BAB 3

Romance Completed 15660

Pernah dulu kufikirkan…

Tanpa cinta tak mengapa…

Bila kau pergi, ku terasa sunyinya di hati…

Baru kini ku tahu nilai cintamu…

Amsyar mematikan lagu dendangan Arwahyarham Sudirman yang sedang berkumandang melalui aplikasi Youtube yang dibuka melalui komputer ribanya di atas meja belajar.

Entah mengapa, lagu itu sangat terkesan dihatinya? Dan tatkala lagu itu menerobos hangat ke telinganya, ruangan matanya pula hanya ternampak seraut wajah ayu Suhana.

Ya, Suhana! Gadis yang pernah dia permainkan selama empat tahun lamanya. Setia gadis itu disisinya sebaliknya dia pula merosakkan segala-galanya dengan kecurangannya. Dia menjalinkan hubungan dengan pelbagai wanita lain di belakang Suhana, gadis yang sangat mempercayainya.

Suhana…Gadis ayu bertudung. Berkulit putih bersih. Orangnya sangat tertib dan sebegitu jugalah cara percakapannya. Dia tidak pernah lancang dalam bersuara.

Dia tahu menjaga batas, tahu menjaga diri dan tidak pernah meminta itu dan ini. Pandai berdikari orangnya. Tidak suka menyusahkan orang. Sedari sekolah dahulu begitu jugalah sikapnya.

Amsyar tersentak ketika telefon pintarnya bergetar. Bertebaran bayangan Suhana lari daripada ruangan benaknya.

Lambat-lambat tangan mencapai Iphone 5s di sisi. Sejurus menyedari bahawa kiriman whatsapp yang diterima datangnya daripada Zara, dengusan kecil meniti dari bibir.

‘Am..Zara teringinlah nak makan murtabak cheese. Am belikan untuk Zara plis!’

Kali ini dengusan keras pula yang Amsyar lepaskan. Bosan pula rasanya melayan kerenah gadis ini. Tahunya hanya meminta-minta. Bila tak dapat mulalah nak mengada-ngada.

Huh! Berbeza sungguh sikap gadis ini dengan Suhana. Dahulunya Suhana langsung tidak tahu meminta apa-apa padanya. Sehinggakan hadiah hari jadi pun dia tidak pernah menuntut jika Amsyar lupa memberinya.

Hana. Kalaulah dulu Am sedar tentang betapa pentingnya Hana, mesti Am tak kan merasa menyesal seperti sekarang ini. Am banyak salah pada Hana. Kalau Am cari Hana dan pohon kemaafan daripada Hana, nak ke Hana terima?

Amsyar mengeluh pula kali ini. Sungguh, dia kesal di saat ini. Semenjak peristiwa itu, dia tidak lagi nampak bayangan Hana di universiti ini. Hana benar-benar sudah menjarakkan diri. Betapa gadis itu sangat berasa hati.

Haishhh, kejamnya aku melakukan Hana sebegitu! Tidak kira walau macam mana pun caranya, aku perlu cari Hana. Hana perlu terima aku semula. Tekad Amsyar dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience