Rate

BAB 2

Drama Series 677

Setelah memakir kereta, Suria terus menuju ke pintu depan pustaka sambil membawa beg laptopnya. Pustaka Negara menjadi pilihannya sejak dari dulu untuk mencari bahan buat tulisannya, selain daripada online.

Suria menghantar mesej kepada adiknya, Hakim bertanya khabar sambil tersenyum sendiri. Walaupun Suria selalu bergurau kasar dengan adiknya tetapi itulah satu-satunya adik yang dia ada. "Ouchh!!" Suria terjerit kecil kesakitan sambil memegang bahunya. 'Serius sakit! ' Suria mengosok-gosok bahunya sambil melihat ke tepi. Kelihatan seorang lelaki memakai sunglasses, berkemeja biru gelap dengan baju lengannya dilipat sehingga bawah siku dan berseluar slack hitam memandannya spontan.

"Eyes ahead, not on the phone!" Lontar lelaki tersebut tanpa lepas memandang Suria. Suria terkejut kerana tiada perkataan maaf diterimanya. Nasib baik handphonenya tak jatuh kalau tak nahaslah lelaki ni.

"Excuse me?" Suria tidak berpuas hati. Tidak pernah ada lelaki yang biadap dengannya sebelum ini. "At least you should say sorry" Pertama kali Suria dilayan sebegitu membuatkan Suria rasa lain. Tetapi rasa yang macam mana, Suria tidak jelas dengan dirinya sendiri. Agak complicated. Sedih? Marah? Entah..

"Nothing is broken, right?" Tanya lelaki tersebut. Suria tak tahu pandangan mata lelaki tersebut ke arah mana. Bahunya kah? Handphone kah? Atau.. Suria menyedari bahagian dadanya yang agak menonjol. "Then you should be fine" Kata lelaki tersebut lalu meninggalkan dirinya.

"Whatt..." Seriously?? Suria benar-benar tak percaya apa yang dilihat sebentar tadi. For the first time ever, dia dilayan acuh tak acuh oleh seorang bergelar lelaki. Biasanya kaum itulah yang berebut-rebut perhatian darinya. Suria mengawal pernafasannya sambil memegang kuat handphone dan beg laptopnya. Suria menggigit bibir kegeraman dan melihat lelaki tinggi lampai tersebut berlalu pergi.

Suria terpaksa mengakui lelaki tersebut sangat menarik, dengan badannya yang tough, wajah yang kacak walaupun terlindung di sebalik sunglasses. Tetapi kemarahannya mengatasi segala pujian. 'No manners! " Bentaknya dalam hati. Tanpa membuang masa Suria terus masuk ke dalam pustaka tersebut.

Suria menjumpai satu corner yang kosong. Suria meletakkan beg dan handphone di atas meja. Matanya memandang tepat ke depan ke satu arah yang tak pasti. Dadanya masih berombak mengawal pernafasannya kerana kejadian tadi masih menggangu. Suria ingin melupakan tetapi tidak berjaya. Lelaki tersebut sangat sombong, bongkak. Selepas 10minit Suria mendapat ketenangannya kembali tetapi tidak 100%. Ingin diluahkan tapi tiada sesiapa sesuai untuk meluahkan. Jika dicerita pada sesiapa mesti dia yang akan ditertawakan dahulu. Akhirnya buku bertemu ruas. Suria tidak menyedari kenyataan yang bakal dihadapinya kelak.

Suria menekan on kekunci laptopnya, mencari folder misteri. Pertama kali Suria akan menulis buku bergenre misteri. Keterujaannya meningkat. Dia perlu menyusun fakta terlebih dahulu sebelum mula menulis. Selepas itu, Suria akan meminjam beberapa buku genre seram, misteri dan thriller sebagai panduan. Suria menjangkakan buku seterusnya hit dan mendapat tempat di hati para pembaca. Seterusnya suasana sekeliling mula tenggelam apabila Suria berada dalam dunia tulisan fantasi ciptaannya sendiri..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience