Chapter 2

Fanfiction Series 1159

Sedang asyik aku menyapu ubat di tanganku , tiba-tiba Wooseok masuk ke dalam pejabatku .

"Rong ah ".Panggilnya .Lembut saja nadanya .

"Y-yahh awak buat apa dekat sini ! .Nanti boss saya nam-".

"Dia pergi tandas .Jangan risau ".Celah Wooseok lalu duduk di hadapanku .

"Kalau dia pergi tandas pun awak tak boleh masuk sini la ! .Nanti staf lain nampak apa kata mereka pula ".Aku sudah meraup wajah .

"Tangan awak ok ?".Wooseok terus menyentuh tanganku tanpa mempedulikan pertanyaanku .

"Jangan sentuh saya la ".Aku merentap perlahan tanganku ."Awak ni kenapa ".Nasib dekat office , kalau dekat luar ni aku jerit dah .Jerit sebab geram datang pada aku time aku hampir lupakan dia .Eishhh .

"Awak benci sangat ke pada saya ?.Awak tak dengar lagi penjelasan saya ".Wooseok memandang sayu wajahku .

Jangan pandang aku macam tu .Jebal ...aku ni dah la jenis lembut hati .

"Kita dah takda apa-apa pun .Pergi keluar sekarang sebelum boss saya datang ".Aku tidak mempedulikan Wooseok lagi .

"Arraso .Saya akan jumpa awak nanti ".Wooseok berdiri dari tempatnya .

"Tiada lain kali .Saya taknak jumpa awak lagi ".Aku menunduk wajah .Pergi la cepatttt buat apa lagi berdiri depan niiiii .Eish rasa nak tolak keluar je tubuhnya.

"Ani .Saya takkan tinggal awak lagi ".Wooseok terus berlalu pergi .

"Kenapa awak buat saya macam ni ...".Aku hanya memandang Wooseok dari belakang .Hati aku dah cukup sakit dengan perbuatannya .Kenapa dia datang lagi .Sakit lagi hati aku apabila pandang wajahnya .Kejadian lalu masing bermain di fikiranku .

Skip!!

Keesokan harinya ,aku datang lebih awal ke pejabat untuk buat persiapan meeting Tuan Yohan .Meeting apa pula ? Tuan Yohan tak cakap apa-apa pun kemarin masa aku ada tu .

Setiap meja aku susun dengan air mineral dan gelas .Tak tahu la berapa ramai akan datang meeting ni dan berapa lama meeting ni .Mungkin aku kena join sekali nanti .

"Chorong ah ".Panggil Tuan Yohan yang baru tiba .

"Eo? Tuan dah sampai ! selamat pagi Tuan! ".Aku menunduk hormat .

"Ya selamat pagi .Aa Chorong , Saya ada ...benda nak cakap sikit .Datang ke pejabat saya sekarang ".Tuan Yohan keluar menuju ke pejabatnya .

"Naee!! ".Aku berlari anak mengekori Tuan Yohan dari belakang .

#################

"B-bwo?!!!!!! .See...minggu ? Tuan, saya tak salah dengar kan?".Aku memandang terkejut wajah Tuan Yohan .Dia boss aku ke boss orang lain ni ? mudah je main pas pas diri aku .Aishh jinjja .

"Mianhae saya betul-betul tak dapat ikut awak dan Wooseok ke Arab.Macam mana pun kita tak boleh tangguh meeting tu sebab saya dah tangguh 2 kali .Saya betul-betul tak sempat nak jumpa Pengarah Islah dari Arab tu .Lagipun Projek baru kita ni ada hubung kait dengan Pengarah Islah juga .Wooseok ialah partner work saya .Syarikat Hallyu dan Secret Key dah bergabung bersama .So meeting pagi ni nak umum pasal pergabungan ni la .Boss korang lepas ni bukan saya sorang , Kim Wooseok juga boss kamu semua .Saya pun boss Hallyu juga mulai sekarang ".Terang Kim Yohan .

"T-tapi Tuan takkan saya pergi berdua je dengan Wooseok ke Arab tu ? eh Tuan Wooseok saya maksudkan .Saya dah la tak tahu apa-apa pasal projek tu lagi ".Menggeletar tubuhku dibuatnya .Kalau sehari dua aku masih boleh hadap muka Wooseok tu tapi seminggu! lama tu ! .

"Chorong , syarikat saya dekat sini .Saya tak boleh uruskan semua benda sendirian .Patutnya appa saya take over syarikat ni masa saya pergi Arab nanti , tapi masalahnya appa saya sakit sekarang .Jangan risau , awak tak berduaan dengan Wooseok je .PA Wooseok akan ikut sekali nanti ".Balas Tuan Yohan .Tenang saja wajahnya .

"Siapa PA Wooseok lepas aku letak jawatan dulu ?".Bisik hatiku .

"Chorong?".Tuan Yohan melambai tangannya di hadapan wajahku .

"Eo? ya ?".Aku tersentak seketika .

"Boleh kan awak pergi sana ?".Soal Tuan Yohan .

"Tapi kalau saya ikut Tuan Wooseok , siapa nak tolong Tuan nanti ? saya kan PA Tuan .Mana boleh renggang dengan Tuan ".Aku sebolehnya cari alasan untuk tidak ke sana .Aku sanggup pergi Arab tu seorang diri dari pergi dengan Wooseok .

"Awak kena la teman dia sebagai wakil saya .Tak manis suruh dia buat semua benda pasal syarikat ni .Saya dekat sini ok je .Saya masih ada staff lain untuk bantu .Lagipun Wooseok yang request untuk awak ikut dia sekali .Apa-apa awak boleh tolong dia ".Ujar Tuan Yohan .

"Tu jawapan sebenarnya .Jawapan paling logik why saya kena ikut ".Aku berkata dengan nada perlahan .

"Apa ? saya tak dengar".Yohan menjugkit keningnya .

"A-ani .Kalau macam tu baiklah .Macam mana pun saya tak boleh tolak arahan Tuan Yohan .Sudah kerja saya buat semua ni .Baiklah saya akan buat persiapan ke sana .Bila tu ?".Soalku .

"Esok malam flight awak dan Wooseok .Jangan risau la .PA Wooseok pun yeoja .Awak ada kawan nanti nak borak ".Tuan Yohan tersenyum .

"Naeee".Aku menunduk wajah .Aku cakap kalau aku dapat masuk ke sini aku orang paling betuah .But now ...look like aku orang paling malang .Kenapa kemana je aku pergi aku tak boleh elak dari Wooseok !!! ini ke apa yang dikatakannya semalam?! dia takkan elak dari aku lagi ...aishh .

Skip!!!

Jam sudah menunjukkan 8 malam .Flight akan berlepas 8.30 malam .Wooseok dan PA nya masih tidak muncul lagi .Aku tak henti melihat waktu penerbangan .Wooseok ni siap kalah yeoja je ! .Dulu pun semua benda aku buat .Baju dia pun aku pakaikan ! .Baju je ok ,jangan fikir bukan2 .Dia nak butang baju pun lambat ! .Neck tie pun lambat nak pakai .Apa je benda dia buat cepat .Otak dia je cepat .Tapi perbuatan dia lambat .

Beberapa minit kemudian Wooseok tiba dengan pakaian casual nya .Cermin mata hitam sentiasa lekap di mata .Nak lagak cool la tu .Coat kulit warna coklat .Baju t-shirt hitam ,seluar jeans hitam .Dah macam detective sekali pandang .Bawak bagasi lenggang kangkung .Wait ....mana PA dia ? Aku memandang sekitkar Wooseok .Asal dia jalan sorang je ? .

"Hai Miss PA .Dah lama tunggu ?".Wooseok tersenyum memandang wajahku .Macam cari gaduh je ni .Geram lak aku tengok muka dia .

"Awak sorang je ke?".Soalku .

"Saya tidak keseorangan .Bagasi ni menemani saya sampai ke sini ".Wooseok menayangkan bagasi merahnya .Annoying.

"Aishhh .PA awak la .Jangan buat loya buruk boleh tak ".Geram je aku pandang si Wooseok ni .Kang lekat dekat dinding tu kang aku belasah .Aku ni tua dari dia tau .Alang2 takda ikatan apa-apa ni boleh je buat! dulu tak boleh la , isteri kena hormat suami .

"Ohh PA saya .Dia ikut tadi .....".Wooseok terdiam seketika .Sepertinya dia nak sambung cakap .

"Then ?".Aku menyilang tangan menunggu jawapan Wooseok .

"Saya suruh dia balik ".Jawab Wooseok dengan slamber nya lalu menarik bagasinya menuju ke kaunter tiket .Sudah tiba masanya kami masuk ke lapangan terbang .

"What?!!! .Yah awak main-main ke apa ni !! ".Sentap .Ni je dapat baca dari sikap aku sekarang .

"Aihh .I'm your boss also ok .Call me Tuan Wooseok .One more .No 'Yah Yah '.Even you old then me , you still my staff and im your boss ".Wooseok menyilang tangan dengan lagaknya .

"Bwo? my boss is Tuan Yohan , not you ! ".Balasku .

"Saya rasa Cik Chorong tak dapat information dari Tuan Yohan lagi yang kami telah berkongsi syarikat .50% syarikat saya milik Yohan , dan 50% syarikat Yohan milik saya .Dah lama kami cadangkan hal ni cuma takda masa nak berjumpa .And ofcourse .My PA is Yohan PA , and Yohan PA is also my PA .Oh no no no~ U got it , u got it ,U got it~~~~ ".Sempat lagi Wooseok bernyanyi .

"Baiklah Tuan Wooseok . Saya nak cakap satu benda je ok .Saya datang untuk bekerja .Jadi tolong .Tolong jangan campur hal lain dalam kerja ok ? tu je nak pesan .Dah saya pergi dulu ".Aku menarik bagasi pink aku melaga sedikit bagasi Wooseok .Nak je rempuh sampai hancur bagasi Wooseok ni .Geram betul ! .

"Macam mana pun awak still berkepit dengan saya .Dan kalau saya nak arah buat awak itu ini , nak tanya awak itu ini pun saya ada hak ".Omel Wooseok sendirian .Dia tersenyum melihat Chorong dari belakang ."Thanks god for meet me with my ex wife again" .Bisik hati Wooseok .

Skip!!

Tiba saja di Arab , aku memandang sekeliling kawasan .Masa dengan Wooseok dulu pun aku rajin outstation bersamanya dekat negara lain .Tapi Arab ni memang first time datang .

"Rong ah , call driver ambil kita".Arah Wooseok .

"Tuan Wooseok , fon saya mana ada line dekat sini .I mean line sini .Kena beli sim sini dulu baru boleh call ". Aku menayang telefon pemberian Tuan Yohan .

"Cik Chorong ,sim dalam tu ada 2 .Antarabangsa dengan sim yang sememangnya PA dulu save no orang terpenting .Guna sim 2 tu .Awak pergi mana-mana negara pun boleh call ,ada line".Ujar Wooseok pula .

"Ohh...mana saya tahu ".Aku mengerling Wooseok sekilas .

"Dah tahu sekarang kan ? call ye".Wooseok tersenyum .

"Aishh saya tahu la .Saya boleh buat semua sendiri ".Aku menjeling Wooseok sekilas .Suka megah diri .Tahu la pandai dari aku pun .

#########

Beberapa minit kemudian seorang pemandu datang berlari anak .La Chorong , La Woosuk ?".Soal driver itu .

"De? what do you mean ?".Soalku berbahasa inggeris..

"boleh awak bercakap bahasa arab ?" .Soal si driver dalam bahasa arabnya .

"Aaa awak ....".Aku memandang wajah Wooseok meminta bantuannya .

"Bwo? tadi cakap boleh uruskan sendiri semuanya?".Wooseok tersengih .

"Awakkk".Aku mencebir .Aku memang fasih bahasa inggeris , China ,france dan Japan .Tapi lain memang tak la .Aku just belajar basic je bahasa tu semua .Bukan bidang aku lagipun nak ambil tahu semua ni .

"Tidak .Dia tidak pandai berbahasa arab.Anda boleh bercakap dengan saya ".Balas Wooseok sambil bercakap bahasa arab dengan pemandu itu .

"Ohh baiklah.Kalau begitu , ikut saya .Saya akan hantar kamu berdua ke sebuah hotel yang ditempah oleh pengarah saya ".Ujar si pemandu itu sambil mengambil bagasi milik Chorong.

"Eo?! .Its ok its ok , i can carry it ".Aku terkejut apabila driver itu tiba-tiba memegang bagasi di tanganku .

"Tugas saya ialah membantu anda .Biar saya buat".Balas driver itu sambil tersenyum.

"Dia cakap apa ?".Aku memandang wajah Wooseok .

"Dia cakap awak ni tak habis2 bebel la .Diam je .Biar dia buat semua ".Bisik Wooseok lalu pergi mendahului aku .

"B-bwo ? bebel ? aishh jinjja .Saya tak bebel la ! .Saya taknak susahkan dia je .Yahh kachiga!!".Aku berlari anak mengikuti Wooseok dari belakang .

Semasa dalam perjalaan menuju ke satu tempat , Wooseok dan si driver tak henti-henti berborak .Wooseok ni memang peramah orangnya .Dia layan je orang even dia tak kenal .Kalau aku memang tak la nak layan orang tak kenal .Bahaya .Dia lelaki takpe la.

"Cantik teman wanita anda.Sesuai sangat dengan anda".Ujar si driver sambil tersenyum .

"Yeke? .Dia memang cantik pun .Sebab tu milik saya".Balas Wooseok lalu tergelak kecil.

"Yah .Awak dengan dia mengata apa huh dekat saya".Panas je aku pandang wajah Wooseok .Mentang-mentang aku tak faham ,boleh mereka bual gelakkan aku bagai.

"Dia cakap awak comot .Muka tak mandi.Kesian dekat saya kena duduk sebelah awak .Berbau ".Berkerut-kerut muka Wooseok buat demo .

"Yahhh".Aku menampar bahu Wooseok ."Awak pun tak mandi lagi la! .And saya tak busuk ok ".Aku mengetap gigi memandang wajah Wooseok .

"Aipp saya cakap apa tadi ? no yah yah ".Wooseok menggeleng kepala .

"Jangan buat saya geram laa".Aku mencebik .

"Eiii saya yang geram tengok awak tau ".Wooseok membuka jari ketamnya .

"No!".Aku menekup kedua belah pipi aku .Biasanya dia buat jari macam tu dia nak cubit pipi aku .Takde pipi ke yang nak cubit pipi orang ni ! .

Beberapa minit kemudian kami tiba di sebuah Hotel gah besarnya .Tak sangka Negara Arab sebesar ni .Semewah ni .

"Wahhh besarnya ".Aku memandang Hotel kira-kira 50 tingkat itu .Susunan atur bangunan unik sekali .

"Memang la besar .Nama pun hotel.Motel lain la kecik je ".Celah Wooseok lalu masuk ke dalam hotel sambil menarik bagasinya .

"Eiii annoying la!!! ".Geram je aku pandang Wooseok ni .Silap hari bulan aku belasah betul2 kang .

//Peewwittt // Kedengaran siulan berbunyi di suatu sudut .Aku terus mengalih memandang ke arah mereka .Ada lelaki 3 orang memandang ke arahku sambil tersengih-sengih seperti kerang busuk.Dah kenapaaa .

"Eii .Apa kena dorang ni pandang aku macam tu".Omelku sendirian .

//Tap// "Ommaaa!!! ".Tersentak aku apabila Wooseok tiba-tiba memegang tanganku.

"Dekat sini bahaya .Jangan berjauhan dengan saya ".Ujar Wooseok lalu menarik tanganku.

"IShh saya boleh jalan sendiri la! ".Aku terpinga-pinga .

Kami menaiki lift hingga ke tingkat 20 .

"Bilik saya tingkat berapa ?".Soalku pada Wooseok .

"Kita sama bilik ".Balas Wooseok dengan slambernya .

"b-bwo?! Y-yahh awak tak main-main kan ?".Aku tercengang seketika .

"Ala macam la tak pernah duduk 1 bilik ".Balas Wooseok bersahaja .

"Kim Wooseok ssi .Kita ni takda apa-apa hubungan dah kenapa aw-".

"Bilik penuh ".Celah Wooseok .

"Yeke hotel besar macam ni bilik penuh?".Aku mengecil mata memandang Wooseok .Curiga aku tahap 1000000% dah .

"Pergi la tanya sendiri".Balas Wooseok .

Biasanya kalau Wooseok cakap macam tu dia jujur.Lagipun Wooseok ...tak suka berbohong .Sampai sekarang aku masih tidak dengar penjelasan dia .Taknak aku dengar.Lagi Sakit hati aku nanti .

"Sep baik dia percaya .Kang dia tanya betul kaunter nanti mampos aku .Memang la bilik banyak kosong lagi .Tapi aku risau kalau dia duduk bilik lain .Mana la tau ada orang jahat buat aniaya ke nanti ".Bisik hati Wooseok .

Tiba di sebuah bilik bernombor 5171 ,Wooseok terus scan card dan masuk ke dalam bilik .

"Card ni ada 1 je .Kalau awak nak keluar , minta dekat saya .Better takyah keluar sendiri la .Bahaya .Dah la awak tak tahu cakap sini .Tak semua orang arab tahu berbahasa english macam kita .Sama la orang kita pun .Tak semua tahu cakap english".Ujar Wooseok sambil membuka coat nya .

Aku duduk termenung seketika .Tipu la aku tak rindu semua ni.1 tahun aku bercinta dengan Wooseok , 5 bulan aku berkahwin dengan dia .Duduk sebumbung ,sebilik dengan dia .Semua perkara tentang dia aku tahu .Sama juga aku .Sekarang terasa kembali seperti normal .Tapi....

"Chorong ah ?".Panggil Wooseok .

"Eo?! ya ? awak cakap apa tadi?".Lamunanku tersentak .

"Awak nak mandi dulu ke saya ?".Soal Wooseok .

"Pernah ke awak bagi saya mandi dulu ? ".Aku menyilang tangan .Aduhhh .Semakin rapat aku dengan Wooseok semakin terimbas kembali kenangan lalu .

Wooseok perlahan-lahan mengorak langkah datang ke arahku .Wajahnya terserlah dengan senyuman nakal tu .

"Y-yahh awak nak buat apa huh ".Aku menyilang kedua belah tanganku ke bahu aku .

"Saya tahu awak tak lupa walau sesaat pun masa kita bersama dulu .Jadi ...jangan tunjuk benci sangat pada saya.Takut awak makin rindu ".Bisik Wooseok lalu mencapai tuala di belakang aku .

Fuhhhhh!!!!! dekat gilerrr wajah dia .Bahang muka aku bertemu dengan muka dia!!! .Nak ambil tower ambil je la!!! datang dekat2 buat apa!!!! .

"Saya tak benci .Meluat je".Aku menjeling Wooseok .

"Apa bezanya?".Soal Wooseok .

"Takda beza pun .Dah ! pergi la mandi saya nak tidur ! ".Aku terus baring di atas katil tanpa mempedulikan Wooseok .Segan ? malu ? dah takda dalam diri aku bila bersama Wooseok .Lain la kalau dengan Tuan Yohan .Terbatas sikit aku nak buat apa pun .Dia bukan pernah ada apa-apa talian dengan aku .

"Tsk .Rong,Rong".Wooseok tersenyum memandang Chorong. Senangnya hatinya dapat meluangkan masa bersama Chorong sendirian .Sudah lama dia rindukan semua ni .Hanya masa dapat tentukan bila mereka dapat luang masa bersama lagi ."Saya betul2 takkan lepaskan awak kali ni .Haritu saya terlalu bodoh lepaskan awak hanya sebab awak minta .Kali ni saya akan buat apa saja untuk dapatkan awak kembali Chorong".Bisik hati Wooseok .

Skip!!!

"What?!!!! .Arab ? dia buat apa dekat sana?".Soal Naeun pada Lee Yujin .PA Wooseok yang diarah tidak ikut bersama .

"Dia ada meeting dengan pengarah Islah ".Jawab Yujin .

"Dia pergi dengan siapa?".Soal Naeun .

"Tak silap saya dengan Tuan Yohan dan PA Tuan Yohan sekali ".jawab Yujin lagi .

"Heyy are you kidding me? saya baru terserempak dengan Tuan Yohan tadi masa nak masuk office , dah kenapa pulak dia pergi Arab ! ".Tengking Naeun .

"Molla .Saya tak tahu apa-apa Cik Naeun".Yujin menunduk wajah .

"Apa je kau tahu huh !! ".Naeun terus bawa diri pergi ."Siapa PA Tuan Yohan ?".Omel Naeun sendirian .

-BERSAMBUNG-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience