Chapter 1

Fanfiction Series 1159

Aku impikan kehidupan yang normal .Namun apakan daya .Aku ni siapa nak tentukan hala hidup aku .Mungkin aku layak dapat semua ni .Rumah sewa sekangkang kera ,bil api air pun aku tak mampu nak bayar sampai mereka hantar surat amaran kedua .Kalau sampai lagi sekeping surat amaran , habis la aku .Mataku tertatap pada sekeping sijil .Tertera namaku,Park Chorong bersama ....dia .Bekas suami aku ,Kim Wooseok .Patutnya sijil tu aku bakar je .Buat apa simpan lagi .Sijil perkahwinan aku bersama Kim Wooseok .Orang yang selama ni buat aku jatuh hati ,gila-gilakan dia .End up curang dengan aku.Aishh jinjja.

//Kring kring // "Kau nak apa call aku".Aku mengangkat panggilan dari musuh aku.Dulunya dia seorang sahabat namun sekarang dia merupakan musuh aku ,Son Naeun.Atas sebab apa aku gelar dia sebegitu...?

"Yah....kenapa cakap macam tu .Aku kan SAHABAT kau .Salah ke seorang sahabat call ?".Annoying .Tu saja aku boleh baca dari perwatakan dia .

"Pelik call aku tiba-tiba ni .Lepas apa kau buat dekat aku , then kau block contact aku selama hampir 3 bulan , sekarang kau call aku ? kau nak apa lagi sebenarnya ni Naeun ?".Bengang saja aku .Kalau telefon di tangan aku ni boleh kutip macam duit , dah lama aku hempuk-hempuk supaya tak ada lagi orang-orang jahat call aku .Better aku block semua contact ,aku open untuk omma appa je senang .

"Hey relax la .U nak emo sangat ni kenapa .Sahabat u call u , u patut happy tau .Bukan marah.Aku cuma nak jemput kau datang majlis sambutan birthday aku esok .Aku jemput kau secara official ni .Datang ye ".

"Kau harapkan apa ni Naeun ? kau nak buat apa pula pada aku kali ni ? apa lagi rancangan kau ? .Dah la Naeun .Aku dah bahagia sekarang .Jangan ganggu life aku lagi ".Baru saja aku ingin meletak panggilan .

"Chorong! ".Panggil Naeun .

"Bwo?!".Tinggi saja suara aku .

"Selamat menganggur.Hahahah ".

"Yahh!!! tak guna!!! ".Jerit aku kuat .Kali ni aku betul-betul hilang sabar lalu melempar telefon bimbit aku hingga mencium dinding di sebelah .Balingan kuat sebegitu tipu la tak retak screen fon aku ."Alamak Chorong...kau buat apa ni".Aku meraup wajah .Fikiran aku betul2 kusut sekarang .Tak pasal tumbuh uban nanti fikir banyak sangat .

Sebab apa aku benci sangat dengan Naeun .Ceritanya , satu malam tu aku ada meeting di sebuah hotel .Nak tak nak aku terpaksa ke sana sebab partner work Wooseok yang datang dari Dubai tu menetap di situ .Lagipun nak takut apa ,kami hanya berbincang di bahagian kafe .Orang ramai .Tujuan aku hanya nak minta tandatangan persetujuan dia berkongsi syarikat bersama Wooseok je .Patutnya Wooseok yang datang ,tapi Wooseok ada hal lain so aku yang terpaksa ambil tandatangan tu .Masa jam 10 malam macam tu , time aku nak balik tu ,aku ternampak Wooseok melangkah masuk ke pintu hotel bersama sahabat aku sendiri.Son Naeun .Awalnya aku taknak berfikiran negatif lagi .Yang buat aku fikir negatifnya , kedua orang mereka jalan dalam keadaan mabuk , then masuk ke dalam 1 bilik .Aku ingat lagi nombor bilik mereka 1004 di tingkat 6 .Disebabkan aku ada pass masuk yang diberi oleh Encik Hanbyul partner work Wooseok jadi aku dibenarkan masuk ke dalam hotel.

Masuk je mereka ke dalam bilik tu , aku dah tak keruan berdiri di luar pintu .Nak ketuk pintu takut salah orang .Tapi takkan la aku tak cam kawan baik dengan suami aku sendiri .Jadi aku beranikan diri .Masa aku ketuk tu , yang buka pintu adalah Naeun .Bajunya sudah terdedah sedikit di bahagian dada manakala baju Wooseok sudah sepenuhnya dibuka butang .Wooseok masih terbaring di atas katil.Nak tahu apa reaksi aku ? aku ni lembut orangnya .Tapi faham2 orang lembut bila start marah atau hilang sabar tangan je naik ke muka orang tu .Dah tak fikir apa dah .Yup , dari saat tu aku bercerai dengan Wooseok dan Naeun bukan lagi sahabat aku .Gamaknya mereka buat semua ni pada aku ..apa nasib hidup aku .

Skip!!

Awal pagi lagi aku sudah bawa diri ke sebuah cyber cafe .Nak beli laptop sendiri , tak mampu.Dulu aku kerja sebagai PA(Personal Assistant) Wooseok .Jadi semua barang keperluan aku dia la yang support .Sampai waktu penceraian dulu pun dia tinggalkan barang-barang aku di rumah .Macam mana pun tu barang dia .Duit dia yang beli semua tu .Aku takkan guna walau terdesak mana pun .Baik aku jalan jauh macam ni ke CC dari guna laptop dia .

Tanpa membuang masa, aku terus membuka blog yang memerlukan perkerja .Masa U dulu aku ada ambil bidang SPA , Cosmetic , anything about kecantikan wanita la .Wooseok ialah CEO di sebuah syarikat minyak wangi berjenama Hallyu Perfume .Boleh dikatakan 40% jenis minyak wangi keluaran Hallyu tu adalah cadangan aku dan Wooseok yang buat pes minyak wangi tu .Memang bidang dia juga sebab tu appa dia kasi dia uruskan syarikat tu .Dia ada kemahiran dan pengetahuan tinggi .

"Job Application".Omelku sendirian di hadapan komputer .Aku ada terjumpa 1 syarikat yang menarik perhatian aku .Detail , dia nak pekerja yang berumur 25 tahun dan ke atas .Have deploma and degree certificate.Good attitude , alert in work and fast .Tahun ni aku sudah cecah 29 tahun .Wooseok pula cecah 24 tahun .Boleh baca kan berapa jauh jarak umur aku dan Wooseok ? .5 tahun beb!! .Masa sekolah dulu aku senior dia .Aku sendiri pun tak tahu macam mana boleh syok dekat dia ,terikat sampai boleh kahwin pastu cerai!! .Ah sudah la .Fikir pasal dia boleh buat aku mighrain ni .

Tanpa membuang masa ,aku terus tekan pada butang apply .Syarikat yang aku mohon ni keluaran skincare , produk Korea yang berjenama SK atau dengan kata lain , Secret Key .Pelik sikit kan dia punya jenama produk ?tapi yang aku boleh jamin , produk ni serious talk bagus giler .Mahal pun mahal beb .Sebab tu syarikat dia top juga dekat sini .Kalau la aku diterima memang aku orang paling betuah dekat dunia ni !!! .

Skip!!

Wooseok duduk termenung di tempatnya .Ball pen di atas meja dipusing-pusing arah timur barat selatan utara .Fikirannya berat sekali .

"Awak dekat mana sekarang Chorong... apa awak buat ...".Omelnya sendiri .

//Tok tok tok // "Sayanggg ".Naeun masuk sambil melambai tangannya pada Wooseok .

"Kau buat apa huh datang sini ?".Wooseok meraup wajahnya .

"Hey sampai hati u cakap dekat i macam tu .Lupa ke harini hari apa?".Naeun mencebir .

"Kau ingat aku ada masa ke nak fikir semua tu ?aku sibuk la .Dah , pergi keluar sekarang ".Wooseok memaling kerusinya tanpa menghadap Naeun .

"Wooseok , apa cakap macam tu .Omma suruh U teman i beli barang la".Naeun mencebir lagi .

"Nah ambil ni.Kau nak ni je kan ?. Go! ".Wooseok melempar kad kredit betul-betul di hadapan Naeun .

"Kim Wooseok ! .Lepas apa u buat dekat i , ni yang u balas?!".Naeun sudah geram dengan tindakan Wooseok .

"Siapa buat pada siapa sekarang ? .Chorong tu sahabat baik kau sendiri tau ! dan aku ni bekas suami sahabat kau sendiri ! ".Marah Wooseok .

"Kim Wooseok ssi .I mengandung ".Naeun memandang serius wajah Wooseok .

"Bwo ? hahah kau buat lawak apa ni ".Wooseok tersenyum sinis .

"Ni bukti ".Naeun meletak alat 'Pregnant Test' di hadapan Wooseok .

"T-tak mungkin ! .Walaupun aku dalam keadaan mabuk masa tu tapi aku yakin aku takkan buat perkara terkutuk ni pada kau ! ".Wooseok memandang terkejut alat itu .

"Hey , u dalam keadaan mabuk kan ? apa u tahu ? .Kahwin dengan i .Bertanggungjawab atas bayi ni ! ".Tegas Naeun .

"Jangan tipu aku .Dah 3 bulan kejadian belaku kenapa baru sekarang nak mengandung?".Wooseok menggenggam kuat tangannya .Geram tidak boleh ditapis lagi.

"Ye! i mengandung 2 bulan dah! memang la tak nampak .I pun baru sedar baru-baru ni je .Harini birthday i .I nak buat surprise dekat u , tapi dengan keadaan u macam ni better i cakap sekarang je la .U nak i buat kecoh tentang ni atau u nak bertangunggungjawab atas bayi ni ?".

"Tak .Aku tak percaya .Tu bukan bayi aku ! ".Wooseok terus bangun dan keluar dari pejabatnya .

"Kim Wooseok !!!".Jerit Naeun ."Aku akan pastikan kau jadi milik aku juga! ".Naeun mengetap kuat giginya .

Skip!!

//Pin pin // Kedengaran bunyi hon motor memecahi kawasan rumahku .

"Eo? posmen! ".Aku tersenyum memandang posmen tu .Harini merupakan hari jawapan aku .Jawapan penerimaan atau penolakan kerja yang aku mohon tu la .

"Cik..Park Chorong?".Soal si lelaki posmen .

"Nae saya ! ".Aku tersenyum .

"Sila tandatangan di sini ye ".Lelaki posmen itu menghulur buku di tangannya .

"Naeeee".

Lepas tandatangan cepat-cepat aku buka surat tu .Biasanya orang koyak perlahan lahan la .Terendap-endap la .Aku tak .Baik buka terus .Macam mana pun kau nak tengok isi nya juga kan .

'TAHNIAH CIK CHORONG ,ANDA TELAH DITERIMA BERKHIDMAT DI SECRET KEY .TARIKH LAPOR DIRI ADALAH SEKIAN2' .

"Arghh!!!!!! aku diterima !!!!!! kamsahamnida SK!!!!".Aku melutut lega lepas membaca surat .Tipu la aku tak gementar .Tapi nasib la jawapannya menyejukkan hati aku .

Skip!!

Tepat tarikh seperti tertera dalam kertas ,aku perlu lapor diri kerja di jabatan sumber manusia .Harini aku mengenakan seluar slack hitam bersama baju lengan panjang warna cream .Usai bersiap , aku mencapai beg tangan dan berlari anak menuju ke bus stop .Maklum la takde kenderaan .So pergi mana pun kena naik bas la .Nasib la tempat kerja hanya 10 minit je kalau naik kenderaan .Rumah aku still dalam bandar walaupun rumah sewa biasa je .Rindunya omma appa aku di kampung .Ada masa nanti Rong balik kampung ye omma , appa .

Tiba saja di bangunan yang gah ni aku terus menuju ke blok C .Actually aku dah pernah datang ke sini sekali dulu bersama Wooseok .Masa tu dia cari boss syarikat ni ,tapi boss syarikat ni kebetulan pergi Italy .So tak dapat jumpa la .Atas urusan apa tu Wooseok tak cakap pun dekat aku .Aku pun tak tanya .But now aku tertanya juga .Siapa Pengarah syarikat sebesar alam ni ? mesti dia orang yang bertaraf tinggi .

"Annyeong ....aaa saya Park Chorong , harini saya nak lapor diri masuk kerja .Saya perlu ke bilik mana ya ?".Soalku pada seorang wanita bernama Umji yang menjaga di kaunter pertanyaan bahagian Sumber Manusia .

"Ohh Cik Chorong .Sila ikut saya ke bilik boss".Wanita itu mendampingi aku ke bilik pengarah .

"Eo ? boss ? ke....napa saya perlu ke sana ?".Aku tercengang seketika .Wow boss dekat sini seramah itu ke ? .Menyambut pekerja baru gitu ? .Tak silap aku , aku mohon bahagian promoter .And ofcouse tempat aku bukan dalam syarikat ni .Just boss yang akan tentukan aku akan ke cawangan kecil lain yang menaja produk SK ni .

"Sila masuk .Cik Chorong boleh duduk dulu .Boss harini datang lewat sikit .Kejap lagi sampai la tu ".Ujar Umji yang berdiri di hadapan pintu pejabat pengarah .

"Ch-chakkaman Cik Umji .Saya memang betul2 ke sini ke ? .Cik Umji tak salah bawa kan ? .Sebab ...setahu saya , promoter akan terus ke tempatnya lepas lapor diri .Why saya kena datang bilik boss? memang boss nak jumpa saya untuk tetepkan cawangan saya ke?".Soalku pada Umji .Aku gelar Umji je la .Aku pun tak tahu dia atau aku tua .Tapi umur nak cecah 30 ni aku rasa macam aku paling tua dah dekat sini .Hhoho.

"Eh Cik Chorong tak baca emel ke? .Saya ada emel kemarin pada Cik Chorong yang bahagian Cik Chorong telah ditukar ke PA Boss .Boss pun dah setuju ambil Cik Chorong sebab dalam permohonan pekerjaan Cik Chorong ,Cik ada ceritakan pengalaman Cik sebagai PA juga kan ...?".Soal Umji kembali .

"Emel? alamak ..... .Fon saya rosak , tak boleh tengok emel .Mianhae .Patutnya saya kena alert dengan semua ni ".Aku meraup wajah .Apa kena dengan kau ni Chorong .Please la , first day jangan buat hal! .Nasib boss tak datang lagi .Kalau tak mampos aku terpinga-pinga dekat sini .PA pengarah SK ? biar betul?!!!

"Gwenchana .Saya emel pun dah lewat semalam .Pukul 10 macam tu .Boss yang suruh .Sebab PA boss baru je minta cuti panjang 1 minggu lepas sebab dia bersalin.So CIk Chorong akan jadi PA boss selama 3 bulan lebih je.After that , baru Cik Chorong akan jadi promoter .Kebetulan 3 hari lepas Cik Chorong ada mohon dan bahagian CIk Chorong sesuai dengan pekerjaan ni ,apa-apa Cik Chorong boleh langsung dengan boss ye nanti apa Cik Chorong patut buat ". Ujar Umji sambil tersenyum .

"Ohh faham-faham .Arraso , gomawo Cik Umji ".Aku menunduk hormat.

"Ya sama2 ".Balas Umji lagi .

Beberapa minit kemudian ,seorang lelaki bercoat hitam melangkah masuk ke ruang pejabat dan terus ke tempatnya .

"Eo?Cik...siapa ye?".Soal lelaki itu yang baru perasan akan kehadiran aku di sini .

"Saya Park Chorong .Cik Umji cak-".

"Ohhh!! Chorong .Sila duduk sini ".Dia menunjuk ke arah kerusi di hadapan mejanya .

"Aa nae kamsahamnida".Aku cepat-cepat jalan ke arah kerusi itu dan duduk seperti diarahkan .

"Awak dah dapat info dari Umji apa pekerjaan awak?".Soal lelaki itu .Di hadapan mejanya sudah tertera namanya [Pengarah / Kim Yohan] .

"Nae .Saya sebenarnya baru tahu pagi ni je tentang tu .Telefon saya rosak .So saya tak sempat nak baca emel dari CIk Umji semalam ".Aku menunduk memohon maaf .

"Ohh takpe2 .So dah tahu kan awak jadi PA sementara saya ? .Saya ada baca form awak emel terus pada SK tu .Kebetulan saya memang memerlukan PA .So saya nak tanya la ,takpe ke saya letak jawatan awak as PA saya sedangkan awak mohon as promoter ni ?".Soal Kim Yohan dengan sopan .

"Eh takpa2! .Saya ok je . Saya lega sangat2 dapat pekerjaan ni .Tak kisah apa kerja yang Tuan bagi saya akan buat sebaik mungkin ".Kataku bersungguh .

"Bagus! .Saya suka pekerja macam ni .So macam ni la .Tak perlu nak kenalan-kenalan la ye .Awak baca organisasi syarikat nanti awak tahu la latar belakang saya .Saya pun dah baca latar belakang awak .Park Chorong .Ok.First day awak masuk kerja ni saya taknak bagi kerja berat lagi .But serious talk , syarikat kita agak sibuk sikit sekarang sebab ada keluaran produk baru .Saya pun baru balik dari Italy ni .Lama saya pergi sana .Balik sini je ,PA saya bersalin pula .So saya tak boleh hendle semua kerja sendirian .Saya dapat maklumat dari Umji , partner work saya nak jumpa dengan saya .So set jadual saya harini , kita ada meeting dengan pengarah Hallyu jam tengah hari ni ".Arah Tuan Yohan .

"D-de? Pe-pengarah Hallyu....?".Aku tercengang seketika .Takkan la .... .Eheyyy tak mungkin la .

"Kenapa?".Tuan Yohan mengangkat kening memandang wajahku .

"A-ani .Ok, saya dah catat ".Aku menayang nota kecilku pada Tuan Yohan .

"Ohh ha ni .Ambil ni .Telefon ni khas untuk awak sebagai PA saya je .Dalam tu ada contact pengarah2 syarikat lain , no saya , anak-anak buah syarikat ni .Sebarang maklumat tolong uruskan bersama mereka dulu , dan kalau mereka nak buat perjumpaan dengan saya , tolong set masa yang sesuai .Masa yang betul2 saya lapang .Boleh ?". Kim Yohan menjungkit kening lagi .

"Nae .Baik tuan! ".Aku mengangguk laju tanda faham .

"Good .Thanks for alert .Saya nak masuk meeting ni .Awak nak ikut saya masuk meeting atau nak uruskan kerja peribadi awak dulu ? .Meja awak dekat bilik sebelah .Kembar dengan pejabat saya je".Yohan menepuk bilik sebelahnya .

"Ofcourse saya kena ikut tuan ".Aku terkejut akan pertanyaan Tuan Yohan .Boleh pula dia buat pilihan dekat aku nak ikut dia atau buat kerja sendiri .

"Saya nak uji je ".Yohan tersengih . "This is your first day .Relax . Saya bagi awak kebebasan harini kenal-kenalan dengan staf sini .Hafal setiap nama dan rupa mereka .Dalam syarikat ni ada lebih kurang 500 orang kaki tangan pekerja .Hafal wajah ketua jabatan masing2 je .Anak buah dia tu tak payah la .Banyak lagi kerja awak kena buat nanti .Meeting pagi ni just briefing biasa je .So awak tak perlu ikut .Jumpa jam 1 petang ni .Meeting kita bersama pengarah Hallyu tu ".Ujar Yohan sambil mencapai sebuah file dan laptop di tangannya .

"Baik Tuan! ".Aku mengangguk tanda faham .

Skip!!

Sporting juga pengarah SK ni .Tengok sikap dia rindu pula aku dengan Wooseok .Eo?! .Yahh Chorong!!! kau gila ke teringat bekas suami kau !!!. Ingat perbuatan buruk dia Chorong!!! .Lupakan dia!!! .Kau tak patut ingat wajah dia lagi !!! .Tapi macam mana aku nak lupa wajah dia .Aku kenal dia sejak sekolah lagi .Dia satu-satunya namja yang berjaya menarik perhatian aku dalam banyak2 namja dekat sekolah tu.Awalnya aku jual mahal sebab dia junior je .Tak tahu pula junior pun pandai memikat.Aigoo .Cinta aku pada dia dulu terlalu besar .Kebaikan dia menutupi kesilapan kecil dia buat tapi kesilapan yang dia buat 3 bulan lepas betul2 buat hati aku tawar setawar mungkin .Aku yakin kalau diberi masa sedikit lagi ,aku akan sibukkan diri dengan pekerjaanku dan lupakan dia saja ! .

//Kring kring // TIba-tiba panggilan masuk ke dalam telefon pemberian Tuan Yohan .

"Eo ? siapa ni ? .My best friend (HP) ".Aku membaca nama tertera di skrin telefon .HP stand for what? jenama laptop ke ? pengarah syarikat IT? . Tanpa membuang masa, aku terus mengangkat panggilan itu .

"Boleh saya bercakap dengan Tuan Yohan ?".Soal lelaki itu .Aku tersentak seketika apabila terdengar suara di telefon .Kenapa suara dia macam ......bekas suami aku ? .Aku ni asyik ingatkan Wooseok kenapa ? .Aishh jinjja . "Yoboseyo ?".Soal gerangan itu lagi .

"Aaa nae .Minta maaf .Sekarang Tuan Yohan masih meeting .Petang pun Tuan Yohan ada meeting lagi dengan Pengarah Hallyu .Tapi kalau Tuan nak jumpa Tuan Pengarah , saya boleh set kan masa ".Ujarku sopan .

.......lama saja gerangan itu terdiam .

"Tuan ?".Panggilku lagi .

"Aaa ye .Saya di sini .Apa tadi ? .Ohh .Pengarah Hallyu tu saya la .Tolong cakap pada boss awak , saya akan datang ke sana .Dia tidak perlu datang ke sini ".Ujar lelaki itu lagi .

"Nae ,baiklah".Aku mengangguk perlahan .

"Aa awak...PA Yohan ke?".Soal lelaki itu .

"Ya, ada apa ye?".Soalku kembali .

"Ani ,takda apa-apa .Suara awak lain sikit dari sebelum ni .Takpe la kalau macam tu .Jangan lupa inform dia je ".Lelaki itu terus meletak panggilan .

"Memang la lain .Saya PA baru!".Omelku sendirian .

"Ha Chorong ? dah siap kerja awak ke?".Tiba-tiba Tuan Yohan menjengul di pintu pejabat aku .

"Eh Tuan ?!.Bila Tuan habis meeting?".Terkejut beruk aku tengok Tuan Yohan terus terjah masuk je .

"Baru je .Macam mana kerja ? ok?".Soal Yohan sambil tersenyum .Cara dia soal macam dia kenal aku lama mana dah .Padahal aku baru masuk harini je .

"Nae , ok je .Saya dah hafal separuh nama ketua department masing2 .Oh Tuan ! .Tadi Tuan Hallyu baru call saya .Dia cakap Tuan tak perlu ke pejabat dia , dia yang akan datang ke sini terus ".Maklumku pada Tuan Yohan .

"Ohh yeke .Kalau macam tu ...awak buatkan teh suam satu , coffee satu untuk saya .Pengarah Hallyu tu tak suka coffee .Dia lebih prefer teh .Tapi dia tak suka minuman panas juga .Cerewet sikit orangnya tu .Tapi dia la sahabat sehidup semati saya ".Tuan Yohan tersenyum lagi .

"Sama dengan Woo-".Kata-kataku terhenti seketika .Yah Park Chorong! sekali lagi kau fikir pasal bekas suami kau better kau hentuk je la kepala kau dekat dinding tu biar pengsan .Takyah fikir dia lagi .Aishh jinjja !! .

"Sama siapa?".Soal Tuan Yohan kembali .

"Aaa ani ! .Sekarang ke ?.Bukan ke meeting pukul 1 ?".Soalku pada Yohan .

"Chorong , tengok jam awak ".Yohan mengerling jam tanganku .

"Aaa jam saya .....rosak ".Aku tersengih .

"Aigoo .Tengok jam dinding awak pula".Yohan tunjuk di sebelah kanan .

"Omo!!! .Dah pukul 1 tepat la!!! .Maaf tuan !! .Saya tak sedar dah jam 1 ".Aku menunduk memohon maaf .

"Aigoo takpe .Mesti sibukkan diri sangat hafal nama tu sampai tak tengok jam kan ?".

"Aaa...nae".Aku mengangguk perlahan .

"Awak dah makan ke belum ni ? kalau belum kita meeting dekat kafeteria je .Sambil borak ,sambil makan ".Tuan Yohan menjungkit kening .

"Eh takpa ,saya dah bawa bekal.Kejap lagi saya makan la ".Ingat makanan kafeteria free keeee .Tara nak tunggu gaji aku , memang pergi kerja kena jalan la aku kalau aku beli makanan kafeteria .

"Dia hidup susah .Sebab tu dia bawa bekal".Bisik hati Yohan .Yohan hanya tersenyum memandang wajah Chorong .

"Tuan ? Tuan tunggu dalam bilik Tuan , saya buatkan air .Secepat mungkin saya akan hantar minuman ke bilik Tuan ".Ujarku sambil mengemas barang di atas meja .

"Arraso .No need rushing .Bilik makan dekat sebelah je .Ada semua dekat situ .Saya balik bilik saya dulu".Yohan melangkah keluar dari pejabat aku dan masuk ke pejabatnya .

Tanpa membuang masa , aku cepat-cepat menuju ke bilik makan untuk sediakan minuman buat Tuan Yohan dan kawannya . Aigoo aku tak tahu citarasa mereka macam mana .Coffee perisa apa Tuan Yohan suka ? lette?amaricano? copuccino? kawannya pula suka teh macam mana ? manis ke tawar ke .Ah buat je la!! kalau salah nanti pandai2 mereka tegur aku .

Usai menyediakan minuman , aku menatang dulang berisi air coffee latte dan teh suam dengan berhati-hati .Masuk saja dalam ruang Tuan Yohan , kelihatan kawannya sudah berada di hadapannya dan membelakangi diri aku .Cepatnya dia sampai .Syarikat dekat sebelah bangunan ni ke apa ?

"Duduk la Wooseok .Tu PA baru aku Park Chorong ".Ujar Yohan .

"Chorong?!".

"Wooseok??!".

Dengar saja nama itu terus terlepas dulang air dari tangan aku .Habis pecah berderai gelas di atas lantai .

"Eo?Chorong! awak tak apa-apa ke?" Yohan dengan terkejut .

"Saya ok je! ".Aku tunduk mengutip serpihan kaca di atas lantai secepat mungkin .Macam mana boleh jumpa bekas suami aku dekat sini pulak !!!! ."Auch!".AKu mengaduh sakit apabila tanganku terkena serpihan kaca itu dan menyebabkan jari aku berdarah .

"Rong ah! awak tak apa-apa ke!!".Wooseok berlari anak ke arahku dan memegang tanganku .

"Jangan sentuh saya".Aku merentap perlahan tanganku .Aku cuba mengawal raut wajahku .Tidak mahu Yohan syak bukan-bukan .

"Aaa korang berdua kenal ke?".Soal Yohan di belakang .

"Nae".

"Ani!!!".Jawabku kuat ."Aniyo .Saya tak kenal Pengarah Hallyu.Ni pertama kali saya lihat wajahnya ".Ujarku lagi .

Wooseok terdiam seribu bahasa .Air mukanya berubah serta merta .Aku tak dapat baca pandangan Wooseok terhadap aku ketika ini .

"Aigoo saya ingat awak berdua kenal sesama sendiri .Chorong, pergi letak ubat dekat tangan awak dulu .Kaca tu biar .kejap lagi cleaner kutip .palli".Arah Tuan Yohan.

"Baik Tuan".Tanpa membuang masa, aku terus bawa diri keluar dari bilik Tuan Yohan .Hati aku perit sekali setiap kali memandang wajah Wooseok .Sudah 3 bulan aku tidak berjumpa dengan dia selepas bercerai .Baru sekarang jumpa .

"Wooseok , sini la.Kau buat apa dekat situ ".Panggil Yohan yang tidak syaki apa-apa .Dia tahu Wooseok seorang perihatin akan pekerjanya atau sesiapa saja .Jadi dia tidak salah sangka akan perbuatan Wooseok sebentar tadi .

"Aa nae".Wooseok kembali ke meja Yohan .

"Tu PA baru aku .Lepas ni dia la akan ikut kita lancarkan projek skincare baru ni .Aku mungkin busy sikit kut .Kau boleh berurusan dengan dia apa-apa hal .Aku minta maaf banyak2 la .Ni baru ada masa nak jumpa dengan kau ".Yohan menepuk bahu Wooseok .

"Bwo ? ".Wooseok tercengang seketika ."Tipu la aku tak rindu akan wajah Chorong .Selama ni dia tinggal di mana.Rata aku cari tak jumpa .Dari raut wajah Chorong tadi masih jelas rasa benci dia pada aku .Apa patut aku lakukan ....".Bisik hati Wooseok .

-BERSAMBUNG-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience