Aku dan Shady menuju masuk ke dalam Pizza Hut. Tekak ini teringin pula nak makan mushroom soup yang tengah panas, lagi dicelup dengan roti bakar mentega, perghhh! Ditambah dengan ayam goreng, udang goreng tepung, spageti dan paling penting mestilah piza, lagi-lagi di tepinya ada stuffed crust yang berbentuk jari. Memang boleh menaikkan nafsu makan.
Sedang sibuk melahap semua makanan yang terhidang di atas meja, Shady kulihat hanya merenungku dengan bibirnya mengukir sebentuk senyum. Tiba-tiba pipi rasa merona bila ditenung oleh lelaki kacak. Hilang semua keayuanku apabila makan serakus ini. Mana taknya, semalaman kot aku tak makan, ini dah masuk tengahari memang menggila la laparku.
"You tak nak makan ke?" soalku, udang goreng aku gigit lalu mengunyah perlahan.
Senyum tepi Shady terukir, "I tengok you makan je pun I dah kenyang dah, kalau tak cukup tambah lagi," pandangan aku angkat memandang wajah Shady yang sudah tersengih.
Nak sindir akulah itu! Macam aku tak tahu.
Aku mencebik, "tak nak makan sudah, rugi tahu!" bidasku, ketawa Shady bergema, dia meraup wajah sambil menggeleng-geleng kepala.
"Apa jadi semalam? Kenapa I boleh dengan you pula? Seingat I you kan sibuk melayan buah hati you itu." Aku memulakan penyiasatanku, tapi tetap terselit sindiran.
Tak boleh move on ke Aleesya?
Renungan Shady tajam, "semalam you tak balik-balik I risaulah, bila I tanya Addy dia cakap you pergi restroom. I tunggu kat luar sampai I masuk kat dalam toilet pompuan itu tapi tak jumpa you. Merata tempat kut I cari you... bila I pergi parking lot I nampak barua yang kacau you masa kita kat Waterfront hari itu, nasib baik juga I sempat halang dia—" terang Shady panjang lebar. "—Siapa dia itu Aleesya? You kenal ke?" sambung Shady dengan kening dikerut.
"You cari I? Ingatkan you dah tak ingat dunia bila pompuan cantik ada kat tepi you." Sinisku, soalan seterusnya aku biarkan tidak berjawab, aku belum bersedia lagi nak kongsi kisah silamku dengan Shady.
Kalau boleh aku dah tak nak ingat barua itu, dia hanyalah kisah hitamku yang aku cuba lupus dari hidupku.
Shady merenungku seraya berkata "you cemburu ek?" jari telunjuk dia goyang-goyangkan ke atas dan ke bawah.
Lega aku rasa bila dia tidak memaksa aku bercerita perihal lelaki misteri itu. Biarlah dia kekal misteri buat sementara waktu.
"Excuse me! Takde maknanya la." Dalihku.
"Eleh! Tak nak mengaku. Dari kat rumah lagi kot you asyik sebut je nama Jessica itu." Aku menggulir mata ke atas, senyum nipis Shady berikan, "I dengan Jess takde apa-apa hubungan special pun, cuma kawan."
"Betul la! Mana ada I cemburu." Dalihku sebelum kembali berbicara, "yelah tu! Pelok-pelok, raba-raba, cium-cium... kawan ek. Okay!" sambungku.
Eh yang aku lebih-lebih dah kenapa? Shady ini bukannya pakwe aku pun.
"Eh bila masa pula I; peluk, raba, cium Jess ini, pandai buat cerita ek!" Shady pandang aku dengan riaknya yang sudah berubah kesal, "okay sorry kalau you tak suka I kawan dengan Jess... I janji lepas ni I dah tak pandang pompuan lain selain you." Senyuman sesuatunya terpancar.
"Ewww! Bukan itu maksud I okay? Suka hati youlah nak keluar dengan siapa pun, malah I galakkan lagi. Takdelah you asyik nak melekat dengan I je, naik jemu tahu!" dalihku lagi, tapi senyuman Shady benar-benar membuat aku tidak selesa.
"Betul ke you jemu dengan I ini?" duga Shady, kepala aku angguk laju, dia menjuih bibir. "Kalau macam itu, apa pandangan you tentang Jessica? Dia sesuai tak jadi calon awek I?" pandangan aku angkat melihat wajah kacak Shady. Dia tongkat dagu dengan tangan kanannya, tumpuan dia berikan sepenuhnya padaku.
Naik menyampah pula aku tengok riak wajahnya itu.
"Sesuai kot." Ringkas komenku, piza yang ada di atas pinggan aku potong menjadi hirisan kecil, hampir hancur juga piza itu aku kerjakan. Shady tidak leka dari memerhati setiap gerakan tanganku, dia masih lagi menongkat dagu.
"Sesuai je? Takde komen yang lebih terperinci ke? Macam Jess lawa ke, sesuai dengan I yang kacak ini?" pandangan aku angkat melihat wajahnya, garpu dan pisau kecil aku buang di atas pinggan, jus mangga aku capai lalu aku teguk habis.
Perasan!
"Sesuailah, dua-dua; gedik, gatal, temberang, perasan lawa dan hensem. Dapat anak nanti super perasan!" tuturku dengan gigi diketap rapat.
Tawa Shady bergema, bibir kujuih. "Betul juga apa yang you cakapkan, biar I fikirkan dulu." Aku pandang dia sekilas lalu mengangkat punggungku berdiri.
Wajah Shady kaget melihatku, lenganku dia tangkap, "you nak pergi mana?" soalnya hairan. Tanpa melihat pada wajahnya aku bersuara, "balik!"
Pandangan hairan dia berikan padaku sebelum melihat pada hidangan yang ada di atas meja kami. "Makanan belum habis lagi kot, takkan you nak balik dah?" bidas Shady.
"You habiskanlah, tak pun apa kata you telefon awek kesayangan you tu suruh dia temankan you makan, boleh suap sekali." Aku melangkah keluar namun suara Shady kedengaran. "Leesya! Tunggu I! I bayar dulu makanan kita ini."
***
Tepat pukul 8.30 malam aku menuju ke kafe berhampiran dengan kampus. Mataku menangkap dia orang Cacha sudah pun berada di dalam kecuali Anna dan Addy saja yang belum tiba.
Dhia berdiri dari duduknya bila perasankan akan kedatanganku, kerusi yang berada di sebelah meja dia ambil lalu diletakkan bersebelahan dengan teman wanitanya.
Bibirku menggaris senyum, "thanks." Dhia membalas tuturku dengan senyuman kecil.
"Bestie, kau baru habis kelas ke?" soal Cacha bila aku sudah merapatkan duduk di sebelahnya. fail dan tas tangan aku letak di atas meja. Sempat kuukir senyum pada Izat yang duduk di sebelah kananku.
"Ha'ah. Tadi aku ada presentation." Jawabku, badan yang terasa sengal-sengal aku gerakkan ke kiri dan kanan.
Kulihat Shady berdiri dari duduknya, Tasya yang duduk di sebelahnya memandang Shady hairan. Bila langkah Shady menuju ke arahku, Tasya mengetap bibirnya. Shady menyuruh Izat berpindah ke kerusinya sementara dia pula mengambil alih duduk di kerusi sebelahku.
Tasya terus mencerlung aku tajam, pandangan dia larikan pada Shady pula. Cemburulah itu, aku takde pun suruh si Shady ini pindah tempat duduk, dia sendiri yang nak.
"Hey seksi!" suara Shady membuat tumpuanku beralih padanya. Mata dia liarkan melihat pada pakaianku, berhenti pada pahaku yang terdedah.
Bibir kujuih, "hah! Mata tengok apa tu? Nak kena cucuk ke?" sergahku, Shady sudah ketawa besar mendengar omongku.
Dia ingat aku tengah bergurau ke? Dasar lelaki mata keranjang! Pantang nampak pompuan seksi sikit mulalah menggeletis.
Beg tangan yang ada di atas meja aku ambil lalu menutup pada pahaku walaupun tidak sampai separuh, janji ada penghadang.
Shady mengeluh, "alah! Tak dapat nak cuci mata dah." Rengeknya. Bibir kuketap.
Orang ramai kat sini pun menyempat lagi dia nak menggatal, itu hah pakaian si Tasya jauh lagi seksi dari aku dia tak pandang pula! Rabun ke apa mamat ini?
"Lelaki miang!" pinggang Shady aku cubit. "Ouch! Sakitlah baby!" adu Shady, tanganku dia genggam membuat tangan sebelahku pula menyambung kerja cubit-mencubit ini.
"Dah-dah, dia orang dah pandang kita itu." Bisik Shady sambil mengunci kedua belah tanganku dengan sebelah tangannya. Pandangan aku panggung pada rakan yang lain. Rata-rata mereka terlihat sibuk bercerita sesama sendiri kecuali si Tasya la mengerling tajam ke arah kami berdua.
Aku mencebik lalu menarik tanganku dari tangan Shady. "Mana ada dia orang pandang kita, tipu je! Tu hah calon kedua jadi awek you itu je yang balik-balik pandang sini." bidasku.
Pandangan Shady kalih pada Tasya, kembali kepala dia panggung ke arahku, "awek I yang sebenarnya ada kat depan mata I ini hah," ucap Shady. Mata aku gulir ke atas.
"Perasan!" gelak Shady terdengar seperti sebuah lagu pada pendengaranku membuat bibirku menggaris senyum.
"You nak minum? Ke makan?" soal Shady cuba mengubah topik perbincangan. Aku angguk laju. Lapar siot! Aku belum dinner lagi kut. Tangan Shady angkat tinggi memanggil pelayan.
Selepas membuat pesanan makanan, mataku tertancap pada Addy yang sedang menuju ke arah kami, pandangan dia kalih padaku dengan wajah hairan. Keningku kerut sebelum memberi tanda isyarat kepala kepadanya.
Addy menuju ke arahku membuat kepala kudongak sedikit, dia menunduk badannya separuh, jarak antara kami tinggal sejangkal.
"Bukan patut Anaz dah sampai ke? Kau tak pergi ambil dia?" bisik Addy ke telinganku, aku melopong. Beg tangan aku capai lalu mengeluarkan telefon bimbitku dari dalam. Lima panggilan tak berjawab dari Anaz. Nama Shady dan Aizat juga terpampang namun aku tidak endahkan.
"Telefon aku silent pula, patut tak dengar dia call, nasib baik kau ada ingatkan aku," beritahuku pada Addy, dia senyum tepi. "Nanti kirim salam dengan dia ek." Pesanan Addy titipkan buat sahabat baiknya, sempat aku angguk kecil sebelum dia mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Yohan.
"Kenapa Leesya? Addy nak apa?" soal Shady hairan. Aku panggung kepala pada Shady, "I ada hal, I kena gerak dulu." Beritahuku pada Shady.
Kepala kupanggung pada Cacha pula, "Cha aku gerak dulu," aku lagakan pipiku dengan pipinya. "Hati-hati memandu Bestie, dah malam ini." Nasihat Cacha, aku angguk kepala lalu memberi lambaian kecil pada rakan yang lain.
"Bye Shady." Lengan Shady kusentuh sekilas lalu berdiri dari dudukku.
Wajah Shady masih blur, "you nak pergi mana Leesya? You belum makan lagi kot!" aku tidak menjawab pada soalan Shady sebaliknya aku mendail pada nombor Anaz.
"Dia tak makan pun dia dah kenyang Shady bila tengok muka pakwe dia. Leesya lupa la itu nak ambil Anaz kat airport," bibir kujuih pada penjelasan Cacha. Tapi tetap mengukir senyum bila terbayang wajah tampan Anaz.
Akhirnya hari yang aku nantikan selama ini tiba juga. Tak sabar nak jumpa dengan pakwe kesayanganku! Solekan pun aku tak sempat nak betulkan. Dahlah muka sememeh... nanti apa Anaz cakap pula.
Eh apa yang aku melalut ini, janji dapat lepaskan rindu yang sudah lama terbuku di hati.
Tiba di KKIA, kereta aku hentikan pada bahagian ketibaan. Jantungku tiba-tiba berdegup kencang, dah kenapa dengan aku ni? Nak jumpa pakwe sendiri pun boleh-boleh gabra.
Satu figura muncul dari depan kereta, bibirnya menampakkan barisan gigi yang putih tersusun rapi. Hoodie kelabu membaluti tubuhnya.
"Welcome home bae!" sapaku bila duduk Anaz rapatkan pada kerusi di sebelahku. Beg galas dia letak di kerusi belakang.
"Thank you babe! I missed you so much!" ciuman dia hadiahkan pada dahi dan pipiku membuat wajahku merona.
Dah lama tak merasa ciuman darinya, mana pipi tak merah-merah, mengalahkan awek viral 'nak cendol' itu.
"Tadi awak ada presentation ek?" soal Anaz, matanya mencerap pada kemeja lengan panjang dan skirt sendat separas paha yang membaluti tubuhku.
"Haah, kenapa bae?" aku pandang Anaz sekilas lalu kembali fokus pada jalan di hadapan.
"Bae suka tengok awak pakai macam ini, it kinda sexy." Bibir dia gigit nakal, sebelah mata dia kenyit.
Sikit lagi aku hilang tumpuan masa memandu, masa ini juga dia nak merenyam dengan aku. Aku apa lagi malu-malu kucinglah jadinya.
Tak nak nampak sangat rasa malu, aku sembunyikan dengan gurauan. "Kalau macam tu hari-hari la saya nak pakai baju macam ni." Selarku.
Tanganku pada stereng kereta berubah-ubah posisi, sekejap di tepi, sekejap di bawah sekejap di atas. Dah macam cacing kepanasan pun ada.
"Awak pakai baju apa pun tetap lawa, tapi saya lagi suka tengok masa awak tak pakai apa-apa." Hampir nak tersedak aku dengan liur sendiri bila mendengar ayat yang selamba badak Anaz tuturkan.
Darah berliter-liter naik pada wajah, tunggu nak meletus je.
"Bae... " rengekku. Ketawanya menjadi halwa telinga, suka sangat sakat aku. Benci!
"So, awak nak check-in dulu atau nak pergi makan?" cepat saja topik perbincangan aku tukar.
"Hrmm... " Anaz terlihat sedang berkira-kira sebelum mengutarakan jawapannya. "Perut bae lapar tapi—" bola matanya melirik ke arahku dengan senyum sengalnya, "—I'm more craving for you babe." Sambungnya.
Mataku membulat, "baeee!" rengekku. Sempat tanganku mencuri cubit pada pahanya, tangannya menangkap tanganku lalu memberi kucupan pada belakang tangan.
"What? You still 'shy-shy cat' although we've been together for so long, kinda cute!" bibirnya menggaris senyum kecil.
Aku rasa macam nak sembunyi dalam selimut je sekarang ini. Anaz suka sangat sakat aku. Dahlah ini pertama kali jumpa dia selepas lebih setengah tahun tak jumpa.
Pintu bilik hotel terkuak luas, Anaz masukkan akses kad pada palam putih yang melekat di dinding, automatik semua lampu dan penghawa dingin terpasang dengan sendirinya.
Aku menuju ke dalam, mataku meliar memerhati bilik yang terlihat besar dan rapi. Duduk aku rapatkan pada katil yang bersaiz besar, kasut tinggi 3 inci aku buka lalu aku letakkan di hujung katil. Aku mulakan urutan kecil pada kaki yang terasa lenguh— mana tak lenguh, dari siang tadi kot aku pakai kasut ini. Lupa nak bawa kasut spare, aku tak suka simpan kasut dalam kereta nampak tak kemas.
Anaz menuju ke arahku membuat pandangan aku angkat melihat wajahnya, senyuman kecil terukir pada bibirku. Bila duduk dia rapatkan di sebelahku, tanpa suara tubuhku dia dorong ke belakang membuat badanku menyentuh tilam.
Tak sabar bebenor lelaki ini, kot yer pun bagilah aku tarik nafas dulu.
Kulihat hoodie yang melekat pada badan dia buka, pandanganku makin galak bila seluar slack dia buka hanya menampakkan boxer, sempat liur kutelan.
Mata bundar Anaz merenungku tajam dengan bibir sudah mengukir senyum nakal. Badannya yang berlapik t-shirt putih merapat ke dadaku, bagi tidak membebankan badanku dengan berat badannya, dia bertongkat dengan siku. Wajah Anaz makin merapat sehingga terasa panas nafasnya pada kulitku.
Kelopak mata aku tutup rapat.
Share this novel