Rate

BAB 3

Drama Series 677

Lantai yang sejuk membuatkan badannya menggigil. Baju kurung putih bersih yang dipakainya dicemari debu-debu dan tanah. Suria cuba bangkit melawan kesakitan dan kelelahan yang tidak tahu dari mana punca datangnya. Suria cuba meminta tolong tetapi tiada sesiapa kelihatan. Yang ada cuma kegelapan malam di tanah yang asing..

Setelah bersusah payah, Suria dapat duduk sambil cuba membengkokkan kakinya supaya dapat duduk bersimpuh. Dadanya tercungap-cungap cuba menyambung nyawa sambil matanya melihat sekeliling buat kesekelian kalinya. Suria tidak takut gelap tetapi keadaan di pandangan matanya sekarang agak menakutkan.

Suria cuba meminta tolong lagi dan lagi sambil air matanya jatuh membasahi pipi mulusnya. Suria sangat takut dan berdoa kepada tuhannya yang Maha Satu.. "Ya Allah.. Selamatkan aku Ya Allah.. Selamatkan aku..." Suria betul-betul tak tahu di mana die sekarang. Seingatnya tadi dia masih menulis di katilnya. Sekelip mata sahaja dia sudah berada di tempat yang sangat asing, ibarat dunia tiada berpenghujung..

Kemudian Suria melihat seorang manusia yang jauh darinya. Suria terus menjerit.. "Tolong saya!! Please..." kelibat tersebut berpaling melihat dirinya yang masih bersimpuh yang tiada kudrat untuk bangun. Suria tidak dapat melihat sama ada kelibat tersebut lelaki atau perempuan. Atau.. Bukan manusia?

"Ya Allah!" Suria membuka kelopak mata seluas-luasnya. Kelihatan air mata masih basah mengalir di pipi. Reaksi terkejutnya berlanjutan beberapa mini sambil menyebut nama Allah tanpa henti. Suria tidak tahu apa yang terjadi sebentar tadi. Kemudian Suria perasan lampu biliknya di siling.. Ya Allah... Tadi hanya mimpi..
Mimpi yang sama...

Sudah lama Suria tidak bermimpi situasi seperti itu. Seingatnya last mimpi pada setahun yang lepas, atau 2 tahun. Suria tidak dapat mengingat jelas. Tetapi kenapa mimpi tersebut berulang? Dan sama? Suria masih tidak ada jawapan dan menganggap ianya cuma mimpi.

Suria melihat jam dinding tepat menunjukkan pukul 3 pagi. 3 pagi? Kenapa selalu pukul 3 pagi? Tiada kedengaran apa-apa di luar sana. Sangat sunyi sepi. Malas mahu memikirkan apa-apa lagi, Suria bangkit dan menuju ke bilik air. Setelah mengambil wuduk, Suria mendapatkan telekung solatnya dan memulakan niat sembahyang tahajud 2 rakaat..

Selesai solat sunat, Suria menadah doa mendoakan kesejahteraan ibu dan arwah ayahnya, Mak Lang dan keluarganya. Air matanya menitis memikirkan ibunya. Sayangnya kepada Puan Aminah sangat mendalam, satu-satu orang tua yang tinggal sekarang. Suria tidak mahu ibunya terlalu fikir akan dirinya. Suria hanya mahu Puan Aminah memikirkan diri sendiri dan berbahagia. Lagi-lagi Puan Aminah sangat aktif menyumbang wang dan tenaga kepada pusat anak-anak yatim, anak tahfiz dan golongan orang kurang upaya.

"Suria sayang..." Puan Aminah tersenyum melihat Suria yang baru turun untuk bersarapan. Suria yang menyedari ibunya duduk di meja terus berlari memeluk Puan Aminah. Pelukannya kejap sambil mengomel "Bila ibu sampai? Tak cakap pun.. Kalau tak Suria boleh ambik kat airport!" Puan Aminah tersenyum melihat keletah anak perempuannya itu. "Ibu pakai grab ke? Bahaya tau tak! Dah la ibu sorang-sorang!".

Mak Lang yang baru masuk membawa semangkuk bihun goreng terus menyambung "Suria pon cam ibu die jugak, kesana kesini sorang-sorang... Bahaya tau tak?" Puan Aminah tidak dapat menyembunyikan tawanya. "Sakit ibu ni sayang.. Dah la.. Tak dapat nk bernafas dah ibu" Suria terus melepas pelukan. Dan tawa Puan Aminah terus bersambung. "ibu tipu!" Jerit Suria.

"Dah-dah.. Makan dulu nanti sejuk pulak bihun ni" Pelawa Mak Lang. Kemudiannya ketiga-tiga mereka makan dengan berselera sambil sambung bercerita. 4 hari ibunya berada di Terengganu tanah kampung arwah ayahnya membantu golongan anak yatim dan pusat tahfiz di sana.

Ada sesuatu Puan Aminah ingin membincangkan dengan Suria tetapi perlu menunggu masa yang sesuai. Sesuatu yang dirahsiakan dari Suria sejak dulu. Sejak suaminya meninggal, segalanya terpaksa ditangguh. Wasiat suaminya perlu ditunaikan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience