Bab 4: Sweetnya!

Romance Series 1124

Apabila Annie tersedar dari pengsan. Dia melihat bahawa dia berada di atas katil. Betapa terkejutnya Annie apabila melihat Shahril yang berada di sebelahnya yang sedang menunggu kesedarannya itu. Shahril pun menganjurkan pertanyaan kepada Annie. "Annie, awak Okey ke tak?". "Saya dekat mana ni?". Annie pelik kerana apabila dia tersedar dari pengsan dia berada di atas katil.

"Awak tak ingat ke? Awak ada dekat bilik sakit la. Awak tahu tak, saya risau sangat masa awak pengsan dekat dada saya tadi." Shahril menerangkan segalanya kepada Annie sambil malu-malu. "Oh, maaflah sebab saya terpengsan atas dada awak." sebenarnya hati Annie sudah berbunga-bunga apabila Shahril mengatakan bahawa Annie jatuh di dada Shahril. "Siapa yang angkat saya dan bawa saya ke sini tadi ?" Annie cuba mengajukan pertanyaan kepada Shahril supaya keadaan tidak menjadi canggung. Belum sempat Shahril menjawab, Cikgu Fatma pun datang dan bertanya. " Annie, awak dah Okey ke belum ?". " Saya dah Okey cuma pening sikit." Annie sebenarnya bukan pening pun, cuma dia nak perhatian daripada Shahril. " Takpe la, kalau macam tu awak tidur la dulu. " Cikgu Fatma amat risau akan kesihatan anak muridnya itu." Takpe la cikgu, saya nak pergi kat kelas sebab bosan la duduk kat sini je." Annie memang tak suka berada di bilik sakit. Dia bukan seperti budak lain, yang suka ponteng kelas."Kalau macam tu, biar saya papah awak." Shahril ni, memang nak buat Annie pengsan lagi ke? Hahaha

Annie, Shahril, Cikgu Fatma

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience