BAB 4

Romance Completed 15660

Antara gadis yang ku temui…

Kau saja kini dalam renungan..

Mungkin kerana dengan senyuman…

Terpaku diriku….

“Hana tahu tak apa yang istimewanya tentang Hana ni?”

Hana mengangkat wajah yang tadinya tekun menelaah nota. Senyuman Iqwan yang manis buatnya dibalas dengan senyuman tipis.

“Istimewa? Istimewa apa pulalah Hana ni?”Hana mengerah ketawa kecil. Sebetulnya dia binggung dengan pertanyaan lelaki ini. Iqwan diperhatikan semakin hari semakin aneh kelakuannya. Kadangkala tingkahnya mengundang rasa tidak selesanya.

“Senyum Hana tu, buat Iqwan tak tidur malam. Kalau tidur pun kerjanya nak mimpikan Hana je. Kalau dah macam tu, Hana tahu tak apa tandanya?”

Sengaja Iqwan menduga gadis yang sedang kebingungan di depannya itu. Jujur, sudah lama hatinya berlagu, menyanyikan lagu ‘Suhana’ setiap hari. Sungguhlah, Suhana telah membuatkan dia jatuh hati. Gadis seperti Suhana inilah yang dia ingin miliki.

Suhana menggaru kepala yang tidak gatal. Pening kepalanya ingin mencari jawapan bagi pertanyaan Iqwan. Serasa soalan final exam lebih mudah daripada ini. Straight to the point.

“Iqwan mimpikan Hana? Maknanya Hana pengganggu tidur Iqwan ke?”Tanya Suhana kurang pasti.

“Aah. Hana bukan saja ganggu tidur Iqwan tapi dah buatkan diri Iqwan ni tak jejak bumi. Asyik terbayangkan Hana je setiap hari.”Tambah Iqwan lagi. Membuat gaya seperti dia sedang terseksa di saat ini.

“Ha? Kenapa pula macam tu? Hana tak guna-gunakan Iqwan tau. Jujur, Hana tak pernah buat benda tu semua.”Balas Suhana beria sambil tangan kanan diangkat bagi mengangkat sumpah.

Iqwan yag kelucuan sedang berusaha menahan tawa. Haihh, boleh tahan juga blur si Suhana ni.

“Iqwan tak maksudkan macam tu pun lah. Maksud Iqwan, dekat hati Iqwan ni dah tertulis nama Hana. Dia tulis huruf besar tau. ‘ HAK MILIK HANA SEORANG’”

Sengaja empat perkataan terakhir itu Iqwan tekankan sambil tangan mengunjuk ke hatinya. Manis senyumnya dengan harapan supaya Suhana mengerti meskipun debar di hati semakin menjadi-jadi.

Suhana terkebil-kebil. Masih memikirkan maksud kenyataan Iqwan itu.

“Haha..apa pula macam tu? Hak milik Hana seorang? Hebatnya pulalah Hana ni sampaikan mampu nak menakluk seluruh hati Iqwan tu. Jangan macam tu Iqwan, takut nanti Hana akan mengecewakan.”

Suhana buat-buat ketawa. Cuba melindungi rasa gementarnya. Serasa sekarang ini dia sudah faham maksudnya. Dia yakin Iqwan sedang cuba membentangkan perasaannya. Perasaan yang sudah tidak mahu Suhana rasakan lagi. Rasa sakitnya tatkala dikecewakan Amsyar seakan masih lagi berbaki.

“Tapi Iqwan betul-betul jujur ni Hana. Iqwan tak pernah rasa macam ni dengan gadis lain. Iqwan yakin, Hana akan bahagia jika terima Iqwan.”

Huh! Sungguhlah lelaki semuanya sama. Berjanji mereka memang setinggi langit. Intan, permata, berlian semuanya mampu diberi. Tetapi tengoklah pada akhirnya mereka lupa pada janji. Suhana mengomel dalam hati.

“Maaflah Iqwan. Hana malas nak fikir tentang perkara ni lagi. Hana nak kena pergi ni.”Segera tangan Suhana mengemas segala perkakasannya lalu bergerak pergi meninggalkan Iqwan kehampaan sendiri. Haishh, sukarnya mahu menambat hati Suhana. Gadis itu memang tidak mudah tertawan. Iqwan mengeluh lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience