BAB 2

Romance Completed 50639

"DENGAR SINI EH,AKU BUKAN MAK KAU DAN KAU BUKAN ANAK AKU. MAK KAU DAH
LAMA MATI.MAK KAU MATI SEBAB KAU.KAU TU PEMBUNUH!"

"KAU TU PEMBUNUH!!"

"PEMBUNUH!!

' Pembunuh? '

' Bukan anak mak? '

' mak aku dah t-takde? '

' sebab aku? '

"JANGAN PANDAI-PANDAI CARI AKU LEPASNI.AKU TAKKAN MENGAKU KAU ANAK
TAU.PERGI MAMPUSLAH BUDAK!!"Bentak Puan Safa sambil menyorong bagasinya
keluar dari pintu masuk

Mia Riska hanya membatu ditempat yang sama.Mata tak berkelip dan hanya
air yang jernih menebus keluar dari mata Mia Riska .bercampur baur
perasaan yang dia rasakan sekarang

Baru sehari ayah dia atau Encik Ashrul meninggalkan dia. Meninggal
disebabkan hukuman mati kerana kesalahan menjual dadah

Ayah dia memang buat benda jahat tapi ayah dia tetap jadi hero dia. Ayah
sayangkan dia,ayah segalanya untuk dia

Mia Riska 18 tahun, masih sedang menanti panggilan untuk masuk ke tingkatan 6 tapi melihat pada masalah yang menimpanya, terpaksalah dia melupakan hasratnya itu.
pun susah-susah nak cari.Dia bukannya anak orang berada tapi dia
anak orang kurang berada.Hidup dia dengan hidup kawan baik dia jauh,tak
setaraf

Tengok orang ada ni,ada tu memang dia cemburu.Tengok orang ada telefon
canggih pun dia dengki. Dengki sekalipun dia tak pernah paksa mak atau
ayah dia belikan

Hidup dia,dia hidup dengan rezeki yang haram.Mak dia kerja sebagai
pelacur,layan laki sini sana.Ayah dia pulak,penjual dadah.Duit yang dia
guna selamani duit kotor.Pakaian yang hampir lusuh semuanya pun datang
dari duit haram atau barang curi

Malu ke?,bodoh lah kalau tak malu.Orang kampung dah mengata macam-macam
pasal mereka satu keluarga.Dah macam-macam hinaan,tuduhan dan kutukan
dilemparkan.Terasa keluarga tu rosak

Mak ayah gaduh setiap masa.Mak selalu melenting bila ayah dia suruh
berhenti kerja.Mak kata itu,ini.Mak curang belakang ayah pun ayah tak
tahu lagi.Hanya Mia seorang je yang tahu dan nampak depan mata mak dia
ditiduri oleh lelaki yang pasti bukan Encik Mustafa

"Ya Allah.."wajah diraup kasar

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience