Bab 1: ESOK PINDAH?!

Romance Series 1124

[Hari terakhir cuti penggal pertama, 30 Mac]

"Mama, takkanlah Annie kena pindah sekolah?! Lepas tu macam mana dengan Nadhiah, Amirah dan Anis?" Annie sungguh sedih kerana perlu berpisah dengan kawan-kawannya. "Nak buat macam mana, ini keputusan Papa. Papa kan kena tukar cawangan ke Syarikat lain jadi kenalah ikut." jawab Puan Alya kepada Annie. "Bila kita pindah Mama?" tanya Annie dengan penuh tumpuan. "Esok" jawab Puan Alya dengan selamba. "Apa?!" terkejut Annie apabila mendengar jawapan daripada ibunya itu.

Annie seorang yang pendek tetapi dia sangat pandai dalam pembelajaran. Selain itu, dia juga seorang yang pemalu.

[Hari pertama ke sekolah ]

Hari pertama ke sekolah adalah hari yang paling mendebarkan bagi Annie. "Annie…oh Annie dah bangun ke belum? Nak masuk waktu subuh dah ni!" Setiap pagi, Puan Alya lah yang selalu kejutkan Annie untuk solat subuh kerana Annie adalah seorang yang malas bangun pagi. "5 minit, 5 minit je lagi ma." Jawab Annie sambil menutup mata. " Annie, berdosa tau kalau lambat kan waktu solat! "tegur Puan Alya kepada anak daranya yang pemalas itu. Selepas mendengar bebelan daripada Puan Alya, Annie terus bangun daripada katilnya itu dan mencapai tuala mandi miliknya itu.

Annie, Puan Alya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience