BAB 10

Romance Completed 50639

Malam yang agak sunyi dan membosankan bagi Mia Riska. Mia duduk
diatas lantai sambil memandang keluar dengan pandangan kosong.Ranting
kayu yang bersepah diatas lantai dipatah-patahkan.Angin menyapa wajahnya
dan bibir bawahnya dijilat

"Huh,bosan"

Seminggu sudah berlalu dan statusnya sebagai seorang isteri kepada
seorang jutawan bernama Dato Mateen Hazry masih lagi dirahsiakan.Cara
layanan Hazry pun sama macam hari-hari sebelumnya,kasar,dingin

"Aku haus"bisik Mia dan bangkit dari tempat duduknya

Pintu ditutup dan dikunci.Langsir ditarik dan Mia menapak keluar dari
biliknya.Kedua-dua tangan diselukkan kedalam poket seluar dan
pandanganya ditumpukan kearah lantai.Cantik sangat ke lantai tu Mia Riska?

Langkah Mia terhenti dibilik Mateen dan pintu bilik Mateen direnung
lama.Naluri berkata, masuklah.Terdengar bisikkan seseorang mengatakan
masuk. Belum pernah lagi dia melangkah masuk kedalam bilik ni

Seminggu bergelar isteri kepada Dato Mateen Hazry belum pernah lagi dia
baring disebelah Mateen macam pasangan yang sebenar atau tidur
sebilik.Tersentuh kulit pun Mateen dah naik angin

krak!

Bibir bawah digigit.Bising betul pintu ni.Tombol pintu dipulas
sepenuhnya dan akhirnya dia berjaya masuk.

"Bismilah.."kaki kanan menapak masuk kedalam

' aish,sejuk betul bilik dia ' bisik hati Mia Riska

Segala perabut yang tersusun kemas menarik perhatiannya.Mateen takde so
senanglah dia tengok-tengok bilik encik suami dia ni.Bingkai gambar yang
tergantung didinding dipandang oleh Mia .Senyuman terukir

' ni mesti dia,haish,comelnya laki aku '

' ni sapa pulak? ' gambar seorang budak perempuan yang berdiri disebelah
Mateen disentuh

' laki ni sapa pulak? ' gambar seorang lelaki yang duduk disebelah Mateen

"Hmm....adik beradik dia kut"

Satu persatu barang Mateen disentuh dan dibelek-belek.Kalau boleh,nak je
dia ambik segalanya. Seumur hidup dia,tak pernah pegang barang mahal
apalagi tinggal dalam rumah sebesar istana.Jauh dari angannya

Jam dikerling sekilas dan sekarang menunjukkan hampir sebelas
malam.Mamat handsome tahap gaban ni mana eh?,selera nak minum pun dah
hilang

Lampu bilik ditutup dan pintu bilik ditutup rapat. Mia Riska membuka
langkah dan menuruni anak tangga. Bosan betul lah dalam rumah ni.
Sunyi.Mak Jah cuti sebulan sebab anak dia berubat di Singapore tiga hari
yang lepas

Mateen pun jarang sangat nak jumpa.Dia dah terlelap,Mateen baru
balik.Dia bangun,Mateen dah pergi kerja.Muka Mateen yang kacak tahap
raja tu dah lama tak nampak

Rindu?,bolehlah

"Aip?"hairan

Satu susuk tubuh terbaring lemah diatas sofa milik Mateen dan orang
tersebut ada Dato Mateen Hazry. Apasal dia tidur kat sini?,bilik dia kan
ada

Mia duduk bersimpuh diatas lantai dan wajah bersih Mateen direnung
lama.Dari mata yang tertutup turun ke hidung mancung dan turun ke bibir
Mateen.Aish,mengancam

Nak je dia terkam Mateen ni.Terkam macam kali pertama dia disentuh oleh
lelaki seminggu yang lalu. Kerana kalah dengan nafsu,dia hanyut

Rasa bersalah kembali menyelubungi diri.Mateen ni dah cukup baik untuk
dirinya.Sekurang-kurangnya Mateen benarkan dia tinggal ditempat yang
cukup indah bagi Mia

Kalaulah Mateen boleh terima dia seadanya kan bagus.Umur Mateen pun dia
tak tahu,apalagi nama penuh Mateen langsung takde idea.Latar belakang
Mateen lagilah.Yang dia tahu hanya ' Mateen ' dan Mateen anak orang kaya

"Awak"lengan Mateen disentuh

"Awak bangun wak,awak tidur kat bilik"

"Mateen,tidur kat bilik.Nanti badan awak sakit tidur kat sofa ni"tubuh
sasa Mateen digoyang perlahan-lahan

Langsung tak bergerak.Tidur mati ke apa dia ni?.Belakang kepala digaru
dan muka Mateen ditiup oleh Mia

"Hmm..nak apa"soal Mateen dengan mata yang tertutup

Tutup mata,buka mata dia tetap hansome.Sexy dimata Mia

"Tidur kat atas"kata Mia

"Aku malaslah"kasar

"Esok badan awak sakit kan susah"kata Mia

"Aku yang susah bukan kau"

"Awak tidur kat atas" Mia masih berkeras

"Tepilah,menyemak je.Orang nak tidur pun susah"Mateen berdengus dan
bangkit dari baringan

"Ha'ah,dia ni.Aku gigit nanti.Geram"

"Farish ,mana Harris?"tanya seorang wanita bernama Puan Safa pada
seorang lelaki

"S-safa,Safa buat apa kat sini?,mana Mia?"soal lelaki tersebut

‘’Mi… Mia dah takde,dia dah mampus. Sekarang saya nak jumpa Harris. Mana
dia?"Mata puan Safa meliar mencari kelibat Harris

"Safa apa awak cakap ni?, Mia mana?!"Lelaki tersebut mula meninggikan
suaranya

"Awak tak dengar ke apa yang saya kata tadi?,Mia dah mati. Mia dah
takde!.Harris mana?,saya nak jumpa Harris.15 tahun saya tinggalkan dia
dan sekarang nak anak saya balik"

" Mia.. Mia dah tak-takde?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience