Chapter 6

Fanfiction Series 1159

Aku dan Yohan tiba di SeOul tepat jam 1 petang .Cuaca di Seoul berbeza sekali dengan cuaca di Arab. Leganya rasa cuaca di sini .Tapi sejuk sangat pun tak boleh juga .Tandas tu dah jadi peneman kalau musim salji .

"Em Chorong ".Panggil Yohan .

"Ye boss?! ".Aku cepat-cepat berdiri di hadapan Tuan Yohan .

"Harini awak rehat la ye .Esok baru datang kerja. Saya pun nak balik rumah terus ni". Yohan merenung jam tangannya .

"Aa nae boss .Boss nak saya call driver ke?".Soalku sambil cepat-cepat mengeluarkan telefon .

"Ani2 .Tak payah .Saya dah call Encik Jun tadi ".Yohan menggoncang telefon di tangannya .

"Eo? jinjja? cepatnya .Em kalau macam tu. Saya tunggu sampai Encik Jun datang ".Aku terkekeh-kekeh jalan berdiri di sebelah Yohan .

"Aigoo awak balik je terus Chorong .Awak mesti letih .Tak perlu tunggu saya ".Yohan menggeleng kepala .

"Boss , saya ni kan PA boss .Boss lupa ke saya nak jadi yang terbaik ? .Saya akan tunggu sampai boss naik kereta dulu ".Aku terangguk angguk sendirian .

"No no no .Awak balik . Texi!! ".Yohan memanggil texi yang berada tidak jauh darinya .

Seorang pemandu texi yang ternampak akan lambaian Yohan memanggilnya terus memacur ke arah Yohan dan Chorong .

"Tapi boss".Aku memandang wajah Yohan dengan rasa bersalah .

"Dah dah .Balik .Rehat secukupnya eo ? .Malam ni saya mesej awak jadual saya esok .Take note ". Yohan mengenyit sebelah matanya dan menolak perlahan tubuh Chorong masuk ke dalam perut kereta .

"Nae boss!! .Saya akan sentiasa letak fon sebelah saya!! ".Aku menabik pada Tuan Yohan .

"Good .Annyeong".Yohan melambai tangannya .

"Annyeong!! gomawo boss!! ".Aku menayang mini love pada Tuan Yohan .

"Aa ...nae ...".Yohan terdiam seketika .

Skip!!

Wooseok merenung jam tangannya .Sudah mencecah angka 2 petang .

"Chorong dah sampai Seoul ke?".Omelnya sendirian ."Baik aku call dia ".Wooseok mencapai telefon di sebelahnya .

//Kring kring // Belum sempat Wooseok menekan butang panggil pada nama Chorong , tiba-tiba satu panggilan masuk dalam telefonnya .

"Appa...?".Wooseok tercengang seketika sebelum menolak butang hijau . "Yoboseyo appa ".

"Woo , balik rumah sekarang ".Arah Tuan Kim .Serius saja kedengarannya .

"Woo dekat pejabat ni .Kejap lagi ada meeting .Ada apa appa?".Soal Wooseok kehairanan .Jarang sekali appa nya membuat panggilan padanya kecuali hal mustahak.

"Balik dulu .Kita bincang kemudian .Appa dah suruh PA kamu tangguh meeting tu .Palli! ".Tuan Kim terus meletak panggilan .

"Bwoya .Asal macam serius ni .Aishhh apa hal pulak ni ".Wooseok meraup wajahnya .

SKip!!

Aku baring sambil menyentuh skrin telefon .Banyak juga gambar yang aku ambil di Arab .Perbuatanku terhenti seketika pada sekeping gambar .Aku merenung lama ke arah gambar itu .Gambar Wooseok yang aku ambil secara diam-diam .Kenapa dengan diri aku ni?! .Bukan ke aku dah janji dengan diri aku untuk jauhi perasaan aku pada Wooseok .Hubungan aku dan Wooseok tak lebih dari seorang boss dan PA! .

"Arrrghhhh!!!! stresssnya!!!!! ".Jeritku sendirian ."Kenapa dengan kau ni Chorong!!!!!!!!!!!!!!".Aku menumbuk kuat bantal di hadapanku .

//Kring kring // "Ya boss! saya dah siap sedia pen dengan bu-".

"Ni saya la". Celah Wooseok tanpa sempat Chorong habiskan kata-katanya .

"Eo?! .Wooseok ah .Ada apa awak call ni?".Soalku .Aku membetulkan keadaanku .Hati aku tiba-tiba berdebar .Aku gemuruh sebab cakap dengan dia atau aku terkejut dia call ?

"Awak sampai Seoul bila ? .Awak ok ?".Soal Wooseok .

"Aa saya sampai pukul 1 petang tadi .Ye saya ok je ".Aku terdiam semula .Mati kata nak tanya semula bagaimana keadaannya .Dia pun ok ke ? dia sampai Seoul dalam keadaan sihat ke? .

"Awak taknak tanya saya ok ke tak ?".Soal Wooseok .Sayu saja kedengaran .

"Aaa ...saya harap awak ok .Wooseok ah , saya tengah tunggu panggilan dari Tuan Yohan .Saya perlu catat benda penting .Kalau awak takda apa-apa nak cak-".

"Bogoshipeo".Celah Wooseok .

"D-de?".Sekali lagi aku tergamam akan pertanyaan Wooseok .Kenapa dengan Wooseok? . Dia ok je kan ? .

"Arraso .Itu je saya nak cakap .Kalau awak busy , awak boleh letak panggilan ni". Ujar Wooseok perlahan .

"Awak ok?".Soalku pada Wooseok .Aishhh ....Yah Chorong!!! kenapa kau tanya dia!!! kau macam kasi galakan dia nak dekat dengan kau semula!!!! apa ni!! .

"Ani .Langsung tak ok ".Balas Wooseok .

"Aa mian! .Tuan Yohan call saya .Kalau esok kita cakap dekat pejabat boleh ?".Soalku pada Wooseok .

"Arraso .Buat la kerja awak ".Wooseok terus meletakkan panggilan .

"Mianhae Wooseok .Kalau saya tak buat macam ni saya takut saya betul2 suka awak .Saya dah janji dengan omma awak untuk tidak dekat dangan awak lagi .Jeongmal mianhae".Bisikku perlahan .

//Flashback//

2 hari selepas penceraian Chorong dan Wooseok . Puan Kim terus menyusul ke Busan untuk berjumpa dengan keluarga Park .

"Eo ? Puan Kim .Ada apa Puan ke sini ?".Soal Puan Park .

"Tujuan saya ke sini ....terutama sekali saya minta maaf sebab lawat secara tiba-tiba tanpa mengabarkan terlebih dahulu ".Puan Kim merendah diri .

"Ani ani .Gwenchana .Kami senang puan datang ke sini ".Balas Puan Kim .

"Macam ni .Saya tahu cara saya salah minta Chorong dan Wooseok bercerai walhal anak lelaki saya yang timbulkan masalah .Sepatutnya saya tak boleh buat macam tu ".Puan Kim menunduk memohon maaf .

"Ani jangan cakap macam tu .Saya pun hormat keputusan Chorong yang nak sangat bercerai dengan anak Puan .Chorong pun bersalah juga , langsung taknak dengar penjelasan Wooseok sampai dia buat keputusan mendadak macam tu ".

"Sebagai ibu ,saya gagal ajar anak lelaki saya .Saya malu atas perbuatan anak lelaki saya ".

"Aigoo jangan la cakap macam tu .Tiada siapa boleh jangka perkara ini belaku .Saya tak salahkan Puan ".Puan Park memegang tangan Puan Kim.

"Sebagai tanda maaf .Tolong la terima ni.Saya Ikhlas berikan .Tapi saya ada permintaan .Tolong jauhkan Chorong dari Wooseok .Wooseok memang tak ditakdirkan untuk Chorong .Saya harap Chorong jumpa lelaki yang lebih baik untuk diri dia ".

"Apa benda ni...?".Soal Puan Park yang melihat satu beg hitam yang dihulurkan padanya .

"Sejumlah wang .Saya taknak keluarga Park susah atas perbuatan anak saya ".

"Apa maksud Puan ?".Soal Puan Park semula .

"Saya tahu .Kesenangan yang Chorong dapat adalah dari Wooseok .Segala keperluan Chorong ,Wooseok tanggung sebelum ni .Tapi disebabkan saya yang minta Wooseok dan Chorong berpisah jadi saya gantikan sejumlah wang ni sebagai gantian .Tolong terima".

"Puan Kim .Saya tak rasa saya perlukan semua ni . saya masih mampu tampung keperluan Chorong untuk bekerja di Seoul walaupun hidupnya sendirian .Dan satu lagi .Chorong kahwin dengan Wooseok bukan kerana harta , tetapi kerana mereka saling mencintai ".

"Cinta? kenapa saya rasa tak ye ? .Kalau anak saya cintakan Chorong ,dia tak mungkin buat macam tu .Saya cuma takut anak saya hanya mainkan perasaan anak Puan saja .Saya harap Puan tak salah faham dengan perbuatan saya sekarang .Saya berniat baik beri semua ni ".

"Maaf .Saya takkan terima wang itu .Kalau puan minta Chorong tidak dekatkan diri dengan Wooseok lagi , saya tahu walaupun saya minta dia jauhkan diri dari Wooseok , dia memang tetap akan jauh dari Wooseok .Katanya hatinya dah cukup sakit dan dia dah tawar hati .Jadi saya rasa puan tak perlu risau tentang tu .Semuanya jalan seperti puan rancangkan ".Puan Park terus masuk dalam rumah dan menutup pintu rumahnya .

//Endflashback//

"Sampai sekarang aku tak tahu macam mana Wooseok boleh ada hubungan dengan Naeun sedangkan Wooseok jarang sekali berjumpa dengan NAeun .Jumpa pun kalau aku yang keluar dengan Naeun , dan Wooseok ingin berjumpa dengan aku .Secara tak sengaja pertemuan Wooseok dan Naeun belaku .Tapi Wooseok tak pernah cakap dengan Naeun .Tak mungkin dia mudah jatuh cinta dengan Naeun sedangkan aku isteri sah dia .Tapi hati lelaki berubah ubah .Why not ? .Aku harap aku tak salah buat pilihan selama ni .Aku taknak menyesal kemudian .

Kebelakangan ni fikiranku entah kenapa masih memikirkan kejadian 3 bulan lalu .Wooseok tak henti-henti dekatkan dirinya dengan aku .Kelakuan dia masih sama pada aku .Aku je dah janggal dengan dia sebab aku dah buang perasaan aku pada dia .Macam mana kalau aku jatuh hati buat kali kedua dengannya ? apa patut aku lakukan ? .Oh godd please help me !!

-BERSAMBUNG-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience