BAB 2

Romance Completed 15660

Jika mahu diikutkan, hatinya ini lagilah pedih. Pedih kerana dipermainkan secara halus oleh sang kekasih. Sia-sia rupanya kepercayaan yang diberi kepada Amsyar. Nyata Amsyar langsung tidak menghargainya.

“Hana jangan merepek boleh tak! Am tak pernah curang. Ke sebenarnya Hana yang curang? Hana sengaja kan nak meletakkan kesalahan tu pada Am?”

Suhana terpempan. Sungguhlah lelaki ini jenis orang yang tidak layak untuk angkat sebagai suami. Dia yang melakukan kesalahan, alik-alik kita pula yang dituduhnya.

Apa dia ingat aku ini buta? Tak nampak yang dia dok berkepit dengan minah freehair dekat shopping mall semalam tu? Sepatutnya aku percaya kata-kata Mimi sedari dulu. Am ini buaya darat yang perasan laku! Hish, geramnya! Hati Suhana sudah mengamuk sakan.

“Hana tak salah, Am. Jadi Hana tak risau apa-apa. Susahkan Am, nak mengaku salah? Kalau Am dah tak sayang, Hana terima semuanya Am. Am pun bolehlah nak jumpa si buah hati tanpa rasa takut-takut lagi.”

Walaupun wajah Suhana nampak tenang dalam melantunkan bicara itu, tetapi percayalah dalam hatinya dia sedang menangis kini. Pengundurannya daripada perhubungan ini ibarat telah merentapkan hatinya sendiri.

Kedengaran Amsyar tertawa sinis. Semudah itu rupanya gadis ini mengundur diri. Membuang masa sahaja dia menafikan segalanya jika pada akhirnya gadis ini tetap tidak mahu percaya. Lebih baik dia mengaku sahaja sedari tadi. Lagi pun, hatinya memang sudah tiada buat gadis ini. Hana terlalu baik buatnya. Itu tak boleh, ini tak boleh. Kaku! Bosan!

“Kalau Hana dah rela hati, Am dengan berbesar hati terima semua ni. Menyesal pula rasanya sebab terikat dengan Hana selama ni. Lebih baik Am cari saja perempuan yang faham jiwa Am.”

Tatkala lelaki itu meluncurkan kata-kata itu dengan bersahajanya, Suhana di depan sudah makan hati dibuatnya. Sudah terang lagi bersuluh. Lelaki ini memang tidak layak buat dirinya. Menyesalnya kerana telah terlanjur mencinta. Akhirnya dia jadi takut untuk kehilangannya.

Sebaik ingatannya tiba ke dunia nyata, Suhana tersenyum sendiri. Tersenyum kerana mengenangkan kebodohannya dalam mengingatkan lelaki yang sudah lima bulan dibuangkan jauh dari hati.

Sudahlah! Cukuplah! Lelaki seperti Amsyar memang tidak layak untuk dirindukan. Apatah lagi mahu ditangiskan. Kau sepatutnya bersyukur Hana sebab terlepas daripada penipuannya. Dalam hati, Suhana cuba menggagahkan diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience