Rate

BAB 1

Drama Series 677

Suria Julia seorang gadis yang sgt menarik, berumur 26 tahun, berketinggian 160cm dan sangat pandai bergaya mewarisi kecantikan daripada ibundanya, Puan Seri Aminah. Ibunya seorang ahli perniagaan, seorang jutawan kosmetik dan juga mempunya beberapa buah butik di Malaysia yg diberi nama butik Seri Aura. Walaupun keluarga mereka sangat kaya raya, Suria tidak pernah mengharapkan duit daripada kelurganya. Semua hasil adalah dari titik peluhnya sendiri. Manakala ibunya seorang yang dermawan, mungkin dari situlah rezeki mereka sekeluarga tidak pernah berkurang. Alhamdulillah.

Bapanya sudah 6 tahun meninggal kerana sakit jantung. Arwah bapanya seorang yang sangat disegani kerana perwatakannya yang juga seorang dermawan, ilmuan dan memiliki raut wajah kacak, sangat sesuai dengan ibunya yang masih cantik menawan walaupun umur dah meningkat 49 tahun.

Puan Seri Aminah mengambil masa setahun untuk pulih daripada kesedihan kerana kematian suaminya dan dari situlah Suria terpaksa mengambil alih perniagaan walaupun banyak rintangan yang terpaksa ditempuhinya. Kerana sifat Suria yang sangat berdikari, fokus dan tekun maka segala urusan perniagaan berjalan dengan lancar dan kini mereka sudah mempunyai pengurus sendiri yang membantu melancarkan perniagaan mereka. Manakala ibunya tidak dapat tinggal di rumah sahaja dan selalu turun padang untuk menyibukkan diri dengan kerja walaupun sudah dinasihati oleh Suria serta kaum saudaranya. Namun mereka mengerti dan selalu menyokong tanpa penat lelah.

Selepas daripada kemelut itulah Suria mengisi masa lapangnya dengan menulis. Sejak dari sekolah lagi Suria adalah antara pelajar yang sangat cerdik, walaupun keluarga sudah kaya namun Suria tidak mahu dipandang kerana harta keluarganya tetapi mahu dipandang kerana dirinya sendiri. Maka Suria selalu dicemburui rakan-rakanya di sekolah. Tambah lagi Suria mempunyai ramai peminat. Biasalah sewaktu persekolahannya dahulu mesti ada cinta monyet tetapi tidak pernah kekal, maklumlah nama pun cinta monyet. Tapi Alhamdulillah suria selalu menjaga batasnya sebagai seorang wanita muslim. Paling berat yang dilakukan adalah pegang tangan teman lelakinya namun tidak lebih daripada itu.

Tetapi bila dah meningkat umur, Suria mula berjinak dengan fesyen dan suka bergaya tambah lagi dengan panjang rambutnya sehingga ke paras pinggang, membuatkan ke mana sahaja Suria pergi akan menjadi perhatian sang mata lelaki. Suria belum bersedia untuk memakai tudung namun ibunya juga tidak pernah melarangnya, sekadar memberi nasihat kerana ibunya percaya Suria mampu menilai sendiri apa yang terbaik untuk hidupnya. Suria mempunyai seorang adik lelaki yang masih belajar di tahun ketiga di UM dengan jurusan perniagaan. Mereka berharap suatu hari nanti adiknya dapat mengambil alih perniagaan ibu dan arwah bapanya dan menjadi seorang businessman berjaya.

Sinar matahari menembus langsung tirai biliknya memberi cahaya berwarna kekuningan. Suria berusaha membuka matanya dan terus meletakkan belakang tapak tangan ke atas matanya cuba menghindari kilauan cahaya matahari tersebut. Suria membalikkan badannya ke sebelah kiri sambil tanggannya meraba-raba sebelah katilnya untuk mencari handphone. Terus melihat waktu yang tertera di screen handphonenya. Jam menunjukkan pukul 8 pagi. Suria tidak sangka dia terlepas waktu subuh.

Kilauan matahari sangat terang hari ini fikirnya tetapi mungkin disebabkan dah pukul 8 pagi. 'Salah aku jugak bangun lambat!' getusnya.
Suria terus bangun dan menguap sambil menutup mulutnya sambil sebelah tangannya lagi mengurut halus kepalanya.

Dengan perlahan Suria bangkit dari katil, mengambil selimut dan melipat kemas serta menepuk-nepuk bantalnya. Setelah semuanya selesai Suria mencapai tuala merah terang lalu berlalu ke bilik air. Koleksi tuala mandi Suria semuanya sama ada merah atau putih sahaja. Sesuai dengan warna kegemarannya, merah. Ibunya sudah sedia maklum dengan perangai anak perempuannya sehingga pernah ditegur satu ketika dahulu ketika mereka ingin menziarah saudaranya yang telah meninggal dunia. Waktu itu Suria mengenakan sepasang baju kebaya merah dan setelah ditegur, Suria hanya menjawab bahawa tiada peraturan khas untuk menziarah selain daripada ketulusan doa terhadap arwah. Maka Puan Seri Aminah hanyak mengangguk lemah kerana ada betulnya kata-kata Suria.

Sememangnya sesiapa yang mengenali Suria akan faham benar dengan pendiriannya. Dari luaran sememangnya Suria kelihatan seorang yang sangat suka bersosial serta suka mendapat perhatian orang, akan tetapi Suria tidak pernah mengharapkan perhatian orang, cuma Suria suka menghias diri agar kelihatan kemas dan bersih setiap masa. Suria tidak pernah mempedulikan apa kata-kata manusia terhadap dirinya, selagi Suria tidak membuat perkara yang jahat.
Sejam kemudian selepas bersiap, Suria terus turun ke dapur untuk sarapan. Mak Lang selaku orang gaji telah menyediakan sarapan lengkap untuk orang rumah.

Mak lang duduk di kerusi makan sambil meneguk kopi terus tersedak setelah melihat Suria datang dan menarik kerusi untuk duduk. "Mak Lang okay ke?!" Suria bangun sambil mengurut lembut belakang Mak Lang. Mak Lang ibarat ibu kedua Suria dan sangat rapat dengan keluarga mereka. Malah, mereka sekeluarga tidak pernah menganggap Mak Lang sebagai orang gaji, malah Mak Lang lah yang juga mengasuh kedua beradik sejak dari kecil. Jika waktu makan, Mak Lang akan duduk makan sekali dengan mereka tanpa ada apa-apa perbezaan. Arwah bapanya telah mengajar anak-anaknya dengan begitu baik sekali.

"Su nak pergi pustaka kan? Kenapa Su pakai camtu?" Mak Lang meluah rasa tidak senang hati melihat blouse ketat dipakai Suria sehingga menampakkan bentuk dadanya. Su adalah panggilan Mak Lang sejak dari kecik dan menganggap Suria seperti anaknya sendiri. Suria terkebil-kebil memandang Mak Lang sambil menuang teh ke cawannya. "Ada yang tak kena ke Mak Lang? Okay je Su rasa" Jawab Suria sambil memandang badannya sekilas. Mak Lang melembutkan pandangannya lalu berkata "Nanti orang lelaki kat sana x dapat fokus tengok Su camtu ha.." Suria tergelak dan terus menjawab "Mak Lang ni banyak fikir lah.. Ramai je yang pakai camni sekarang.. Sekarang bukan zaman Mak Lang tau.. Sekarang ni zaman moden, pakai cmni dah biasa. Lagipun kalau ada orang tengok Su pelik-pelik nanti Su trus sound je, apa nak takut..". Jawab Suria dengan konfidennya.

Suria tidak takut pandangan orang terhadapnya. Lagipun sepanjang hidupnya tidak ada yang berani cari pasal dengannya. Penah dulu terjadi seorang lelaki memandangnya tanpa berkelip dan tanpa membuang masa, Suria terus bangun dan pergi ke arah lelaki tersebut terus tegur perbuatannya. Lelaki tersebut tidak melawan, malah terus pergi meninggalkan Suria. Sejak dari hari itulah, Suria makin berani dan tidak takut.

Tiada sesiapa yang mampu menjinakkan Suria Julia. Mak Lang hanya menggelengkan kepalanya sambil berkata "Mak Lang harap esok-esok ada la yang mampu tegur Su. Su ni keras kepala sangat tp nasib baik Su ni ni berani orangnya.." Mak Lang senyum sambil menyambung "..Mak Lang harap Su jaga diri dengan baik.. Su ni perempuan..sepatutnya dah kahwin.. Kesian kat ibu Su Mak Lang tengok.,nak sangat tengok anak die kahwin.." Mak Lang teringat arwah bapa Suria yang tidak sempat melihat kedua-dua anaknya berjaya. Hakim dah masuk universiti manakala Suria sangat bagus dengan bidannya iaitu menulis.

Suria tiba-tiba teringat ibunya. Puan Aminah tidak pernah menyuruhnya berkahwin tetapi Suria faham ibunya takkan memaksa Suria berkahwin. Suria juga ingin melihat senyuman bahagia ibunya yang semakin hilang setelah kematian bapanya. Suria berasa sedih tetapi Suria tidak pernah menunjukkan kesedihannya kepada sesiapa.

" Su takde boyfrien la Mak Lang.. Lagipun sape nak kat Su ni.. Su ni kan degil.." Suria berpura-pura sedih di depan Mak Lang kerana itulah perkataan yang selalu diulang Mak Lang sejak kecil dan Mak Lang terus menyambung "malas Mak Lang nak layan Su ni, banyak mengarut. Tu ha, Su jgn buat perangai camtu kalau nak laki cepat!" Suria terus ketawa berdekah-dekah tanpa dapat ditahan lagi.

Suria sangat bersyukur mendapat Mak Lang sebagai salah seorang ahli keluarganya. Walaupun kadang-kadang mulut Mak Lang ni memang tajam, tapi Mak Lang lah yang berani marah Su sejak dari kecil kalau ada apa-apa silap yang dibuat Suria. Puan Aminah seorang lembut dan sentiasa berhati-hati dalam percakapannya. Mungkin sebab itulah ayahnya sangat sayang pada ibunya.

Suria menghabiskan sarapannya sambil melambaikan tangan ke arah Mak Lang. Suria tidak dapat berlama-lama di depan Mak Lang setelah apa yang diucapkan oleh Mak Lang. Hati Suria masih sebak teringatkan ayahnya.

Suria tidak sempat menunjukkan kebolehannya pada arwah ayah dan sekarang Suria berdoa ibunya dipanjangkan umur. Suria tidak mahu Puan Aminah bimbang akan dirinya tetapi Suria tidak dapat mengelak bahawa seorang ibu ingin melihat kebahagiaan anaknya walaupun Suria sudah sangat bahagia dengan kehidupannya. Tetapi bahagia bagi seorang ibubapa adalah melihat anaknya mendirikan rumah tangga. Suria tidak dapat mengelak kenyataan itu walaupun tidak pernah diutarakan ibunya. Itulah kelemahan Suria.. Ibunya.. Tambahan lagi Puan Aminah hanya memiliki mereka kedua beradik sekarang. Suria menghembuskan nafas lembut memikirkan kenyataan itu sambil menekan on kekunci kereta Perdana baru miliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience