BAB 1

Romance Completed 50639

(Prologue)
Aku sudah tak mahu hidup di dunia ini lagi, jika aku lenyap sekalipun akan tiada siapa yang sedar akan kehilangan ku? Tiba-tiba aku nampak cahaya..
Siapa itu? Kau bawa harapan ke dalam hidupku, sudikah kau menerima kekurangan ku? Adakah kau akan berlalu pergi selepas tahu siapa diriku?

"M-mak..,mak nak pergi mana ni?"

"Mak janganlah tinggalkan Mia.."

"Mak!"lengan wanita dalam lingkungan 30 han ditarik berkali dan ditepis
kasar

"Lepaslah budak!"kepala Mia ditunjal berkali-kali

"Mak, Mia dah takde sapa-sapa dah mak.Ayah dah takde,mak je satu-satunya
yang Mia ada sekarang. Mia mohon, Mia mohon dekat mak,tolong jangan
pergi"rayu Mia

"Diamlah budak celaka,aku bukan mak kaulah.Pandai-pandai je panggil aku
mak.Mak kau dah mati!"herdik wanita bernama Puan Safa

"Mak!!"

"Lepaslah!"tubuh Mia ditolak dan ditendang dengan kakinya

"Mak pukullah Mia asal mak tak pergi!"dalam tangis Mia merayu buat
kali kedua

" Mia lepas Mia!,aku tetap nak pergi jugak.Bapak kau dah mampus dah
jadi aku bebas.Aku boleh buat apa saja yang aku nak"senyuman sinis ditayang

"Kalau mak tetap nak pergi, Mia ikut sama. Mia nak dekat dengan mak"
Mia berkeras

"Degil betul budak ni!,kau pergi sana lah celaka!"dengan sekali
tolakkan, Mia Riska terdorong kebelakang sedikit

"Mak.."rintih Mia

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience