin itu bahawa dia sedang cuba menahan senyuman sinisnya.Puas hatinya pabila dapat mengenakan Deraman .Entah apa salah Deraman padanya.Apa yang pasti, Cikgu Mansur memang menyimpan dendam terhadap Deraman .

“Ram, aku mintak maaf kalau kau terasa dengan apa yang aku buat.Aku tak bermaksud nak melukakan hati kau. Aku dan geng justnak celebrate hari jadi kau je. Salah ke?” “Lan , tak salah kau nak sambut hari jadi aku.Kalau kau nak bunuh aku pun aku tak kisah. Tapi, jangan la belot dengan aku,” balas Deraman.
“Apa maksud kau?” soal Sahlan.
Deraman bergerak lebih laju. Sahlan memintas dan menahannya.“Sebab aku berpakat dengan Cikgu Mansur ?” tanya Sahlan lagi.“Ya. Kau kan tahu Cikgu Shit tu selalu menyusahkan aku.Kenapa kau berpakat dengan dia.Malah, nak kenakan aku pulak. Kau tahu, nasih baik air sabun tu aku tak telan sampai habis. Kalau tidak, tentu aku masuk hospital. Koma berbulan-bulan.Itulah yang si Shit cuba lakukan.Dia nak aku koma, masuk hospital! Ah, malas la aku nak cakap fikiran kotor dia tu.”
“Ya Allah, mengucap Ram. Kau tahu tak berdosa bersangka buruk. Nabi marah.” “Bodoh! Jangan guna dalil agama la kalau kau sendiri tak paham agama..!
”Sahlan terkesima dengan panggilan yang digunakan Deraman .Sebelumnya,Deraman tidak pernah begitu. Belum pernah kosa kata ‘bodoh’ itu keluar dari bibirnya. Kali ini, mudah-mudah dia dilabel bodoh oleh Deraman.“Kalau perompak masuk rumah kau, kau masih nak sangka baik ke?” soalDeraman pula.Dia menggunakan analogi perompak masuk-rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience