Bab 3: OMG! SI DIA SEKELAS DENGANKU

Romance Series 1124

Annie di tempatkan di kelas 2 Bitara iaitu kelas kedua daripada lima kelas. Annie pun pergi ke kelas 2 Bitara. Betapa terkejutnya Annie apabila melihat lelaki yang kacak itu sekelas dengannya. cikgu Fatma yang berada di sebelahnya pun berkata "Annie sila perkenalkan diri kamu."Annie pun memperkenalkan dirinya kepada rakan sekelasnya itu"Oh, sebelum saya lupa. nama saya Nur Annie Awatif binti Awang, sebelum ini saya bersekolah di SMK Sultan Ismail. Awak semua boleh panggil saya Annie." Annie semakin malu kerana lelaki yang kacak itu menatapnya dan memberikan senyuman yang sangat manis kepadanya.

"Annie, silakan duduk di sebelah Shahril." Cikgu Fatma menunjukkan tempat duduk yang akan di duduki itu. "Oo…nama dia Shahril, sedap nama tu macam tuan dia tapi tuan dia kacak bukan sedap....hihihi." Bisik hati Annie. Apabila Cikgu Fatma melihat Annie seperti batu, Cikgu Fatma pun berkata "Annie silakan." " Oh,maafkan saya cikgu. " Annie pun pergi menuju ke tempat duduknya.


"Hai, Nama saya Muhammad Shahril Hazrin …awak boleh panggil saya Shahril." Shahril memperkenalkan dirinya kepada Annie. Tiba-tiba Pipi Anni kelihatan merah, Shahril pun bertanya "Annie kenapa pipi awak merah?" "Tak ada apa-apa la." Annie cuba menenangkan hatinya. Apabila dia mendengar bahawa Shahril berkata "Awak ni kan." Annie pelik dan berfikir adakah dia telah membuat sesuatu yang salah. "kenapa?" kata Annie dengan bingung. "kenapa la awak ni Cute sangat!" Sepertinya Shahril telah membuat hati Annie semakin berdenyut laju seperti kilat. Tidak lama kemudian, Annie pun pengsan di dada Shahril "

shahril, Cikgu Fatma, Annie

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience